Pages
▼
Apa sebenarnya yang kita faham tentang "Agenda Meremajakan Umno" ?
Teka teki tentang siapa yang akan bertanding jawatan apa sudah pun terjawap.Hanya kesalahan teknikal dalam tempuh 72 jam dari saat pencalonan ditutup semalam yang bakal menentukan siapakah calun calun yang SAH bertanding baik diperingkat pusat mahupun di bahagian bahagian Umno seluruh negara.
Kini debaran menanti tempuh 72jam itu pastinya satu tempuh yang dirasakan amat panjang oleh para calun terutamanya kepada mereka yang baru pertama kali menawarkan diri dalam pemilihan kali ini.Pun begitu,apakah calun calun yang menawar diri baik yang "lama" mahu pun yang "baru" benar benar faham akan maksud sebenar AGENDA MEREMAJAKAN UMNO yang hangat dijaja kebelakangan ini?
Pada aku mungkin ramai yang masih SAMAR tentang maksud sebenar agenda ini.Mungkin bagi kebanyakan ahli dan pemimpin Umno terutama pemimpin pelapis muda merasakan "meremajakan" bermaksud membawa lebih ramai PEMIMPIN MUDA kedalam kepimpinan Umno baik diperingkat Bahagian mahupun diperingkat Pusat.Jika itu yang difahami kebanyakan dari kita ahli Umno,pada aku ianya hanyalah sekadar SEPARUH BETUL.Maka terjadilah saperti apa yang sedang berlaku di Umno Bahagian tempat aku bernaung dimana laungan menukar kepimpinan dari "pemimpin tua" (lama) kepada "pemimpin muda" (baru) sedang hebat dipromosikan oleh banyak pihak pihak dan ini aku rasa bukanlah kes terpencil dan berkemungkinan ianya berlaku dikebanyakan bahagian Umno seluruh negara.
Tinjauan secara rambang siang tadi di PWTC terhadap ramai ahli Umno baik yang berstatus pemimpin mahupun ahli biasa mendapati mereka juga mempunyai pendapat yang sama saperti diatas.Kefahaman mereka setakat merasakan pemimpin Umno yang lama/tua WAJIB digantikan dengan yang baru/muda,ibarat pokok pokok lama harus dicantas dan diganti dengan pokok pokok yang baru.Mereka mungkin kurang sedar bahawa sementara menanti pokok yang baru hidup subur merendang maka pokok pokok lama yang masih memberi manafaat harus dikekalkan sementara menanti pokok baru dapat mengambil alih fungsi pokok pokok lama ini.Sepatutnya pokok baru ditanam bersulam sulam dengan pokok yang lama agar pertumbuhannya tidak terencat dek cuaca yang panas dan pokok yang lama dapat menjadi pelindung sementara pokok yang baru membesar.
Agak malang jika kefahaman kebanyakan dari kita tentang Agenda Meremajakan Umno ini hanya tertumpu kepada peralihan kuasa dimana pemimpin muda mengambil alih kepimpinan dari pemimpin lama (tua).Apakah itu sahaja yang mesti diremajakan?
Tidak kah yang lebih penting dilakukan semua pihak ialah MEREMAJAKAN PERJUANGAN UMNO itu sendiri dari style yang lama dan sudah tidak berapa relevan kepada style yang baru untuk mendepani cabaran semasa dan masa hadapan?
Memanglah generasi baru memerlukan pendekatan yang baru agar Umno terus kekal relevan memperjuangkan bangsa Melayu untuk 10,20,30 atau 50 tahun akan datang,dan pendekatan baru ini hanya boleh difahami oleh pemimpin seangkatan mereka.Tetapi kehadhiran pemimpin lama untuk memberi tunjuk ajar dan bimbingan tetap diperlukan agar matlamat utama perjuangan ini tidak tersasar jauh.Perlu diingat,yang pemimpin lama yang ada hari ini juga semuanya bermula sebagai "orang muda" dan mereka melalui transisi mematangkan politik mereka berperingkat peringkat sehingga menjadi pemimpin lama/tua yang ada hari ini.Menggantikan mereka secara pukal tidak akan membawa apa apa faedah kepada Umno dan matlamat perjuangan nya.
Mari kita renung sejenak sambil berfikir....
Berapa banyak kah cawangan cawangan Umno dari ribuan yang ada seluruh negara hari ini yang sayap Pemuda dan Puteri mereka benar benar aktif dengan keahlian yang ramai?
Aku rasa tidak banyak cawangan yang begitu.Kebanyakan cawangan jika ada pun 2 sayap "generasi muda" ini pun sekadar cukup korum untuk mengesahkan mesyuarat tahunan saja.Bukan begitu?Ini dapat aku lihat dalam Bahagian aku sendiri dalam menghadapi persidangan tahunan masing masing sebelum tarikh 15hb September yang baru lalu.Jadi tidak boleh dinafikan yang kedua sayap Pemuda dan Puteri ini hanya dilihat hebat dan unggul bila bersatu sebagai Pemuda dan Puteri Bahagian yang dikendalikan oleh seorang Ketua Bahagian yang kita panggil pemimpin lama/tua.Disini perlunya perjalanan sesorang pemimpin muda itu bergandingan dan seiring dengan pemimpin orang lama untuk dicurahkan segala tunjuk ajar dan sepak terajang politik agar suatu hari mereka mampu memimpin pula.
Jadi kembali kepada tajuk Agenda Meremajakan Umno yang hangat dibicarakan ketika ini.Ianya bukan sekadar agenda menukar pemimpin tua atau membawa masuk lebih ramai pemimpin muda kedalam saf kepimpinan semua peringkat,TETAPI,lebih dari itu ianya mesti dilihat seiring dengan AGENDA MEREMAJAKAN PERJUANGAN UMNO untuk terus kekal relevan.
Perjuangan apa yang MESTI diremajakan?
Sama sama lah kita fikirkan bersama....
No comments:
Post a Comment
Memandangkan aku buka platform blog ini kepada Penulis Penulis Jemputan sebagai satu keluarga besar APA maka aku buka kembali ruang komen blog ini untuk anda para pembaca bertukar tukar pendapat tentang artikel yang disiarkan.
Kepada "pencinta pencinta" aku yang memang suka memaki hamun aku selama ini kena tenguk dulu artikel siapa dan penulisnya kerana blog APA kini ada 10 orang penulis tetap.Jangan maki hamun salah orang...maki hamun aku tak apa.
HARAP MAKLUM
Note: Only a member of this blog may post a comment.