PEMILIHAN UMNO 2013...kaedahnya saja baru,budaya dan keputusannya belum tahu lagi..@NajibRazak


Setelah demam Pilhanraya Umum 13 mula kebah,kini muncul pula demam Pemilihan Umno 2013.Dimana mana sahaja bila orang politik berkumpul maka topik pemilihan kali ini mengambil tempat utama dalam perbualan mereka.Pemimpin besar akan berkumpul dengan yang besar membincangkan agenda besar mereka,manakala pemimpin dan ahli  kecil diperingkat akar umbi akan membincangkan agenda besar parti seolah olah mereka mampu MENGUBAHnya.


Persoalannya.....mampukah mereka?

Aku ada bertanya beberapa soalan bodoh kepada beberapa AJK Bahagian tentang sistem baru pemilihan Umno kali ini yang melibatkan kelayakan seseorang AHLI UMNO untuk merebut jawatan jawatan yang ditawarkan dalam pemilihan kali ini bermula dari peringkat teringgi pusat sehinggalah keperingkat bahagian.Tujuannya sekadar nak menilai keberkesanan sistem baru ini yang dikatakan lebih telus dan menyerahkan kuasa memilih kepada ahli yang dikatakan berjumlah 150 Ribu Orang (kurang lebih) untuk memilih berbanding dengan kaedah yang digunapakai sebelum ini dimana kurang dari 3 Ribu Perwakilan yang menentukan hidup mati Umno.

Soalan soalan bodoh aku...

1. Boleh tak aku (ahli biasa) menawarkan diri untuk bertanding jawatan Presiden ,Timbalan dan Naib Naib Presiden Umno Malaysia?

Jawapannya....TAK BOLEH.

2. Boleh tak aku (ahli biasa) menawarkan diri bertanding sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno Malaysia?

Jawapanya...TAK BOLEH

3. Boleh tak aku (ahli biasa) menawarkan diri bertanding jawatan Ketua,Timbalan Ketua dan Naib Ketua Bahagian Umno?

Jawapannya juga...TIDAK BOLEH.

4.Boleh tak aku (ahli biasa) menawarkan diri bertanding jawatan Ahli Jawatan Kuasa Bahagian?

Jawapanya....ada yang kata BOLEH dan ada yang kata TIDAK BOLEH.

Memandangkan aku ini hanyalah AHLI BIASA maka terpaksalah aku mendapatkan penjelasan dan pencerahan dari mereka mereka yang kini berjawatan AJK Bahagian memandangkan mereka telah diberikan taklimat tentang segala aspek peraturan dan kelayakan oleh Ketua Bahagian dan Umno Negeri masing masing berhubung sistem baru pemilihan yang bakal digunapakai kali ini.

Setelah mengambil kira alasan untuk jawapan jawapan TIDAK BOLEH diatas dicampur dengan jawapan terakhir mungkin BOLEH mungkin TIDAK BOLEH,bolehlah aku merumuskan (rumusan pra-matang aku) yang pemilihan kali ini tidak akan jauh berbeza dari segi pengisiannya(keputusannya) walaupun diberikan wajah yang baharu dari segi sistemnya.

Orang Kelantan royak...ene tolak ene (6-6)....jawapannya cari sendiri.

Kalau benarlah pra-syarat pra-syarat yang aku dibagitau oleh AJK Bahagian ini sebelum seseorang itu layak menawarkan diri untuk bertanding bermakna wal asal balik hasil lah..Maka akan wujud calun calun yang sama menawarkan diri atau cuba mempertahankan jawatan mereka masing masing.Mari kita lihat apa yang bakal berlaku di peringkat Bahagian Umno...

Dinasour T-Rex (ketua bahagian) Jurassic Park akan berpakat dengan para penghuni Dinasours (AJK Bahagian) dia yang mendiami taman ini selama ini agar memastikan tiada dinasours baru yang cuba masuk kedalam taman mereka untuk mengambil alih.Jika ini berjaya dilakukan oleh T-Rex maka dia akan melantik (melalui pemilihan kalau masih ada) 7 Dinasours (G7) yang bakal memilih Dinasours Dewata diperingkat pusat.Jadi kalau ahli Umno diperingkat bahagian tidak berani (tidak mampu)melakukan perubahan radikal dan drastik,maka TIDAK AKAN ADA PERUBAHAN yang kita harapkan boleh berlaku dalam Umno walaupun nampak macam sistem baru pemilihan kali ini kononnya memberikan KUASA kepada lebih ramai ahli akar umbi Umno umtuk menentukan pucuk pimpinan diperingkat pusat.Dalam ertikata lain...

KALAU UMNO BAHAGIAN GAGAL DIUBAH,MAKA UMNO DIPERINGKAT PUSAT JUGA AKAN KEKAL TIDAK BERUBAH.

Jadi tepuk dada tanya akal anda semua yang bakal memilih..

Jangan ingat POLITIK WANG telah dihapuskan dengan sistem baru ini?Politik wang tetap akan wujud dan akan sampai ketahap maksimanya(secara senyap) bila Dinasour T-Rex berjaya mengumpulkan Dinasours (ajk bahagian) pengikut setianya untuk berurus niaga dengan Dinasours diperingkat pusat..

6-6....

*Artikel akan datang aku akan mengulas pula BUDAYA UMNO DAN PEMIMPINNYA yang suatu masa dahulu menjadi pemangkin kepada lonjakan bangsa Melayu,tapi kini selepas lebih 67 tahun ianya telah bertukar menjadi menjadi KANSER yang membunuh Umno secara perlahan lahan...

0 comments:

Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts