Aku jarang dapat merakam mood Abah begini kerana selalunya aku
akan terikut ketawa sehingga terlepas saat yang begini..
Tarikh 6 & 7hb Julai semalam adalah dua hari dimana Wadi Hussein Janda Baik begitu ceria dengan berbagai aktiviti yang begitu mengujakan.Dari mula aku tiba awal pagi Sabtu kelihatan begitu banyak kereta yang parkir disetiap ruang yang ada melebihi jumlah yang biasa aku lihat hujung minggu.Manakan tidak,Uncleseekers dengan aktiviti "robot robot fx"nya,Abah pula dengan majlis perkongsian ilmunya dan ada satu kumpulan lagi yang aku tidak berapa pasti apa aktiviti mereka.
"Kenapa kau tak jawap call Abah...?",tanya Pak Habib bila kami bertemu sewaktu aku baru turun dari Saufiville disebelah petangnya."Hehh...phone saya yang itu saya tak berapa nak gunakan sebab dot dot dot..",jawapku dalam nada melawak sambil mendakap Abah.Walaupun aku dah buat salah tapi Abah tetap mendakap aku mesra dan inilah kelebihan Abah bila melayan kerenah "anak anak"nya saperti aku yang aku tak pasti berapa ramai jumlahnya.Mungkin angkanya sudah mencecah ribuan orang dan mana ada manusia zaman sekarang yang punya anak anak dalam jumlah beribu kecuali Pak Habib.Bukan senang untuk seorang individu untuk mencetuskan kasih sayang dengan begitu iklas sehinggakan semua insan yang berpangkat anak yang bertemu dengannya ingin mengABAHkan beliau.Sebab itu Abah layak memakai title Manusia Luar Biasa dan selayaknya beliau bercakap dan berkongsi ilmu bagaimana untuk menjadi manusia luar biasa.
"Kau tidor sini malam ini..?",tanya Abah lagi dan bila aku mengangguk dia menyambung,"Ok kau teruskan program kau dengan Uncle nanti jangan lupa sms abah phone no baru..",sambil kami berpelukan sekali lagi.
Jadi esuknya bila semua peserta sedang sibuk dengan robot masing masing aku mencuri waktu untuk tidak melepaskan peluang bersama majlis perkongsian ilmu dengan Abah.Sejak beberapa program yang lalu aku lihat Abah menghadkan penyertaan kepada tidak lebih 10 peserta kerana beliau ingin berinteraksi dengan lebih dekat lagi dengan setiap peserta agar apa jua ilmu yang ingin dikongsikan beliau difahami dengan lebih jelas.Saperti biasa Sarah yang begitu setia membantu Abah seketiadaan Oma tidak pernah gagal melaksanakan apa yang diminta.Terima kasih dan tahniah Sarah...
Perkongsian ilmu yang mewajibkan setiap peserta berkongsi pengalaman masing masing hari ini menyaksikan air mata aku buat pertama kalinya menitis dibumi bertuah yang bernama Wadi Hussein ini.Entah mengapa hati terasa sayu dan sebak bila membicarakan tentang DIA Yang Maha Mencipta yang selama ini terasa begitu dekat denganku.Payah nak aku gambarkan perasaan aku bila membicarakan tentang DIA...
Bukan calang calang orang yang berada dikiri dan kanan Abah..
Sarah (paling kiri) senantiasa membantu Abah
Paling kiri itu adalah cucu Allahyarham Tun Mustapha..
Jauh perjalanan Sis kita ini mencari ilmu..
Ini saudara mualaf kita yang dah pun bergelar Haji yang dikurniakan
Allah swt suatu keistimewaan yang tidak ramai yang ada...
Dia menceritakan tentang sejarah awal dia bergelar mualaf dan kisah lucu
dia dalam mencari ilmu tentang Islam...
Kisah yang mencetuskan pose pose istimewa mood Abah yang
berjaya aku rakamkan..
No comments:
Post a Comment
Memandangkan aku buka platform blog ini kepada Penulis Penulis Jemputan sebagai satu keluarga besar APA maka aku buka kembali ruang komen blog ini untuk anda para pembaca bertukar tukar pendapat tentang artikel yang disiarkan.
Kepada "pencinta pencinta" aku yang memang suka memaki hamun aku selama ini kena tenguk dulu artikel siapa dan penulisnya kerana blog APA kini ada 10 orang penulis tetap.Jangan maki hamun salah orang...maki hamun aku tak apa.
HARAP MAKLUM
Note: Only a member of this blog may post a comment.