Ramai dikalangan orang Umno yang aku temui di PWTC semalam bising bising marah kononnya "calun reject" No.60 Tun Faisal Ismail Aziz telah menggunakan Media Sosial untuk membela dirinya setelah nama beliau digugurkan dari bertanding jawatan Majlis Tertinggi.
Ada yang kata kelak jika RAYUAN Tun Faisal diterima dan beliau kembali layak bertanding dah ada PIHAK yang bersedia untuk membuat laporan untuk mensabitkan Tun Faisal dengan "salahguna" Media Sosial dan semua "printscreen" (termasuk dari blog ini) mengenainya ada bersama mereka.
Aku kata...."Bagus,teruskan bro..."
Senang nanti "Kes Tun Faisal" akan jadi precedence (rujukan) kepada semua pihak yang tidak berpuas hati dengan kemenangan siapa juga calun termasuk Presiden dan Timbalan Presiden yang menang tanpa bertanding untuk didengar dimakamah kerana melanggar Etika Pemilihan berhubung penggunaan Media Sosial (rujuk etika dibawah).Bagus...bagus memang cerdik orang orang Umno ini.
3. Menggunakan media untuk menyokong, memfitnah, mencela, mengeji atau membuat kenyataan palsu terhadap mana-mana ahli parti :
i. Menulis dalam media cetak atau elektronik tentang calon-calon yang bertanding
ii. Membuat poster atau kad nama yang menunjukkan janji-janji
Jadi salah satu cara nak kalahkan calun ialah dengan mengupah siapa juga yang mahir dalam media baru untuk create BLOG,FB dan TWEETER PALSU khas untuk calun itu dimana disitu korang SOKONG,FITNAH,TOHMAH supaya kelak ianya bakal jadi "barang kes".
Jadi kalau benarlah memang ada PIHAK yang beriya iya cuba MENYINGKIR Tun Faisal dari layak bertanding kali ini dengan menggunakan alasan "pelanggaran etika" diatas maka aku sarankan kepada TUAN TUAN LOYER bersedia untuk jadi orang kaya baru bila pemilihan Umno ini selesai tak lama lagi.Untuk 2 atau 3 tahun akan datang aku boleh jamin korang tak menang tangan handle kes kes saman mencabar keputusan pemilihan kali ini.
INILAH MASAALAHNYA DENGAN CERDIK PANDAI UMNO YANG KELABU ASAP DENGAN PINDAAN,PERATURAN DAN TOK NENEK ETIKA YANG MEREKA RANGKA DAN RUMUS SENDIRI MENJADI PINDAAN PERLEMBAGAAN DAN ETIKA PEMILIHAN.
Mereka sendiri tak tahu nak buat TAFSIRAN tepat mengenai ayat yang mereka sendiri tulis saperti yang diulas sahabat blogger Double Y DISINI.
Lojiknya bila ada KELAYAKAN MINIMA semestinyalah ada KELAYAKAN MAKSIMA bukan begitu Tuan Profesori?
Apalah payah sangat nak tafsir ayat sendiri yang korang tulis dalam Bahasa Malaysia bukannya Bahasa Jepun atau Bahasa Jerman?Apa pengertian kelayakan minima dan maksima kalau korang nak tahu sila klik link Double Y diatas,pastinya korang akan tersenyum membaca.
Nantilah bila Datin Seri Rosmah balik dari New York nanti aku akan sarankan kepada beliau untuk mengadakan satu KELAS KHAS PERMATA untuk "cerdik pandai Umno" ini supaya mereka boleh faham apa juga peraturan dan etika yang mereka sendiri gubal dan luluskan dan tidak terus berada dalam dilema.Permata apa yang nak kita panggil untuk kumpulan ini korang bolehlah bagi cadangan kat ruang komen...
Berbalik kepada apa sebenarnya yang diperjuangkan ketika ini oleh Tun Faisal setelah namanya digugurkan dari senarai calun?Bukan perjuangan peribadi lagi dan ini jelas dia nyatakan dalam pertemuan kami semalam.Dia dah tak peduli sangat sama ada dia boleh atau tidak boleh bertanding kali ini.Apa yang penting adalah....
Rayuan ini juga bukan tentang saya, Pemuda UMNO dan pemilihan tahun 2013 semata-mata, sebaliknya, ia juga tentang kes yang akan menjadi rujukan atau `precedent' bagi kes-kes seperti ini di masa akan datang. Jelasnya, bukan setiap orang pemimpin pergerakan Pemuda dan bakal Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia penggal 2013-2016 yang telah menjadi Ahli Jawatankuasa Bahagian atau sedang bertanding di peringkat Jawatankuasa Bahagian di Bahagian masing-masing. Kes ini akan menentukan sama ada mereka boleh menwarkan diri ke peringkat Majlis Tertinggi pada masa hadapan ataupun tersangkut atas alasan yang sama.
Aku rasa "cerdik pandai Umno" tak bermasaalah nak memahami apa yang cuba dilakukan Tun Faisal ketika ini kan?
Ooops...aku lupa korang tak faham Bahasa Melayu (Bahasa Malaysia).
Bro APA,adakah ini membuktikan kebenaran kata kata mahathir dan mukhriz bahawa ahli umno ni bodoh 3 generasi.
ReplyDelete