Awal hari raya hari tu ada beberapa bloggers bertelagah pasal video hariraya @NajibRazak.Ada yang kata video tu wujud siap bagi link Youtube lagi,tapi bila kita klik tak boleh tonton plak sebab dah jadi PRIVATE...jadi lebihkurang macam tak wujudlah.Aku pun jadi pelik kenapa pemilik channel Youtube yang upload video tu tiba tiba merasakan ianya tak patut ditonton oleh umum.Nak kata video tu 18SX,rasa aku ok je sebab video yang sama yang duk main kat semua saluran tv sejak malam raya.
Hari ini video yang sama boleh ditonton dibeberapa channel youtube lain selain yang PRIVATE tu,Jadi aku saja gatal gatal nak tahu apa yang tak kena dengan video ini sehingga diPRIVATEkan hari tu.Cari punya cari tak jumpa apa selain Perdana Menteri mengimbas nostalgia masa kecil beliau seronok berhari raya dan diakhiri dengan ucapan selamat oleh beliau dan isteri Datin Seri Rosmah.Tak ada apa yang pelik tentang video ini.Semuanya nampak ok je..bak kata orang Pahang.
SAMA TINGGI SAMA SEPADAN
Cuba korang tonton sendiri video kat bawah ini kot kot aku terlepas pandang...
...yang berbezanya ialah depa tu berdiri sama tinggikan?
ReplyDelete