Pemilihan Umno 2013 akan diadakan tidak berapa lama lagi.Dah ramai pun calun calun yang menawarkan diri mereka sama ada untuk mempertahankan jawatan atau baru nak menawarkan khidmat mereka dalam jawatan jawatan yang terbuka luas untuk ditandingi.
Blog ini tetap dengan pendirian yang jawatan Presiden dan Timbalan Presiden KEKAL TIDAK DIPERTANDINGKAN diantara dua penyandangnya ketika ini DS Najib Razak dan TS Muhyiddin Yassin.Jika ada calun lain selain dari kedua mereka yang ingin mencabar mana mana dari dua jawatan diatas adalah diluar kawalan kita,tapi asal saja Presiden dan Timbalan Presiden dilihat bersatu dan tidak bertanding sesama sendiri.
Untuk jawatan Naib Presiden aku belum mahu mengulasnya,nanti bila tiba waktunya aku akan berbuat demikian.Buat masa ini aku hanya nak fokus kepada 25 kerusi Majlis Tertinggi Umno yang aku kira kali ini bakal menyaksikan penyertaan calun yang begitu ramai cuba merebutnya,baik penyandang sekarang mahupun yang baru nak mencuba nasib.
Untuk kerusi Majlis Tertinggi setakat ini aku hanya akan memperkatakan tentang 2 calun sahaja dahulu,seorang adalah penyandang Dato Abdul Azeez Rahim Presiden Kelab Putera 1Malaysia dan Tun Faisal Ismail Aziz Ketua Unit Media Baru Pemuda Umno Malaysia yang juga Exco Pemuda Umno Malaysia.
Beliau adalah penyandang jawatan sebelum ini dan akan mempertahankannya sekali lagi.Berasal dari golongan "marhaen" Umno yang memanjat tangga kepimpinan melalui gerak kerja sukarelawan yang dipolopori beliau sejak sekian lama.Terlibat dengan misi misi bantuan kemanusiaan baik didalam negara mahupun diluar negara yang kini telah merangkumi 32 buah negara semuanya.Beliau juga terlibat dengan misi membawa pulang hampir 87 gadis bawah umur dan isteri orang yang dibawa lari ke Lombok Indonesia.Ramai mungkin tidak mengetahui yang beliau juga terlibat membawa pulang gadis "kaldai kaldai dadah" dan gadis "sindiket kad kredit" yang dimangsakan dari tahanan luar negara kepangkuan keluarga masing masing.
Kepada para pelajar di Mesir dan keluarga mereka JASA beliau dalam misi membawa pulang pelajar pelajar kita dari sana sewaktu berlakunya krisis disana tidak mungkin mudah dilupakan mereka.Inilah keistimewaan Dato Azeez Rahim yang TIADA calun lain yang boleh dibuat perbandingan jika kita bercakap pasal KERJA KERJA SUKAREKLA.
Walaupun ramai "musuh musuh" politik beliau berusaha untuk menjatuhkan imej dan kredibiliti beliau lebih lebih lagi selepas beliau dilantik sebagai Pengerusi Tabung Haji,ternyata Dato Azeez begitu tabah menerima segala tohmahan dan cercaan tanpa sekalipun menunjukkan reaksi beliau.
Mari kita tenung satu persatu calun calun yang menawarkan diri untuk jawatan Majlis Tertinggi ini dan bertanya kepada diri kita semua...."Apa yang ada pada mereka yang tidak ada pada Dato Azeez Rahim dan apa yang ada pada Dato Azeez yang tidak dimiliki calun calun lain...?"
Satu lagi pertimbangan yang wajib diambil kira adalah KEJAYAAN Dato Azeez Rahim merampas kembali kerusi Parlimen Baling dari Pakatan Rakyat dalam PRU13 lalu dengan majoriti melebehi 5 ribu.yang boleh kita anggap salah satu KEAJAIBAN PRU 13.
Oleh itu mari kita semua memilih dan meletak Dato Abdul Azeez Rahim untuk satu slot dari 25 kerusi yang ada agar sumbangan beliau kepada masyarakat dan parti akan dapat diteruskan dengan berkesan.
TUN FAISAL ISMAIL AZIZ
Merupakan Exco Pemuda Umno yang juga Ketua kepada Unit Media Baru PPUM yang merupakan salah satu "bala tentera siber" dari beberapa yang ada yang hebat berperang mempertahan Umno dimedan tempur maya sejak beberapa tahun kebelakangan sehinggalah hari ini.Orangnya berbadan kecil tapi jiwanya amat BESAR dalam perjuangan memartabatkan Umno dan bangsa Melayu.
Peluang bersama Tun Faisal sejak 3 tahun lalu memberikan aku kesempatan untuk mengenal hati budi susuk tubuh kecil ini yang begitu besar semangat juangnya.Disamping itu Tun Faisal adalah dikalangan pelapis muda yang begitu berani berdebat dengan siapa sahaja Pemimpin Pembangkang dan ini terbukti dengan beberapa siri debat secara live atau rakaman yang anda boleh ikuti di link http://aku-tak-peduli.blogspot.com/2013/09/tunfaisal-bakal-memperkasa-mt-umno.html.
Kepakaran Tun Faisal dalam mengendalikan segala platform Media Sosial dan menganjurkan latihan demi latihan media siber yang bersistematik akan dapat dimanafaatkan Umno secara langsung jika terpilih menganggotai Majlis Tertinggi.Bahkan beliau mampu menjadikan semua kepimpinan tertinggi Umno "celik media baru" jika berkesempatan berada dalam saf kepimpinan yang sama dimana suara beliau akan didengar...tidak saperti sebelum ini.
Olehitu blog ini 100% menyokong Tun Faisal Ismail Aziz untuk satu lagi kerusi Majlis Tertinggi yang 24 itu setelah satu kita mohon diberikan kepada Dato Azeez Rahim.
Jadi kerusi Majlis Tertinggi masih ada 23 untuk calun calun seterusnya...
Bro, hang ni cakap betul ke atau perli?
ReplyDeleteSalam perjuangan APA
ReplyDeleteHarap dapat linkkan blog saya di blog Apa.
Terima kasih ya.
http://panglima-harimau.blogspot.com
salam APA>.. tlg link
ReplyDeletehttp://www.kerismalaya.net/
http://www.kerismalaya.net/2013/09/bukti-bakal-pm-malaysia-bukan-islam.html
aiihh keris malaya pun nak link.. hahhahahaah bila mau jalan operasi bro!
ReplyDeleteBerapa banyak kau dah ugut dan balun dari Azeez?
ReplyDeleteBlog ni tak boleh pakai la..sebab tu lah kurang sambutan...buang masa saja singgah blog ni
ReplyDeleteBlog ni tak boleh pakai la..sebab tu lah kurang sambutan...buang masa saja singgah blog ni
ReplyDeleteBlog syok sendiri. Talk payah dok puji2 si azeez tu. Spm pun x lulus...bodek je kuat.
ReplyDeleteHa ha ha..
ReplyDeletePak Chik Apo...hangpa dah jadi Ahlul Penyokong Mamak Nampak...ha ha ha..
Azez Mamak is ok (walaupun tak pass SPM dan kaki bodek dan ada adik beradik yang kaki kelentong ..ha ha ha), but why you also like Reeezal Mamak (Ada skandal masa duduk kat Bank Negara)..
BDW,mengapa Hang setuju supaya Najib kekal jadi PM???
Bro APA....gua ingat lu blogger yg berterus terang...yg neutral...seperti yg lu gebangkan sblm nie...tp lu sama jer dgn blogger2 lain...hhhahhahhhha...tp xpe..mmg lumrahnya begitu kan...gua no prob...cuma...lain kali..lu jgn la kutuk blogger2 lain..sbb lu akan nampak mcm sedang berckp dgn cermin....anyway selamat meraih pendapatan yg besar....dan pastikan lu x kena tpu...nanti kena tipu..x pasal2 lu meracau2 mcm kes pak lah....
ReplyDeletesarkastik la woi...ada dengar cite tabung haji akan di listkan..
ReplyDeletemereka yang mengata dato azeez tu sebab diorng dengki yang azeez boleh buat macam2...disaat pemimpin pembangkang hanyut dengan betina mamak di bilik hotel azeez pergi selamatakan perempuan melayu di negeri orang..lagi satu,dia seorang yang baik beb,tak kekok nak bergaul mesra dengan rakyat biasa dan dia pejuang utk rakyat...lihat saja kerja2 amal yang dia buat selama ni,itu mnunjukkan yang dia betul2 berkhidmat utk rakyat...
ReplyDeleteBetul apa yg ok katakan tu APA.....aku setuju Azeez sudah banyak membuat kerja2 amal ....dan bagi aku Azeez seorang pemimpin yg senang d dekati rakyat.......
ReplyDeleteGua sembang dengan kawan kawan rapat si Azeez ni..kat kedai kereta milik Azeez area Pj.. kawan2 rapat bila ditanya pasal ni..merekanketawa kecil tahan x nak tertawa besar..bahu terangkat angkat..pastu mengeleng geleng..sambil berkata..adui..habis la duut Tabung Haji dikerjakannya..pastu terus cerita pasal azeez ni pernah tipu orang bla bla bla..fuhh..banyak jugak auta di Azeez ni..so jangan lah menilai org hanya sebab nampak dia berbuat kebajikan terus fikir dia malaikat..
ReplyDeleteEh.eh.yg mana satu yer yg kena tangkap semasa cuba seludup kembali sejumlah wang dana bantuan kemanusiaan.saper ha.duit dana bantuan kemanusiaan pun nak di sapu aper citer.
ReplyDeletebiasa lah semua orang dengki kat azeez sebab dia dapat pegang jawatan besar....jadi kawan pun jadi lawan la jwabnya....beliau di beri jawatan tersebut sebab etika dan integriti beliau...bukan senang-senang nak bagi orang jadi ceo tabung haji
ReplyDeletenama saja pengerusi tabung haji tapi ni kira pertama kali dalam sejarah lah pengerusi tabung haji x pergi haji, sibuk pasal pemilihan MT dan bahagian. Apa gila ke pengerusi tabung haji x pergi haji????!!!!
ReplyDelete