Pages

Perubahan?Apa yang mahu diubah? @NajibRazak


Semalam Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris mendesak @NajibRazak meletak jawatan sebagai Perdana Menteri kerana dikatakan telah menggadaikan segala hak dan kepentingan Melayu selama ini.Aku bertanya kepada seorang sahabat yang juga YDP Perkasa Daerah apakah kenyataan Irwan itu hanyalah pandangan peribadi beliau atau ianya pendirian resmi Perkasa?Maka dijawap oleh sahabat aku tadi kalau ianya datang daripada Irwan beerti ianya juga adalah PENDIRIAN RESMI PERKASA..Ohh okay...(baca kenyataannya DISINI).


Aku rasa aku adalah antara blogger yang lantang mengkritik pentadbiran Najib tapi belum lah sampai ketahap MENDESAK BELIAU MELEPASKAN JAWATAN yang disandangnya baik sebagai Presiden Umno mahupun Perdana Menteri walaupun dah ada beberapa sahabat bloggers yang dah mula seirama dengan Ketua Wira Perkasa ini.Mengkritik dan membalun Najib atas tindak tanduk beliau menagih undi kaum Cina terutama dalam menghadapi PRU13 yang lalu dah jadi macam makanan harian kami,tapi belum ramai diantara kami yang merasakan beliau perlu meletakan jawatannya kecuali sebilangan kecil sahabat blogger saperti yang aku sebutkan tadi.

Kritikan dan balunan kami lebih kearah untuk menyedarkan Najib akan kesilapan yang telah dilakukannya dalam mengharapkan sokongan undi kaum ini dan selepas keputusan PRU13 diketahui ungkapan TSUNAMI CINA terpacul dari bibir beliau sendiri dan bukan dari orang lain.Beerti Najib tahu akan kesilapannya terlalu mengharap dan memberi muka kepada kaum ini dengan harapan kaum ini akan membalas balik segala pemberian dan perhatian yang mereka terima selama ini.Kalau difikirkan secara lojiknya bagaimana ungkapan itu boleh terkeluar dari mulut Najib bukan sehari..dua hari...atau seminggu selepas keputusan,tapi dimalam keputusan itu sendiri di PWTC dan aku berada disitu sewaktu Najib mengungkapnya.

Sejak itu kami (bloggers kaki balun) tidak berhenti menyatakan kekecewaan kami terhadap apa yang telah dilakukan Najib dan apa yang kami rasakan masih dilakukan beliau untuk bangsa ini sehingga hari ini.Tujuannya tidak lain kerana mahu terus mengingatkan beliau agar dia tidak terus melakukan perkara yang sama kerana pasti keputusannya tetap akan sama.Kami telah melakukan apa yang patut (mengingatkan) dan masih melakukannya bila dirasakan perlu hingga kesaat ini,dan KAMI telah melakukan tanggung jawap kami.Jadi sebagai Perdana Menteri Najib bukan manusia dunggu yang tak faham bila ditegur,sama ada secara lantang atau berkias.Aku yakin beliau faham,kalau tidak masakan dia menjadi Perdana Menteri kita hari ini.Tapi...

Apakah yang kita harapkan dari kritikan dan balunan kita selama ini?

Apakah kita mengharapkan Najib akan berkata,..."Okay mari kita ajar bangsa Cina ini lepas ini!..."

atau..kita harap dia akan membuat kenyataan resmi.."Saya sudah tolong lu orang tapi apa lu orang bikin sama saya (BN) dengan kasi undi sama Pakatan Rakyat,lu orang mau tenguk pulak apa saya boleh bikin..?"

Apakah itu yang kita mahu Najib sebagai seorang Perdana Menteri Malaysia cakap setelah dikecewakan oleh rakyat beliau berbangsa Cina?

Apakah wajar seorang Perdana Menteri mengeluarkan kata kata persis macam kita sebagai blogger?

Apakah kita akan berasa puas hati jika Najib berkata begitu?Apakah keputusan PRU13 akan berubah jika Najib berkata sapertimana yang kita suka dengar?

Aku amat yakin ungkapan TSUNAMI CINA itu bukan diungkap secara tak sengaja malam itu atau disuap kemulut beliau oleh Para Punahsihat beliau.Ungkapan itu adalah cetusan rasa kecewa beliau yang teramat sangat sehingga ungkapan yang tak sepatutnya itu terhambur dari mulut beliau.

Tidak kah kita melihat apa yang berlaku disekeliling kita selepas malam itu,terutamanya dinegeri negeri yang dikuasai pembangkang?

Aku tidak mahu menghurai panjang bab ini kerana ada yang tidak perlu dihurai pun,dan kalau dihurai kelak maka rosaklah apa yang kita inginkan selama ini.Biarlah Najib melakukannya dengan cara beliau sendiri sebagai Perdana Menteri rakyat Malaysia dan jangan kita mintak dia bertidak macam kita blogger sekadar untuk melepaskan rasa kecewa dan marah kita.Aku yakin beliau ada kaedahnya sendiri dan biarlah mereka yang mengkhianati beliau akhirnya merasa benjolan dikepala tanpa tahu apa dan siapa yang mengetuk kepala mereka.

Apa perlu aku jelaskan lagi?

Jadi kepada sahabat yang nak sangat Najib melepaskan jawatannya,marilah kita berfikir jauh sedikit dan mengambil kira suasana politik negara sewaktu beliau mewarisinya dari Paklah.Najib bukan Paklah jadi sentimen kita terhadap Paklah janganlah kita selimutkan ketubuh Najib dan mendesak perkara yang sama yang pernah kita minta Paklah lakukan.

Aku yakin Najib telah belajar dari kesilapan yang lalu dan sedang belajar mengatasinya agar ianya tidak berulang sekali lagi di PRU14.Dia tidak perlu wawarkan apa yang sedang dilakukannya tapi kalau kita mahu melihatnya dengan mata hati pasti kita akan nampak tindakan yang sedang dilakukannya dan yang akan dilakukan nya.Kita cuma ada seorang Perdana Menteri mewakili kita hampir 27 juta rakyat negara ini.jadi hanya dia yang tahu melakukannya cara seorang Perdana Menteri...

Aku juga suatu ketika mahu  MENYALAHKAN Najib dalam tindak tanduknya.Tapi perlu diingat jika dia tidak melakukan apa yang telah dilakukan sebelum ini terhadap bangsa ini,masakan hari ini kita boleh tahu isi hati dan agenda bangsa ini?

Bukankah itu rahmat tersembunyi yang Allah mahu kita semua lihat?

Lantas Allah memberi pertolongan melalui kesedaran Orang Melayu yang kembali beramai ramai menyokong parti kita agar kuasa politik orang Melayu terus kekal ditangan orang Melayu untuk melakukan anjakan minda dan tidak takut lagi dengan percaturan bangsa lain.Apakah kita mahu menafikannya?Cuma kini terpulang kepada Najib untuk meletakan ditempat sepatutnya sokongan bangsanya sendiri ditempat sewajarnya dan jangan sampai mereka berjauh hati lantas kembali menjauhi Umno dan Barisan Nasional saperti yang pernah mereka lakukan sebelum ini.Aku amat yakin Najib tidak akan berani memperkecilkan sokongan yang telah kembali ini.


Jadi kepada Saudara Irwan Fahmi yang tiba tiba muncul dengan "desakan sengal" sebelum ini,tanyakan diri saudara sendiri...

Dimanakah saudara semasa semua kesilapan ini dilakukan Najib dan apakah yang telah saudara lakukan dari masa kesemasa untuk mengingatkan beliau saperti yang dilakukan oleh para bloggers selama ini?

Ada?

Kalau sekadar nak beretorik kerana saudara Ketua Wira Perkasa...saya suka menyarankan agar saudara belajar dari Saudara Armand Azha "Panglima Ludah" bagaimana mahu menjadi seorang Wira yang perkasa,disegani dan dihormati...

Assalam.









8 comments:

  1. antahlah bro APA...x tau nak ckp mcm mana....kepercayaan tu dah hampir2 HILANG ni....mungkin dah sampai tahap 80%

    bg saya la, TAK PERLU sampai PM keluarkan kenyataan sptmana yg bro keluarkan, cuma TUNJUKlah melalui perbuatan & perkataan yg DIA tu ADIL pd Melayu/Bumi & Islam, VOKAL dgn pembangkang, BERANI menentang salah laku NGO2 KOTOR di Mas & hapuskan parasit2 di sekeliling dia tu.....SAKIT MATA & HATI pd mrk pastilah PM/UMNO terpalit sama

    jika dibaca surat Tun Mahathir pd Tunku, saya lihat SENARIOnya sama cuma tiada permainan POKER dijalankan

    saya masih lg mengharapkan supaya PM berubah SEBELUM PRU14....harapan buat masa ni hanya pd UMNO/BN bukan sbb pemimpin UMNO TERBAIK, tp sbb pemimpin pembangkang adalah barisan kepimpinan TERBURUK

    "terpulang pd PM samada nak berubah atau tidak"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perkasam cuber mencari dahan utk berpaut.NGO ini merupakan libialiti pada mana mana pihak yg sudi berdamping dgn perkasam.kih.kih.kih.bang berahim la nie bawak teksi ker?ketua wira perkasam pula mesti bawak kereta sapu plak kan.

      Delete
  2. Aku sokong Otak Geliga, sampai lani, tak ada satu pendekatan berani yang jelas yang di tunjukkan oleh Najib untuk tolong orang melayu. Lebih naik angin bila dengar projek naik taraf 12 juta untuk pusat makanan cina di bukit bintang atas nama pelancungan dan sumbangan 1 juta oleh menteri besar johor pada sekolah cina sempena ulang tahun ke 100. Projek sebegini lah yang dinantikan oleh orang melayu yang ianya adalah FAKTA dan bukannya AUTA.

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya ada gerakan secara halus yang sedang dilakukan tapi tidak diwawarkan atas sensitiviti kaum.Resultnya tkkn nampak serta merta tapi dari segi jangka panjang ianya akn kelihatan jua suatu hari nanti.

    Tenguk saja kegiatan perniagaan maksiat bangsa ini yang diserbu siang dan malam terutama dinegeri Pakatan Rakyat.Tapi tkn Tv nak tunjuk hari hari dan setiap masa.Itu belum bercakap pasal "unspoken policy" yang baru saja digerakkan..sebenarnya ada banyak lagi tapi kalau kita mula bercerita apalah maknanya nanti..

    ReplyDelete
  4. tuan blogger... bila nak di lupus semua punahsihat tuuuu.. mcm dilupusnya ISA.. tak berkutik lagi..

    ReplyDelete
  5. bro APA...yg serbu2 tu saya perasan & OPS CANTAS kongsi gelap & yg terbaru mencari PATI & juga pemberian IC khas utk pekerja Bangladesh yg diambil bekerja...kalau diperhati mmg hebat....cuma kenapa di bawah DS Zahid baru semua ni terjadi bukannya dibwk CKMM (ke perancangan nak TUNJUK yg CKMM ni LEMBIK?)

    & juga bbrp tindakan aneh spt ambil PUNAHsihat spt parasit, menteri CKMM, Menteri bongkaknepo, kelulusan Al-Kitab pelbgai bahasa, pembukaan duta Vatican di Mas, slogan etc adakah boleh dianggap utk DIVERT perkara sebenar yg cuba PM lakukan?

    takpelah.....saya cuba YAKINkan diri yg itu semua mmg IDEA PM kita....jika benar PM & org2 tertentu ada perancangan sulit utk "........." saya akan berdiri teguh dibelakang PM

    "saya tunggu & lihat"

    ReplyDelete
  6. kalu nak jadi ajk UMNO, mesti sokong ahjibeng...

    kan..kan..kan..!

    ReplyDelete
  7. Yang sebetulnya, kalau tanya Melayu keliling, rata-rata sokong 100% apa yang Ketua Wira Perkasa ni kata. Adakah Melayu ni semua salah? Mungkin. Tapi kalau Najib masih nak bagi tanglung free padahal time Raya tak ada pun terhegeh-hegeh nak kasi pelita free, dan lebih pelik time Merdeka tak de kasi bendera free pun padahal kata PM untuk semua...

    ...alamat UMNO akan kalah dalam PRU14. Apa, UMNO ingat hari tu orang Melayu ramai sokong UMNO sebab kita orang Melayu suka sangat pada ahli politik UMNO? Jangan bermimpi.

    Dulu kena tsunami Cina muka Najib dah macam cicak berak kapur. PRU14 nanti, kalau dia masih macam ni jugak, dia akan rasa tsunami Melayu pulak. Orang-orang atasan UMNO mungkin takkan kesah, duit dah cukup banyak boleh angkat anak kerja free tak payah bayar gaji tapi boleh siap bawak Ferrari lagi. Yang orang-orang UMNO kat bawah ni? Hahaha. Sokong untuk kebaikan orang atas saja, nak buat apa.

    Berkatalah benar, biarpun pahit.

    ReplyDelete

Memandangkan aku buka platform blog ini kepada Penulis Penulis Jemputan sebagai satu keluarga besar APA maka aku buka kembali ruang komen blog ini untuk anda para pembaca bertukar tukar pendapat tentang artikel yang disiarkan.

Kepada "pencinta pencinta" aku yang memang suka memaki hamun aku selama ini kena tenguk dulu artikel siapa dan penulisnya kerana blog APA kini ada 10 orang penulis tetap.Jangan maki hamun salah orang...maki hamun aku tak apa.

HARAP MAKLUM

Note: Only a member of this blog may post a comment.