Lu orang jangan sampai gua sinsing lengan !
Seorang ahli Wanita Umno Besut mintak aku siarkan email dibawah perihal kehilangan Ketua Wanita Umno Malaysia DS Sharizat Jalil sejak kematian Adun Kuala Besut lagi sehingga saat ini.Mengikut si pengirim jentera Wanita Umno Besut huru hara sebab tidak tahu apa yang perlu dilakukan memandangkan ketiadaan petunjuk dari Ketua Wanita yang dikhabarkan sedang bercuti di London dan menyambung untuk mengerjakan Umrah selepas itu.
Sejauh mana kebenarannya aku tak pasti,apa pun aku siarkan disini untuk mendapatkan sedikit pencerahan.Apakah benar Sharizat MIA atau AWOL?
***********************************
En Azmi, saya adalah salah seorang yang berada dalam barisan kepimpinan Wanita Umno Bahagian Besut. Saya mohon En Azmi rahsiakan perkara ini.
Di sini saya ingin berkongsi satu perkara yang amat mengecewakan yang berlaku dalam Wanita Umno sekarang dan saya mohon jasa baik En Azmi untuk hebahkan kepada umum.
Ramai Wanita Umno tahu Datuk Seri Shahrizat Jalil sekarang bukan lagi seorang pemimpin yang bagus setelah imejnya tercalar dalam skandal NFC. Namun kebanyakkan ahli-ahli Wanita Umno tetap pertahankan beliau walau berat bagaimana sekali pun. Sebab ramai yang kasihankan dia. Tetapi dengan apa yang beliau lakukan sekarang patutkah Wanita Umno terus simpati kepadanya ?
Kita semua tahu BN akan menghadapi pilihan raya kecil Kuala Besut bermula esok. Menghadapi pilihan raya kecil ibarat keluarga kita hendak mengadakan kenduri kahwin . Untuk menjayakan sesuatu kenduri kahwin ianya perlukan kerjasama erat antara suami isteri, anak-anak, sanak saudara serta jiran-jiran.
Begitu juga dengan pilihan raya kecil. Untuk menghadapi pilihan raya kecil ini ianya memerlukan kerjasama erat antara pemimpin tertinggi, wanita, pemuda, puteri dan para penyokongnya. Namun apa yang berlaku hari ini sungguh memeningkan. Seperti yang kita tahu wanita memainkan peranan penting setiap kali pilihan raya. Tetapi kali ini wanita agak pening kerana kami seolah-olah tiada hala tuju dan tak tahu apa yang nak dibuat kerana tiada ketua yang mengetuai atau memberi arahan. Semenjak Dun Kuala Besut kosong sehingga ke hari ini sekali pun Datuk Seri Shahrizat Jalil belum turun lagi ke Kuala Besut untuk meninjau persiapan jentera. Hidung mancung Datuk Seri Shahrizat tidak juga kelihatan pada hari pengumuman calon dua hari lepas. Apa yang mengejutkan Wanita-wanita Umno di bawah apabila kami mendapat berita bahawa Datuk Seri Shahrizat kini sedang bercuti di London. Dari London beliau akan ke Mekah untuk menunaikan umrah dan akan pulang ke tanahair selepas PRK Kuala Besut.
Esok hari penamaan calon, wanita-wanita Umno diminta untuk hadir memberi sokongan kepada calon BN, tetapi Ketua Wanita kami sedang enak bercuti di London.
Jika Datuk Seri Shahrizat tidak sanggup lagi untuk memikul amanah dan rasa nak bercuti, tak apalah. Bercutilah cukup-cukup selepas ini dan saya yakin Wanita Umno sudah bersedia untuk mencari ketua yang baru. Pergilah ke London dan pergilah Umrah cukup-cukup selepas ini.
Saya berharap En Azmi faham apa yang saya nak sampaikan....
Cuba En Azmi bayangkan sakit hati tak kami di sini. Kita kelam kabut nak menghadapi pilihan raya, dia syok-syok pergi bercuti. Langsung tidak bertanggungjawab.
Mohon jasa baik En Azmi untuk hebahkan perkara ini.
Sekian
Terima Kasih
XXXXXXX
Mohon rahsiakan nama saya.
shahrizat memang nak boikot prk kuala besut kerana katanya pm tak beri tempat pada wanita umno. yang sebenarnya shahrizat bengang sebab dia yang tak dapat jawatan.kemudian guna nama wanita. shahrizat punggah habis orang kiri kanannya pergi luar negara agar jentera wanita kuala besut lumpuh.inilah contoh pemimpin yang utamakan diri sendiri lebih dari kepentingan parti.dia yang tak dapat jawatan merajuk.kemudian jual nama wanita.nampaknya peluang azalina makin cerah.
ReplyDeletememang betul dia bercuti di london dgn dato maznah besan ah jib gor~
ReplyDelete