Pages

Calun untuk menentang @Khairykj sebagai Ketua Pemuda ditemui..


Cecari brother kita ni,kita pakat lantik dia jadi Ketua Pemuda..

Ini baru ANAK JANTAN namanya.Bukan setakat berkokok bawah ketiak Bapak Mertua yang pernah jadi Perdana Menteri.Sekarang pula berkokok dari bilik hawa dingin KBS di Putrajaya lebih dari ayam jantan.


Inilah jenis calun Ketua Pemuda Umno yang kita mahukan,jadi kalau korang baca artikel aku semalam eluk korang pergi cari brother kita ini suruh dia bertanding.Kalau tak jumpa cari apakata dalam puluhan ribu ahli Pemuda Umno yang ada belajar macam mana nak jadi ANAK JANTAN macam brother kita ini dengan mencabar KJ untuk permulaan...


Kalau korang tak percaya yang Semangat Jalur Gemilang ini adalah paksi semangat Pemuda Umno Malaysia,apakata korang tenguk gambar diatas dimana Datuk Khalid Yunus dan DS Samy Vellu menurunkan Pancasila dan menaikan Jalur Gemilang di Kedutaan Indonesia pada tanggal 17 Sept 1963 sewaktu konfrontasi Malaysia-Indonesia.Siapa Datuk Khalid Yunus selepas itu didalam kepimpinan Pemuda Umno Malaysia?

Ini lah semangat Pemuda Umno yang kita mahukan...

Kalau setakat jadi Ketua Pemuda Umno duk leka tenguk Pertandingan Bunga Api kat Putrajaya malam tadi baik simpan je kerandut tu dalam tas tangan Nori.Bukan tak tahu yang puak puak tu nak arak bendera apakejadah malam tadi.Walaupun mungkin nampak tak penting kepada Ketua Pemuda pasal bendera ini tapi tidak kah ianya mencabar maruah dan kedaulatan negara?

Kalau Samy Vellu pun tahu marah dan berani panjat Kedutaan Indonesia,takkan setakat nak rampas bendera macam brother kita ini lakukan malam tadi Khairy tak berani?

Takkan takut jatuh kelas bro ?

11 comments:

  1. Terkedu sasauwan negara

    ReplyDelete
  2. Tahun depan kita pasang squad pemusnah bendera yg bukan jalur gemilang ketika menyambut kemerdekaan..biar mereka ketakutan utk cuba kibarkan..

    ReplyDelete
  3. Tak payah tunggu tahun depan, tubuh je skuad pemusnah bendera komunis tu dari sekarang, jika jumpa je rampas dan bakar je macam sampah.

    ReplyDelete
  4. Awat yg dengki sgt kat kj...mukhriz dok bawah ketiak pak dia hang x cite pun...dia bayar lebih kat hang kot...akai dok kat lutut pasai tu umno nak mampuss dah...

    ReplyDelete
  5. Apa barang mau dengki sama Khairy..gua mau kasi nyah parasit ni dari Umno.Sama ada lu tk mendengar,melihat atau membaca apa yg mangkuk hayun ni dh lakukan pd bangsa dn negara ini..tu je.Apalagi klu dh sendawa kenyang melantak duit dia...

    Halo..gua pun tk pernah lambung Mukhriz selama ini pun.Cuma dia belum melintas sempadan gua yg diwajibkan utk dibalun.Cuba dia lintas teguk..kot lagi teruk gua balun...

    Lagi satu...yg jadi Ketua Pemuda KJ bukan Mukhriz...ada faham bai?

    ReplyDelete
  6. gua lantik lu je lah..stkt mtk jd ajk ampang buat pe, baik lantik diri sendiri utk jd calon ketua pemuda..gua tahu niat lu..tp jgn lah pandai pong pang2 mcm tin kosong dlm blog je, bila kt alam realiti, ketaq kepala lutut..dlm alam maya boleh lah jd keyboard worrior..

    ReplyDelete
  7. Aku tgk airmuka KJ pun aku tau..ada udang disebalik batu..

    ReplyDelete
  8. gua tak puas hati dgn gomen. yg dia pi biaqkan rakyat ambik tindakan sendiri apa hal? gomen nak tunggu org buat lagi brutal ke apa?

    ReplyDelete
  9. Salam bro aku peduli..
    Ini kali pertama aku cuba babitkan diri dalam dunia realiti politik umno.Jadi tak macam KJ yang tiba tiba duk kat pucuk Pemuda walaupun datang dari lubang ntah mana sebelum ini,aku mulakan dari bawah saperti orang lain gak...sebagai AJK Bahagian.Tak hina rasanya walaupun bermula dari situ...

    Tapi tak bermakna aku gentar berhadapan dengan KJ kerana kalau kau follow blog ini dari awal berpuluh kali aku bersemuka dengan KJ dalam program2 yang melibatkan Umno.Kadang2 siap bergambar lagi walaupun dia tahu aku siapa.Bukan setakat Kj,tapi PM yang selalu aku balun pun kerap aku temui dialam nyata.Jadi tak timbul isu yang aku hanya berani dibelakang keyboard macam yang kau sedang lakukan dalam komen2 kau sebelum ini...

    He he he

    ReplyDelete
  10. Bro gua sayang kan umno,, tapi gua tengok umno dah semaking nyayok dgn duit dan kuasa,,
    KJ tu apa yg dia blh buat ,, klu gua ada latarbelakang mcm dia gua ingat gua blh jadi lebih hebat dari dia,, nak jadi ketua bukan krn univesity oxfod tapi kerana daya kepipinan dan pimikiran seta petimbangan yg kehadapan
    Org kita hari hari di momok kan dgn nama univesity dgn PhD masing2 tapi hasilnya semua sampah dan penyamun,,
    Skr sapa pun blh masuk U bro jajai ada RM,, bukan mcm zaman U dulu bro,, krn tu fikiran org zaman lu wlpun Ada lcE tapi lebih baik Dari yg ada PhD,,
    Carilah org melayu yg berjaya dan cerdik dan berfikiran atas usaha dan cara dia sendiri dekat market yg ada.. Gua fikir ramai yg ada tapi cuma tiada perluang dan separuh di bunuh dan di sembunyikan,,,
    Klu susah2 biar gua lawan KJ ,, tapi gua tak tahu cara,, lu ajar gua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagaimana dgn realiti bantuan kemanusiaan di Iraq yg mana dlm perjalanan bendera Malaysia terpaksa disorok kerana takutkan serangan tentera Islam mujahidin.aper citer bro.kenapa perlu takut bro.andai bendera sang saka dikata bendera komunis,bukan kah warna latar sang saka melahirkan bendera satu parti politik utama.makna nyer parti tu parti komunis ler.patut ler pimpinan parti tu menghantar sayap pemuda nyer ke China memperlajari teknik pemerintahan China komunis.no wonder la.

      Delete

Memandangkan aku buka platform blog ini kepada Penulis Penulis Jemputan sebagai satu keluarga besar APA maka aku buka kembali ruang komen blog ini untuk anda para pembaca bertukar tukar pendapat tentang artikel yang disiarkan.

Kepada "pencinta pencinta" aku yang memang suka memaki hamun aku selama ini kena tenguk dulu artikel siapa dan penulisnya kerana blog APA kini ada 10 orang penulis tetap.Jangan maki hamun salah orang...maki hamun aku tak apa.

HARAP MAKLUM

Note: Only a member of this blog may post a comment.