Dalam perspektif realisma sebenar, kepimpinan PM ' Flip- Flop ' Abdullah Ahmad Badawi yang lemah menjadikan Malaysia lebih lemah daripada sebelumnya.Malangnya,bekas -banduan -penyalahgunaan -kuasa- yang juga Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim cuba sebaik mungkin secara intelektual mereka untuk menggambarkan sebaliknya.
Portal berita Riong Kali menggambarkan :
Warisan peninggalan Pak Lah - " kelemahan " beliau menjadikan Malaysia gagah.
OLEH RITA JONG
SEPTEMBER 16, 2013
UPDATE TERKINI: SEPTEMBER 16, 2013 22:44
"Kelemahan " bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi menjadikan Malaysia lebih kukuh dengan rakyat menjadi lebih lantang menuntuk pembaharuan yang lebih demokratik.
"Itu adalah legasi kekuatan beliau, " kata Dr Bridget Welsh penulis bersama " Awakening : The Years Abdullah di Malaysia".
"Rakyat Malaysia menjadi lebih kritikal, " katanya.
Datuk Mohd Zaid Ibrahim yang turut hadir pada majlis pelancaran buku ini di Ibu Pejabat Majlis Peguam petang ini,menyatakan bahawa Pak Lah dibebani harapan besar untuk diisi sewaktu beliau mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Pak Lah adalah seorang lelaki yang baik dan berhemah.Dia inginkan keterbukaan dalam berpolitik . Dia tidak suka mengongkong," katanya,sambil menambah "Banyak lagi yang mampu dicapai oleh Abdullah jika dia diberi lebih banyak waktu".
Zaid berkata lagi ,"Sepatutnya Abdullah perlu memperkukuhkan pasukan beliau ketikan mengambil alih kuasa pada tahun 2004".
Sebaliknya,dia memilih untuk menyimpan orang orang Dr Mahathir.
"Dia adalah orang yang mencadangkan perlunya ada satu Suruhanjaya Antara Agama.Oleh itu,kita perlu memberi pujian kepada beliau untuk itu".
"Tetapi dia tidak bersedia untuk berperang.Dia tidak mahu terlibat dalam pertumpahan darah.Saya telah memberitahu bahawa dia kena lebih keras dengan memecat orang orang tertentu,tetapi dia kata itu bukan cara dia."
Zaid adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal undang-undang dan kehakiman dari 18 Mac 2008 hingga 17 September,2008 semasa Abdullah menjadi Perdana Menteri.
James Chin yang bekerjasama dengan Welsh menerbit buku ini,membayangkan sepanjang tempoh Pak Lah memerintah lah negara ini berkembang dengan idea-idea baru.
" Ruang siber,penulis blog,portal berita sebenarnya wujud pada zaman Abdullah menjadi Perdana Menteri."
"Sehinggakan akhbar-akhbar lain juga turut lebih bebas," katanya."Dia benar-benar mahu membawa pembaharuan.Walaupun beliau tidak mencapai banyak perkara yang kita mahu,dia telah melakukan banyak perkara yang kita lihat hari ini. "
Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mahadev Shankar berkata sepanjang tempoh Abdullah terdapat perubahan dalam badan kehakiman dan keadaannya lebih baik selepas begitu lama.
" Pasti ada perubahan dan saya merujuk kepada pembebasan (Datuk Seri ) Anwar Ibrahim."
"Waktu itu,kita dapat melihat kedua-dua panel hakim lelaki mempunyai kewarasan dalam melaksanakan dan melakukan keadilan sapertimana yang diperlukan oleh undang-undang," katanya.
Mahkamah Persekutuan telah membatalkan sabitan liwat Anwar pada September 2004,hanya beberapa bulan selepas Abdullah berkuasa.
Buku ini adalah koleksi 37 artikel oleh pelbagai penyumbang,termasuk cendiakawan dan pengamal politik.
Bulan lalu Abdullah berkata yang beliau tidak menulis buku ini dan dia tidak merancang untuk menghadiri pelancaran buku tersebut. - September 16, 2013 .
*********************
Apa yang Wales dan Chin dakwa semasa pelancaran buku ini berdasarkan tanggapan songsang dan analisis cubaan memesung fakta yang amat jelas.Realitinya adalah jauh berbeza dari perspektif berat sebelah mereka.
Kita mulakan dengan Hubungan Antarabangsa dan Diplomatik.'Abdullah Flip- Flop' dalam tempuh singkat 65 bulan menjadi Perdana Menteri Kelima,telah "out-source" kepimpinan nya yang dilihat amat lemah dan teruk sehingga kita kehilangan Pulau Batu Puteh,dia juga turut membatalkan Scenic-Bridge(yang sepatutnya menggantikan Tambak Johor) dan dia telah menjemput Singapura untuk menjadi sebahagian daripada perancangan Wilayah Pembangunan Iskandar .
Tentera Laut AS dengan pesawat pengangkut berkuasa nuklear dan kapal selam diberikan kebebasan berlabuh di Pelabuhan Klang,sebagai kononnya sebahagian daripada technical stop over mereka apabila berulang-alik melalui Selat Melaka.
Abdullah membodohkan dirinya sebagai seorang "badut antarabangsa" dan menjadi bahan ketawa diplomatik sewaktu melakukan lawatan negara ke Venezuela.Dalam lawatan itu,beliau merujuk Venezuela sebagai " Vietnam","New Zealand" dan" Bolivia ".Walaupun dihadapan kehadiran tuan rumah Venezuela Presiden Hugo Chavez.
PM " Flip- Flop ' Abdullah menghantar Menteri Dalam Negeri,Dato ' Seri Azmi Mohamad ke Beijing untuk "memohon maaf" atas penganiayaan kononnya terhadap "wanita Rakyat Cina",dalam "kes ketuk ketampi bogel didalam lokap polis" setelah dikelentong Ahli Parlimen Seputeh dari DAP mengenainya di Parlimen.Hanya kemudiannya,mendapati bahawa wanita itu bukan Rakyat Cina atau bangsa Cina,bahkan wanita Melayu.
Dalam hal berkenaan tadbir urus korporat,beliau membenarkan kawan rapat dan orang kepercayaan peribadi beliau Kalimullah "Riong Kali" Hassan dan menatu beliau Khairy Jamaluddin untuk melanggar beberapa undang-undang keselamatan dan pasaran modal yang termasuk di bawah Akta Syarikat dengan membenarkan firma broker saham ular lidi ECM Libra menelan ular sawa Avenue Capital Resources Bhd yang lebih besar pada pertengahan 2006.
Pantai Holdings pula ditelan kumpulan syarikat gergasi Singapura.Sebahagian saham Telekom Malaysia turut dijual kepada Temasek Holdings yang tiada membawa faedah kepada Malaysia.
Sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan,beliau memulakan proses memakan dan mengurangkan daya-saing Malaysia Airlines apabila dia membenarkan 'Pelan Rasionalisasi Penerbangan' juga pada pertengahan tahun 2006,di mana 39 laluan MH telah diserahkan kepada AirAsia.Ini termasuk Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS ),yang diambil alih Tony Fernandes di bawah Fly Asian Express ( FAX ).
Ianya adalah satu con-job korporat. Bukan sahaja Kerajaan Persekutuan terpaksa membelanjakan RM 250 juta untuk subsidi,bahkan FAX tidak melakukan perkhidmatan dalaman Sabah dan Sarawak yang akhirnya memaksa syarikat penerbangan negara untuk mengambil kembali dan mengendalikan RAS. Inilah laluan tambahan yang digunakan untuk membenarkan pengembangan untuk Air Asia untuk disenaraikan di Bursa Malaysia.Kemudian,Tony Fernandes menggunakan lesen FAX yang ditukarkan kepada Air Asia X ,untuk laluan perkhidmatan tambang murah antara benua.
Sepanjang tempoh perkhidmatan AbdullahBadawi,Kerajaan Persekutuan membelanjakan lebih banyak wang tanpa apa apa pencapaian besar yang boleh dibanggakan.Dalam tempoh 5 tahun itu,Petronas telah membayar Kerajaan Persekutuan RM260 bilion dalam bentuk dividen , royalti dan cukai berbanding dengan RM170 bilion dalam tempoh 22 tahun di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad. Namun dalam tempuh 5 tahun dan 5 bulan itu tiada satu pun projek "mega baru" yang berjaya dibangunkan.
The ACJ219 dan "rabaan" dari parti Piala Monsun
Mungkin yang jelas adalah perbelanjaan RM200 juta setahun untuk Piala Monsun,lagi RM200 juta untuk pesawat ACJ219 untuk kegunaan PM ' Flip-Flop ' Abdullah yang digunakan bermula Disember 2006 dan parti Sambutan 50 tahun Merdeka dimana George Benson dan Al Jarreau telah dibayar untuk menghiburkan hanya 200 tetamu khas di Seri Perdana.
Wales dan Chin jauh tersasar dan silap besar bila mengatakan pemerintahan buruk dan lemah Abdullah Badawi lebih demokratik.Empat belas jemputan ceramah oleh pihak tertentu Umno kepada Tun Mahathir seluruh negara dibatalkan kerana gangguan oleh pihak berkuasa termasuk Polis dan kepimpinan parti.
Percubaan Bekas Presiden UMNO dan Ketua Bahagian Kubang Pasu Tun Dr Mahathir untuk dipilih sebagai perwakilan ke PAU telah disabotaj oleh perwakilan cawangan yang dirasuah pada Ogos 2006.
Wartawan dan penulis blog telah diganggu oleh Polis termasuk menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).Editor Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew telah ditahan di bawah ISA pada September 2008.Begitu juga blogger Syed Azidi " Kickdefella " Al Bukhari dan Abu Bakar " Penarik Beca ",yang terpaksa melalui beberapa malam dilokap Polis.
Jangan kita lupa penangkapan dan penahanan BSA Tahir ahli perniagaan kelahiran Sri Lanka di bawah ISA ,atas 'arahan' kuasa-kuasa dari luar negara pada tahun 2004.Beliau kemudiannya dibebaskan pada tahun 2008.
Walaupun tanpa merangkumkan semua kes-kes untuk dijadikan analisis.Satu kes pun sudah memadai untuk membuktikan Malaysia jadi lemah oleh kepimpinan yang buruk dan lemah PM ' Flip- Flop ' Abdullah Ahmad Badawi yang meng"out-sourced" pemerintahan dan pentadbiran negara kepada "Budak Budak Tingkat Empat" .
Tidur dengan musuh dalam satu selimut,tidak akan menjadikan negara ini lebih kukuh.
Sumber terjemahan : Big Dog
Belajar dari kesilapan lalu, sentiasa menegur, berpesan dan memperingatkan agar pemimpin yang ada sekarang tidak mengulangi kesilapan pemimpin-pemimpin lepas.
ReplyDeletekebodohan pak lah dah terbawa-bawa oleh najib
ReplyDeleteWahai rakyat Malaysia, inilah wajah sebenar majoriti PTD yang bersepah dalam perkhidmatan awam. Dari bawah sampai ke atas.
ReplyDeleteDedah kelemahan pak lah bole ke tutup kelembikan najib??
ReplyDeleteDedah kelemahan pak lah bole ke tutup kelembikan najib??
ReplyDeleteDedah kelemahan pak lah bole ke tutup kelembikan najib??
ReplyDelete