Pages

Bravo @NajibRazak tolak cadangan Dr M untuk swastakan MAS...


Ini kenyataan Najib Razak yang kedua yang bertentangan dengan nasihat Punahsihat dia yang dah lama aku tak dengar.Pertama bila bercakap tentang kedudukan "Pegawai Khas Gangster" sekor tu dan yang ini pula bila bercakap tentang idea mengswastakan Mas sekali lagi oleh Tun M,yang juga pernah disarankan oleh Idris Jala(ng) untuk dijual.


Sebenarnya masaalah MAS ini dari dulu hingga sekarang adalah penyalahgunaan kuasa dan dana oleh orang orang yang dipertanggung jawapkan menjaga syarikat penerbangan ini.Segala tok nenek perbelanjaan Mas dari dulu hingga hari ini di "over-inflated" oleh mereka dengan tujuan menyamun syarikat penerbangan ini.Ada Mas Catering yang buat untung disamun oleh Paklah bagi kat anak beranak dia pastu sign lak kontrak 25 tahun dengan Mas balik dengan harga hilang akal.Ada Mas Engineering yang mencatat untung cemas cemas hampir dipundekkan oleh Tony F dalam proses "suap menyuap" antara Mas dan Air Asia yang akhirnya dibatalkan.

Hari ini sekali lagi Tun M menyarankan pengswastaan Mas setelah dalam era pemerintahan beliau ianya pernah diswastakan kepada Tajuddin Ramli yang akhirnya membawa pertelingkahan dimakamah dengan saman menyaman antara Tajuddin dan Kerajaan.Apa lagi yang tak diswastakan bila bercakap pasal Mas...dari sebesar besar lubang duit sehinggalah sekecil kecilnya?Sampai kerusi roda dan upah tolak kerusi roda oleh Mat Bangla pun turut diswastakan.

Cuma yang belum lagi diswastakan hanyalah...

TAIK DAN AIR KENCING PENUMPANG MAS sahaja lagi.Ini pun kalau ada mangkuk yang cadangkan taik dan air kencing penumpang penumpang Mas ini ada gunanya (contohnya boleh buat baja organik) pasti ianya pun akan diswastakan...

Itulah realitinya yang buat MAS walau disokong kerajaan sepenuhnya dengan berbagai kemudahan dan bantuan tak juga UNTUNG UNTUNG.

Baca apa kata Najib di The Malaysian Insider

Datuk Seri Najib Razak menolak cadangan penswastaan syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines (MAS) oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam yang mengatakan langkah tersebut akan mengelakkan berlaku lebih banyak kerugian.

Perdana Menteri berkata langkah pemulihan yang sedang diambil sudah menampakkan hasil dan kerugian yang dialami MAS juga sudah berkurangan.

"Saya nak jelaskan bahawa MAS tidak akan diswastakan.


"Walaupun MAS masih terus mengalami kerugiaan, bagaimanapun pelan pemulihannya sudah pun menampakkan hasil dan trennya adalah jumlah kerugian sudah berkurangan," kata Najib semasa sidang media di rumah terbuka Kementerian Kewangan, Putrajaya hari ini bagi menjawab gesaan Dr Mahathir semalam.

Najib juga mempertahankan pengurusan MAS sedia ada yang disifatkannya sebagai telah menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik.

"MAS sudah pun menjadi sebuah syarikat yang disenaraikan dan dikuasai oleh Khazanah serta kepentingan awam, segala urusan dalam MAS ini berjalan seperti sebuah badan komersil mengikut prinsip-prinsip urus tadbir yang baik," tegas beliau lagi.

Menurut Najib lagi, kerajaan akan memantau dari semasa ke semasa prestasi kewangan MAS dan menyatakan keyakinan mampu mengembalikan keuntungan.

Semalam, Dr Mahathir memberikan cadangan supaya MAS diswastakan kerana berdepan dengan kerugian.

Bekas Perdana Menteri itu berkata selagi MAS dikendalikan oleh kerajaan ianya tidak akan menjana keuntungan kerana wujud kebergantungan.

Penswastaan MAS pernah dilakukan hampir 20 tahun lalu, ketika ia ditadbir Tan Sri Tajudin Ramli. Kerajaan rugi besar dalam proses itu.

Semasa pentadbiran Dr Mahathir, Tajudin memegang tampuk kawalan terhadap MAS dengan membeli 32 peratus saham Bank Negara untuk RM1.8 bilion pada 1994.

Tajudin menjual semula saham terkawal itu kepada Putrajaya dengan harga RM8 seunit berbanding nilai pasaran RM3.68 seunit pada 2001, setara dengan perbelanjaannya RM1.8 bilion pada 1994 walaupun penerbangan nasional itu mengalami kerugian.

Pada 1994, kerajaan menjual pegangannya terhadap MAS kepada Tajudin sebagai salah satu cubaan membalikkan kedudukan kewangan yang lemah berikutan peningkatan kos buruh, kadar faedah lebih tinggi dan keengganan pemberi pinjaman.

Pada 2001, usaha penjualan itu tidak berjaya.

Tahun lalu, MAS mendapat aliran tunai berjumlah RM3.1 bilion dalam isu terbitan hak dan menjual RM1 bilion sukuk untuk perbelanjaan operasi.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan juga bekas Pengarah Urusan MAS Datuk Seri Idris Jala berkata Putrajaya harus mempertimbangkan untuk menjual syarikat penerbangan negara tersebut tetapi bukan pada harga yang merugikan.

Beliau berkata, MAS telah didagangkan pada RM6 ketika beliau menerajui tetapi kini harga sahamnya telah jatuh kepada 30 sen.

Pengurus aset negara Khazanah Nasional Bhd adalah pemilik majoriti MAS, yang telah mencatatkan kerugian untuk enam suku tahunan berturut-turut. - 19 Ogos, 2013.

1 comment:

  1. Elok sangat kalau lu dapat peluang utk jadi AJK UMNO BAHAGIAN AMPANG.Utk pengetahuan lu..pemimpin pemimpin Umno bahagian Ampang yang berstatus perangai hamlau dan cipan telah mula melobi dan berjual beli utk mendapatkan kedudukan meraka dalam pemilihan parti kali ini. Bagi aku kalau ini jadi kenyataan..UMNO AMPANG akan punah selama2nya ke tangan pakatan rakyat. Sebab apa? yang bijak pandai dah tak ada alagi dalam kepimpinan UMNO BAHAGIAN AMPANG..semua yang tinggal dan memegang jawatan semua si tolol2 ,sibodoh dan puaka2 yang rakus dengan nafsu serakah kuasa dan ganjaran... dan jadi kimaks orang2 Umno Ampang ni...

    ReplyDelete

Memandangkan aku buka platform blog ini kepada Penulis Penulis Jemputan sebagai satu keluarga besar APA maka aku buka kembali ruang komen blog ini untuk anda para pembaca bertukar tukar pendapat tentang artikel yang disiarkan.

Kepada "pencinta pencinta" aku yang memang suka memaki hamun aku selama ini kena tenguk dulu artikel siapa dan penulisnya kerana blog APA kini ada 10 orang penulis tetap.Jangan maki hamun salah orang...maki hamun aku tak apa.

HARAP MAKLUM

Note: Only a member of this blog may post a comment.