Pencerahan awal Program Permata Negara -Bahagian 1


Cute kan?

Macam kebanyakan orang aku pun sebelum ini MEMANG KURANG FAHAM (baca tak tahu langsung) tentang Program Permata Negara ini.Apatahlagi  sejak idea ini mula dicetuskan Pembangkang sering mengaitkan program ini dengan Rosmah Mansur dan batu permata.

PERMATA pada aku yang saban waktu melayari internet hanyalah sebuah "Kelab(Kelas) Eklusif Anak Orang Kaya Pintar" yang mungkin berada disuatu sudut dalam taman di Seri Perdana.Begitu berjaya PERSEPSI BURUK yang ditanam Pembangkang terhadap minda rakyat sehingga blogger pro-kerajaan saperti aku yang saban waktu melayari internet berjaya dipengaruhi mereka.


Presiden Singapura dan isteri bersama DS Rosmah
menyaksikan tarian yang dilakukan oleh anak anak Permata



Tidak pernah sekali pun terlintas difikiranku untuk Google mencari jawapan tentang Permata yang menjadi stigma aku selama ini.Sikap prejudis aku terhadap "salahguna kuasa" beberapa kerat pemimpin Umno mungkin juga penyebab utama yang membuatkan aku tak ambil port untuk menyiasat lebih jauh tentang PERMATA ini.

Tapi dengan KUASA ALLAH TAALA aku ditemukan dengan seorang Hamba Allah yang memang terlibat secara langsung dengan program ini dan bila dia aku asak dengan 1001 kemusykilan aku tentang Permata dan dia menjawap satu persatu dengan tenang dan jelas ianya telah "mencetuskan" minat aku untuk membuat research aku sendiri mengenai Permata melalui carian Google untuk mengesahkan apa yang diberitahu hamba Allah ini kepada aku.


Disini anak anak Permata bukan sahaja diajar tentang menulis dan membaca
sahaja,tapi diajar juga kemahiran hidup



Bermain sambil belajar





Ternyata setiap yang diberitahu aku itu FAKTA belaka dan mulai saat itu aku mula menanam minat untuk lebih jauh mengetahui tentang program ini.Peluang keemasan tiba baru baru ini bila Presiden Singapura dan isteri melakukan lawatan resmi kenegara ini dan salah satu program yang diatur untuk mereka adalah lawatan ke Pusat Asuhan Permata Negara (PAPN) di Percint 16 Putrajaya.Aku dijemput melihat sendiri bagaimana pusat ini dikendalikan dan anak anak siapa yang sebenarnya mendapat FAEDAH BESAR  hasil program ini dan dalam waktu yang sama aku mahu dikenalkan kepada PENCETUS IDEA program ini Datin Seri Rosmah Mansur sendiri.Teruja dan cuak bercampur aduk kerana sapertimana yang anda semua tahu DS Rosmah selalu menjadi "bahan lawak" blog ini terutama bila memperkatakan tentang PERMATA NEGARA.



Pusat Permata ini hanya mengambil 40 orang anak anak walaupun 
keluasannya pasti akan menampung 100 anak anak jika ianya dikendalikan
oleh swasta.Begitulah pentingnya pembelajaran yang mahu disampaikan

Sebelum korang semua berprasangka buruk terhadap PAPN Percint 16 Putrajaya ini ada baiknya aku buat sedikit pencerahan.PAPN Putrajaya ini salah satu dari 2 pusat asuhan Permata yang berada dikawasan pinggir bandar,yang mana satu lagi terletak di Subang Jaya.Selebihnya (PAPN) yang berjumlah hampir 80 buah yang dikendalikan 100% oleh Permata Negara berada dikawasan Luar Bandar.Syarat kelayakan utama untuk anak anak yang diasuh di pusat ini adalah...PENJAGA/IBU BAPA anak anak ini mestilah berpendapatan dibawah RM1,500 sebulan.

Aku ulang sekali lagi...Pusat Asuhan Permata Negara ini hanya untuk anak anak yang mana ibu bapa/penjaga mereka berpendapatan dibawah RM1,500 sebulan.

Jadi program ini bukan diwujudkan untuk faedah anak anak ORANG KAYA sapertimana yang AKU dan ramai sangkakan selama ini.


Sepatutnya aku belum lagi patut menulis pasal Permata ini sebelum aku kumpulkan segala FAKTA dan BUKTI faedah kepada begitu ramai rakyat berpendapatan rendah terutamanya Orang Melayu untuk memberikan "pendidikan awal bertaraf dunia" kepada anak anak mereka.Tetapi bila hari ini pemimpin Pembangkang Ahli Parlimen Kapar G Manivannan menyeru agar DIHENTIKAN segala peruntukan saperti yang dilapurkan Malaysiakini,MAKA aku terpanggil untuk kehadapan membela PERMATA NEGARA dari segala TOHMAHAN DAN FITNAH yang dilemparkan oleh Pembangkang selama ini sehingga begitu ramai rakyat (termasuk aku) berpersepsi buruk tanpa mahu memahami apa PERMATA ini sebenarnya dan apa faedahnya yang telah dinikmati oleh begitu ramai anak anak orang Melayu yang berpendapatan rendah.


Laporan Malaysiakini 24/9/2013

Di artikel akan datang aku akan perincikan Permata Negara ini secara lebih detail yang merangkumi 6 segmen terdiri daripada PERMATA Pintar,PERMATA Insan,PERMATA Kurnia,PERMATA Seni,PERMATA Negara,PERKASA Remaja dan terbaru PERMATA Autisme yang baru diumumkan oleh DS Rosmah.

Untuk pengetahuan pembaca semua selain 80 Pusat Asuhan Permata Negara (PAPN) yang dikendalikan 100 % oleh Program Permata Negara,terdapat lebih 600 pusat asuhan Kemas dan lain lain yang dijadikan "anak angkat" dan dikendalikan Kemas dan kerajaan negeri masing masing.

NANTIKAN PENCERAHAN SELANJUTNYA


30 comments:

matkilaupenang said...

entah kenapa terasa geli semacam. mungkin ada bulu kt tengkok kot????

Anonymous said...

Mat Kilau pun dah terpengaruh dgn dakyah pembangkang tentang Permata.. Contohilah APA utk amik tahu hal sebenar tentang Program Permata..

Lu buat research dulu tentang Permata then lu komen.. itu mcm baru lah BLOGGER YANG ADA KELASSSS..!!!

Bukan Blogger yg hentam keromo je bro..

jgn kecik hati oke Mat Kilau..


adios amigos

Don Play Play said...

Kelas Blogger yang anggap Chin Peng sebagai pejuang kemerdekaan/negarawan tulin tu nak letak kat taraf mana??

Kira Mat Kilau Penang ada kelas jugak lah.

Anonymous said...

Bro apa, kalo nak tau detail bole tanya prof.sam di ukm..dia yg diberi kepercayaan utk setup program permata..

Anonymous said...


40 pelajar berbanding 400 ribu pelajar pondok yang makan sehari 2 kali kerana peruntukkan tak cukup.

tolong buat research pulak kat pondok di baling , dan lain lain area kat kedah

Baru terbuka akai

Anonymous said...

Beo APA, terima kasih kerana bersemangat lakukan kajian ni. :)

Farhan M.

Anonymous said...

Untuk anak-anak keluarga berpendapatan bawah RM1,500? Argh pleaselah... atas kertas memang macam tu. Ada bukti depan mata, anak dan cucu orang kaya selamba je masuk Permata. Saya pun penyokong BN tapi meluat dengan hipokrasi macam ni... Permata lebih kurang macam Kemas je, cuma diberi sedikit touch up sebab Rosmah dapat banyak dana direct dari kerajaan.. itu je!

Anonymous said...

Anon 7.51am

1. 40 pelajar satu pusat.. Darab la dgn 600 pusat seluruh negara..

2. Permata program kerajaan.. Sekolah pondok milik swasta.. Ada beza tu

Anonymous said...

Anon 11.36

Bagi bukti anak orang kaya masuk Permata biar APA dedahkan..

Byk beza Taska Permata dgn Taska Kemas..

Anonymous said...

saya bukan nak dengki ya.. cuba check Permata dalam daerah Marang.. bukan semua anak keluarga susah pun kat situ.

Anonymous said...

Permata Marang rasanya milik YPKT.. Bukan milik penuh Bhg Permata JPM.. Mereka hanya gunapakai kurikulum Permata dan menerima geran bantuan..

Harap blogger APA dptkan pencerahan drpd YPKT.. Jgn tembak semborono.. Orang lain punya hal tapi Rosmah dan Permata yg kena..

ps: Permata ni nak tlg anak Melayu luar bandar.. Lu orang tak nampak ke? Yg duk ikut rentak pembangkang pasal ape

Anonymous said...

Dan tolong check standard Permata dan comparekan dengan Tadika,Pasti dan pusat asuhan persendirian.dan lihat kos Permata dan comparekan pencapaian nya.lihat pula berapa perbelanjaan setup Permata dan kos sebenar set up permata.sekarang bro jadi penyokong tegar najib yea.

Anonymous said...

PERMATA rosmah x perlu ujud. Kan dah ade KEMAS lakukan penambah baikan. x perlu cetus benda baru tuk gimmick semata-mata. Upgrade yang sedia ada.

adussss letihnye melayu....

Anonymous said...

Betul betul Anon 1:09PM. Awat yang kena buat satu jabatan khusus kat JPM. Salur duit tu kat Kemas cukup la. Kalau tak mau kat KEMAS pun bubuh kat MOE. Yang tu orang pertikai bukan content dia.

Anonymous said...

Adeh sahabat2 sekalian.. kena fhm akta.. dlm akta MoE hanya terlibat dlm pendidikan pra sekolah.. pendidikan awal kanak2 tak merangkumi bidang pendidikan..

Camni lah.. ramai org pandai ckp tp tak pandai buat kerja..

Dah bila ada org yg cam Rosmah nmpk benda ni (pendidikan awal kanak2) dan dia buat.. patutnya kita bagi sokongan bukan carik silap.. apa yg Permata buat adalah pembangunan modal insan.. ada faham ka?

Cubalah buka mata dan bandingkan taska Kemas dgn Taska Permata..

Nak carik silap orang memang kerja orang Melayu.. sampai bila pun Melayu xkan maju..

Bila ada orang cam Rosmah yg nak angkat kedudukan orang Melayu melalui pembangunan modal insan hangpa duk kritik..

Tapi selalu pong pang ckp apa yg kerajaan buat bantu orang Melayu?? Yg ni antara benda yg kerajaan buat.. bukak mata wahai orang Melayu.. jgn duduk bawah tempurung

Anonymous said...

Adeh sahabat2 sekalian.. kena fhm akta.. dlm akta MoE hanya terlibat dlm pendidikan pra sekolah.. pendidikan awal kanak2 tak merangkumi bidang pendidikan..

Camni lah.. ramai org pandai ckp tp tak pandai buat kerja..

Dah bila ada org yg cam Rosmah nmpk benda ni (pendidikan awal kanak2) dan dia buat.. patutnya kita bagi sokongan bukan carik silap.. apa yg Permata buat adalah pembangunan modal insan.. ada faham ka?

Cubalah buka mata dan bandingkan taska Kemas dgn Taska Permata..

Nak carik silap orang memang kerja orang Melayu.. sampai bila pun Melayu xkan maju..

Bila ada orang cam Rosmah yg nak angkat kedudukan orang Melayu melalui pembangunan modal insan hangpa duk kritik..

Tapi selalu pong pang ckp apa yg kerajaan buat bantu orang Melayu?? Yg ni antara benda yg kerajaan buat.. bukak mata wahai orang Melayu.. jgn duduk bawah tempurung

Unknown said...

Dari dulu lagi aq rasakan yg program permata hasil idea ds rosmah nie boleh memberikan seribu kebaikan kepada kanak2 yg ibubapanya kurang berkemampuan untuk memberikan pendidikan yg sempurna . Kenapa pencacai pembangkang x hbis2 cuba memberi tekanan terhadap program yg sebegini bagus???? Aq x nampak di mana kelemahan program sebegini di malaysia ....

Unknown said...

Klu kemas boleh menolong ramai org yg x mampu memberi pendidikan, aq rasa dah lama kanak2 yg x berkemampuan di negara kita nie dapat peluang belajar la ngok.... cubalah fikir secara positif ckit akan kebaikan dari program sebegini....

Unknown said...

projek PERMATA bukanyer projek rosmah mutlak dan bukan nyer d kawal oleh rosmah sepenuh nyer ia nyer d rangka oleh 25 orang individu dr pelbagai latar belakang dan kepakaran,semuanyer dngn niat yg satu iaitu mendidik anak-anak dari terjebak ke dalam keruntuhan akhlak serta moral ia terbukti berhasil apabila perkembangan emosi,sahsiah,sosial anak-anak PERMATA amat menyerlah dan lebih baik daripada kanak2 yg d hantar ke PASTI d mana kanak2 se awal 5 tahun d ajar memijak gambar pemimpin negara.....ini fakta bukan auta....

Unknown said...

Pembangkang nie tak hbs2 nak fitnah datin je keje depa..! Tak pernah nk berpuas hati depa nie!! Nasib kanak2 kat negara kita nie semakin terbela dgn adanya pusat permata nie..sbb apa sbb kanak2 drpd keluarga yg berpendapatan rndh pn dpt merasa bljr.. dan skrg nie permata kan semakin terkenal dn mendapat smbutan drpd org ramai jdi sbb tulah pembangkang tak sng duduk asyik dok mencari cara lah tu mcm mna nak jatuhkan permata nie kan!

ibumuda said...
This comment has been removed by the author.
ibumuda said...
This comment has been removed by the author.
ibumuda said...
This comment has been removed by the author.
Zara Morgana said...

PERMATA merupakan satu pendidikan kanak-kanak untuk memberi peluang kepada kanak2 mengembangkan bakat mereka..ini dapat menjaga kanak-kanak yang menjadi tulang belakang kelak malas akan menjadi pemimpin negara..tahniah rosmah

Unknown said...

bg aku permata ni satu prgram yg ckp bgs..pembangkang yg byk sgt bunyi tu sebenarnye jeles tau silap2 anak drg pun drg anta ke sana,,,

Unknown said...

negara luar kagum dgn permata kenapa pembangkang masih byk bunyi...ye pun drg benci rosmah tp klu benda yg dia bt tu bgs jgn lah kutuk sgt,,nampak sgt kebodohan pembangkang...

sally said...

program permata ini mmg satu program yg sangat bagus...ramai yg dok kutuk bkn pasala program tu tp pasal dengki sbb otak diaorg x sebijak rosmah....

Anonymous said...

Itu sb pi anta kat permata.bukan anta kat sekolah pondok..lagipun most sekolah pondok x berdftar dgn kerajaan..cne nak bantu?...bila suruh anta kat permata ada pulak nnti puaka pas kata kerajaan nak ttup sekolah pondok....aduhai..mcm2 la peel la pulak..

Unknown said...

ITULAH KERJA PEMBANGKANG TAK HABIS2 MENGASUT DAN MEMBURUK2KAN NAMA ROSMAH SEDANGKAN PERMATA NEGARA INI UNTUK GOLONGAN YG BERPENDAPATAN RENDAH TAPI PROPAGANDA PEMBANGKANG BUKAN MAIN LAGI KATA INI PROGRAM YG TAK BERBALOI KONON.. SEKARANG DAH SAH KAN PERMATA NEGARA BANYAK MEMBANTU UTK PENDIDIKAN AWAL KANAK2

Unknown said...

sekarang ini xde alasan lagi pada golongan yg berpendapatan rendah utk memberi pendidikan awal yg baik utk anak mereka dgn adanya program permata ini

Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts