Penyu menangis siapa tahu...
Aku baru terbaca keluhan sahabat blogger Dinturtle dalam artikel dia yang terkini.Beliau merupakan satu satunya BLOGGER TERHEBAT TERENGGANU sejak dulu hingga kehari ini dan kami mula mengenali antara satu sama lain melalui alam siber sewaktu kami masing masing waktu itu berada di Ranking 74 dan 75.Waktu itu kami saling potong memotong antara satu sama lain dan bukan jauh mana pun...setakuk setakuk dan ianya merupakan salah satu kenangan manis kami berdua.
Kali pertama kami bertemu empat mata secara zahirnya bila Bro Din menganjurkan satu program media sosial sekitar awal 2012 di Kuala Terengganu dan aku turut diundang.Walaupun menjadi "teraju utama" dalam program yang melibatkan ramai bloggers hebat tanahair bersama pengamal media sosial tempatan dan Kerajaan Negeri tapi Dinturtle "tenggelam" dek sikap "merendah diri tahap kronik' yang semulajadi ada pada dirinya.Itulah Dinturtle yang aku kenali...
Orangnya memang sempoi giler dan terlalu merendah diri.Tidak mahu terlibat dengan mana mana kumpulan bloggers dalam apa juga pertelingkahan dan mengambil sikap berkecuali dan "Politik Bloggers" memang mamat ini failed giler,kerana dia hanya tahu politik orang politik saja...Aku ingat spesis lurus bendul macam Din ini dah hampir pupus macam penyu di Terengganu...rupanya tidak.
Itulah Blogger Dinturtle...
Apa yang lu lalui Bro gua dah banyak kali lalui,jadi dah tak menjadi kudis pada gua dan ianya hanya akan membuatkan diri kita lebih mantap dan kuat dalam berkarya dengan cara kita sendiri tanpa perlu ambil port apa pandangan orang lain tentang kita.Habis lu ingat gua tinggalkan lu dari Ranking 75 melonjak menjadi BLOGGER NO.1 tahun lalu kerana apa?
Semuanya sebab gua ambil segala macam tohmahan,tekanan dan boikot dari rakan rakan bloggers kita sebagai pembakar semangat untuk gua buktikan yang gua mampu menyerlah walaupun tidak disokong kerana akhirnya PARA PEMBACA DAN PENGIKUT SETIA blog kita yang akan menentukan siapa kita dalam dunia blog ini...bukan pautan dari blog blog yang tidak dapat menerima cara kita berkarya yang memang HARAMJADAH...kah kah kah.
Sebab itu alhamdulillah Blog APA belum lagi pernah terkeluar dari Carta Top 10 sedangkan blog lain macam yo-yo sekejap keatas sekejap kebawah.Tapi biasalah...orang macam kita ini TIDAK AKAN ADA TEMPAT DISISI PEMIMPIN UMNO...dan itu harga yang kita kena bayar untuk satu pendekatan cara kita yang enggan mengipas dan enggan membodek.
SO BRO....LEARN TO LIVE WITH IT.
PERASANNNNNNNNN !
ReplyDeletePerasannnnn pun takpe atleast pernah bergelar BLOGGER NO.1...dan sekarang tetap maintain dalam Top 10...he he
ReplyDelete