Gambar diatas adalah Saudara Razali Husain CALUN MT NO.34.
Beliau merupakan AJK Umno Bahagian Ampang dan juga Ketua Cawangan aku yang mungkin tidak langsung dikenali diperingkat pusat dan selama ini hanya aktif di Bahagian Ampang.Namun begitu beliau sanggup menerima CABARAN aku untuk bertanding diperingkat Majlis Tertinggi untuk membuktikan bahawa : -
SISTEM PEMILIHAN KALI INI MEMBUKA RUANG SELUASNYA KEPADA "PEMIMPIN AKAR UMBI" YANG TIDAK DIKENALI TAPI BERKELAYAKAN DAN TIDAK HANYA RETORIK KOSONG YANG AKHIRNYA MENYAKSIKAN SPESIS YANG SAMA YANG TERUS MENDUDUKI KERUSI KERUSI AHLI MT.
Perwakilan boleh menilai sendiri BIODATA Saudara Razali Husain saperti dibawah untuk memastikan beliau diberi peluang berkongsi pengalaman dan kepakaran beliau bersama Umno dalam proses meremaja dan memperkasakan Umno yang sering diwawarkan.
MARI KITA SAMA SAMA LIHAT SAMA ADA SISTEM PEMILIHAN BARU INI BENAR BENAR TELUS DAN DITERIMA OLEH AKAR UMBI SEBAGAI NON-PREJUDICE TERHADAP SEMUA.
*********************************************
Nama Penuh: Razali Bin Husain
Facebook.com/Razali Husain
Email: razalihusain@gmail.com
Twitter: razalihusain
Tarikh Lahir: 9/06/1960
AKADEMIK
Sarjana Pegurusan Perniagaan
University of Western Sydney, Australia
Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik & Komputer (1984)
The University of Birmingham, UK
North Devon Technical College, UK
The Malay College Kuala Kangsar (MCKK)
Masjid Tanah English School, Masjid Tanah, Melaka
Outram Primary School/Bukit Panjang Primary School/Marsiling Primary School
PENGALAMAN POLITIK(30 tahun bersama UMNO, dulu, kini dan selamanya)
1982-84 Ahli Kelab UMNO, Birmingham dan UK
1983-1984 Ketua Pemuda Kelab UMNO, Birmingham
Ketua Pemuda Cawangan. Seksyen 14, PJ Selatan
Ketua Cawangan Persiaran Bukit Jaya, Bukit Antarabangsa, Ampang
AJK Bahagian Ampang 2008-2013
Ketua Biro ICT(2008-2009)
Timbalan Ketua Biro Penerangan dan ICT(2009-2013)
AJK Pusat Khidmat komuniti Bukit Antarabangsa
AJK JKP Zon4 Ampang (2004-2008)
Pengalaman Mengendali Pilihanraya
Pilihanraya UMUM Ke-11,Ke-12,Ke-13
Pilihanraya UMUM Ke-11,Ke-12,Ke-13
PRU13-Timbalan Ketua PDM
Bukit Antarabangsa
Timbalan Ketua Pengundi Luar
DUN Bukit Antarabangsa dan Parlimen Ampang
KERJAYA (Multinational RND Experience)
KERJAYA (Multinational RND Experience)
Mempunyai 30 tahun pengalaman dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (RND) sejak 1985 dalam bidang elektronik, komputer, software, C4I, simulator, NCW, dan teknologi tinggi ( First Local Feature Phone, Power Inverter, C4i, NCW, Aircraft Hawk Simulator)( SCADA)
Syarikat-syarikat Tempatan dan Antarabangsa
Proton, Marconi, Esso,Sapura (General Manager 2007-2009), UEM(GM), System Consultancy Services
ANUGERAH
Pingat Gangsa ITEX 2006
(Decision Support System For SMEs) (Strategic Planning Tool)
Aktiviti Sosial,Sukarelawan & NGO
AJK Bertindak Bukit Antarabangsa Landslide Relief Centre (Kyoto Gardens, 2008)
AJK Bertindak Bukit Antarabangsa Landslide Relief Centre (Kyoto Gardens, 2008)
EXCO Penubuhan Slopewatch Malaysia
Penasihat PERKIM Bukit Antarabangsa
AJK MCOBA - Selangor Timur Chapter
Ahli International Association System Architect (IASA,US)
KEPAKARAN
AJK MCOBA - Selangor Timur Chapter
Ahli International Association System Architect (IASA,US)
KEPAKARAN
ICT, Elektronik, Quality Assurance/Control dan Complex Decision Making Modelling
Nota : Kepada para perwakilan bolehlah menilai sendiri SAMA ADA anda mahu memilih berdasarkan "mengenang jasa" atau "mengangkat yang layak" untuk pemilihan kali ini untuk paling tidak MENGANGKAT BEBERAPA ORANG PEMIMPIN MARHAEN yang tidak berstatus Datuk dll..apalagi kepala mana mana GLC.
Perlu diingat Saudara Razali Husain adalah KITA rakyat marhaen...
Saya menyokong saudara Razali Hussein. Mohon tuan dapat buat kan beliau satu page biodata ini dgn link youtube sedikit ucapat dasar beliau. Saya akan promote ke twitter dan fb semua perwakilan. Orang marhaen seperti beliau kita akan ketengahkan. In sya Allah. Good job APA. Masih ramai lagi yang tidak diberi peluang dan tempat walau sudah ada track record yang baik. Kita cari org marhaen seperti ini utk kita promosi. Anak Kelana
ReplyDeleteSyabas kepada saudara Razali atas semangat dan komitment yang saudara tunjukkan.
ReplyDeleteWalaubagaimanapun saya merasakan sistem pemilihan baru yang dibuat lebih teruk malah lebih merupakan penindasan kepada calon-calon yang baru nak diketengahkan kebolehan mereka, serta jauh lebih kebelakang dalam agenda untuk mendemokrasikan lagi UMNO . Apa yang dilihat baru hanyalah pertambahan jumlah perwakilan dan sudah pastinya yang paling ketara ialah penambahan kos pengendalian yang amat tinggi.
Kalau nak dibandingkan, sistem dahulu lebih demokrasi kerana setiap bahagian akan menghantar 10 orang perwakilan yang akan mengundi yg mewakili 10 undi dari bahagian berkenaan. Manakala sistem yang ada sekarang tidak mengambil penjumlahan secara total tetapi merumuskan jumlah semua undi kepada satu dari jumlah undi paling banyak di satu-satu bahagian. Sebagai contoh calon mungkin ada 10,000 orang perwakilan yang memilih beliau di seluruh negara, tapi mungkin dia tidak akan memenangi salah satu pun undi dari 191 bahagian seluruh negara kerana undinya akan dikira dari siapa yang terbanyak di bahagian bukan dari 150,000 yang memilih. Ini amat tidak adil dan boleh mengundang kepada situasi yang di panggil "POPULAR VOTE" sepertimana yang terjadi dalam PRU13 yang lalu. BN menang majoriti kerusi parlimen tetapi majoriti rakyat mengundi pembangkang.
Situasi yang sama juga dijangkakan akan berlaku kepada pemilihan UMNO kali ini, sebagai sebuah pertubuhan sebaiknya undi itu datang dari ahli-ahli sendiri. Penambahan jumlah perwakilan itu sudah bagus tetapi merumuskan jumlah undian sebagai satu itu mencacatkan kembali proses demokrasi yang hendak dilakukan.
Jadi apa yang berlaku sekarang ialah 1 bahagian , 1 undi. Lebih baik diguna pakai sistem lama menghantar perwakilan , 1 bahagian ada 10 undi menjadikan jumlah keseluruhan lebih kurang 2500 undi bebanding 191 undi.
Adalah lebih baik dicadangkan agar jumlah undi dikira atas keseluruhan dari 150,000 yang layak mengundi, bukannya satu bahagian satu undi yang mana bagi saya adalah lebih adil dan demokrasi. Kita boleh menganggap 191 bahagian itu umpama peti undi dalam PRU, kesemua angka penjumlahan dari tiap2 peti undi akan dihantar ke pusat untuk penjumlahan undi keseluruhan dari 150,000 jumlah undi.
Dengan cara ini ahli-ahli UMNO dapat lebih menilai calon manakah yang mendapat undian terbanyak dari ahli-ahli dan bukannya rumusan undian bagi bahagian berkenaan sahaja.
Difahamkan sebanyak 10,000 kakitangan diperlukan untuk mengendali proses pemilihan , 20,000 buah kotak pengundian dan hampir 40 juta helaian kertas diperlukan. Bayangkanlah kos yang terlibat dan siapakah yang mendapat manfaat darinya dan wang siapa?
Bagus juga ada calon seperti saudara Razali ini untuk kita jadikan "Guinea pig" mengkaji keberkesanan sistem baru pemilihan kali ini , samaada dapat membantu calon-calon "marhein" mempertengahkan kebolehan mereka atau masih di tahap lama yang mana hanya menguntungkan para-para "Warlord" yang sudah lama yang berada di atas.
Wallahualam....
Gua sokong dan akan linkkan ke wubra.blogspot.com
ReplyDeletegood experience, knowlegdable with good credentials..
GO!
Setuju utk ketengahkan orang yg benar berpengalaman saperti saudara Razali.
ReplyDelete