Majlis Iftar Meraikan Anak Yatim Dan Warga Emas Oleh Blogger Zelmey.


Comel kan?

Sebentar tadi aku menghadhiri jemputan berbuka puasa blogger Zelmey (ingat tak blogger yang sama sama ditahan pihak polis satu masa dulu bersama Uncleseekers?),yang kini adalah seorang Usahawan yang berjaya meraikan anak anak yatim dan warga emas.Turut sama meraikan golongan ini adalah Persatuan Jaksa Pendamai (JP)Selangor dan Majalah Juwie.

Majlis diadakan di Swiss Garden Hotel Kuala Lumpur turut diserikan  oleh beberapa orang politikus veteran,antaranya Tan Sri Zainuddin Maidin (blogger Zamkata),Datuk Saidin Thamby dan Datuk Ahmad Bahari dan penyanyi 70an Saudara Halil Chik.

Anak anak yatim yang diraikan adalah dari Kuang Selangor berjumlah hampir 25 orang.Apa yang menarik adalah layanan VVIP yang diberikan kepada anak anak yatim dan warga emas ini oleh penganjur Saudara Zelmey dan kawan kawannya.Terpancar wajah keriangan mereka bila mereka bebas menikmati hampir 140 juadah yang disediakan oleh pihak penganjur dan Swiss Garden Hotel.Teringat aku akan layanan diatas lantai yang diberikan seorang pemimpin Umno tahun lepas terhadap golongan ini dan dalam satu lagi majlis anjuran Umno dimana golongan ini diberikan air mineral dan makanan dalam polystyrene standard makanan agihan SHEB untuk golongan gelandangan.

Jadi kepada PEMIMPIN UMNO yang bakal meraikan golongan ini dalam majlis berbuka puasa nanti,jadikan layanan Saudara Zelmey,Persatuan JP Selangor dan Majalah Juwie terhadap golongan ini sebagai CONTOH dan jangan perkudakan golongan ini untuk kepentingan politik muarahan masing masing.Layanlah mereka macam VVIP dan jangan sekadar VVIPkan diri anda dan kawan kawan anda sahaja.Ingat!siapa yang diraikan sebenarnya...

GAMBAR GAMBAR YANG SEMPAT AKU RAKAM
.Sila klik untuk imej lebih jelas




Blogger Zelmey kini usahawan jutawan.


Dulu rambut panjang sekarang rambut koporat...





Yang ini aku tak kenal siapa..




Tan Sri Zainuddin Maidin











Warga emas..





Yang kanan tu anak Pak Habib..


Ada gak kaum Tionghua yang sama meraikan..







Ini dia hidangan untuk anak yatim dan warga emas...



Baru dikatakan meraikan mereka...




Zelmey dan Tommy memastikan semua tersedia rapi


Kambing panggang pun ada..cayalah Zelmey





Sambil sambil tu up gambar kat Instagram..






Kat sini udang dan sotong grill serta satay..




Ini seksyen paling diminati anak anak yang diraikan..
Tenguk nanti...



Zelmey dan penerbit majalah Juwie



Kakitangan BOB2e..


Datuk Ahmad Bahari baru tiba..




Zelmey menyambut anak anak yatim yang baru tiba..













Semua mereka didudukan dengan selesa..















Mulanya semua malu malu kucing..







Sikecil ini yang aku tak boleh tahan...










Datuk Saidin Thambi baru tiba...


Tommy menceritakan bagaimana dia ditolong Datuk Saidin
mendapatkan tanah anugerah..





Antara warga emas yang diraikan..



Anak anak mula mengambil makanan..



Masing masing bebas layan diri..




Pihak hotel pun begitu sporting membiarkan anak anak ini bebas
berlari kesana sini sambil memilih makanan yang mereka suka..




Kuih yang dihidangkan pun begitu menarik perhatian anak anak ini..
















Zelmey membantu adik adik ini mencapai apa yang mereka tak nampak..



Layan diri...



Warga emas yang memilih makanan...




Pelanggan pun sporting mendahulukan anak anak yatim ini..




Lagi warga emas..



Yang ini selingan lensa aku yang gatal..















Ada juga yang perlu bantuan dan Tommy bersedia...



Gerai ABC dan aiskrim ini memang favourite anak anak ini..



Staff BO2e menunjukan cara buat ABC..




Menunggu azan  untuk berbuka..












Baca doa dulu sebelum makan..














Nampak selera adik kita ni..



Pakai sudu garpu lagi..



Aku terdengar mereka berdua berbual...
"Kalau selalu bulan puasa kan best..."





Makanlah sayang ooi jangan posing..he he






Lapor ke Zelmey..?



Tenguk udang harimau melengkau lengkau dalam pinggan..
Ini baru iklas meraikan namanya..



Tiga gadis pingitan ini baru nak berbuka..
Orang berbuka mereka pergi tandas..ha ha





Seronok aku tenguk anak anak ini dilayan mesra..





Penyanyi 70an Halil Chik




Ceduk je dek no hal..



Zelmy melayan anak anak ini dengan aiskrim.



Ini dia tempat paling favourite...ABC



Semua anak anak ini diajar buat sendiri ABC mereka..





Ini resepi ABC dia sendiri..baik punyer boleh makan
sambil jalan





Macamana ek nak buat?



"Nanti pakcik panggilkan sifunya..."



Sifu menunjukan cara cara buat ABC..




So dah pandai buat sendiri...tapi yang baju merah tu blurr lagi


Ini sifu punya sifu lak ajar..


Tekun memerhatikan..


Now my turn...



Pengasuh anak anak yatim..



Desert time...



Seronok tenguk mereka bebas tanpa ada yang menegur..
Asalkan jangan terbalikan belanga





Kalau nak bagi anak anak ni kuih..buat macam ini.
Bukan bubuh dalam bekas plastik makanan gelandangan.




Ini pun time yang seronok mereka nanti..
Nak dapat duit raya.





Isteri kepada Datuk JP menyampaikan duit raya bagi pihak penganjur.








































Bergambar kenangan sebelum bersurai..

TERIMA KASIH BRO ZELMEY DAN PENGANJUR YANG LAIN KERANA BEGITU IKLAS DAN SANTAI MELAYAN MEREKA YANG DIRAIKAN TADI.


3 comments:

Anonymous said...

Terbaik dan terharu aku..................Jannahlah tempat kau orag AMIN

Anonymous said...

keep it up, bro ....
by: dr. azizan al zigazi

Anonymous said...

Teruskan usaha..ingat juga mereka bila syawal nanti.....

Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts