Pages

Aku nak ucap tahniah pada diri aku sendiri boleh tak?


Bukan nak bangga diri tapi sekadar nak bagi semangat pada diri aku sendiri.Iyalah sejak disisih kawan kawan bloggers pro-BN sekian lama (buang link aku) aku bergerak secara solo dengan cara aku sendiri dan kalau diberi tugasan aku buat sebaik yang aku mampu untuk mencapai objektif yang dimahukan.

Sebulan dua sebelum PRU13 aku menyaksikan begitu banyak blog blog pro-BN yang mencanak naik menggungguli carta Alexa Ranking.Banyak blog blog otai dan tidak kurang juga blog blog baru yang tumbuh dan tiba tiba berada dalam ranking terbaik Alexa waktu itu sehinggakan blog APA pernah tekeluar dari carta Top 10.Pun begitu bila menyaksikan kebanyakan artikel ditulis blog blog ini ber#tag kat sesuatu isu maka aku percaya bila habis PRU semua blog blog ini akan jatuh jauh dari kedudukan terbaik mereka dalam Alexa Ranking.


Benar saperti yang aku sangkakan,bila hampir semua blog yang mengungguli carta sebelum ini jatuh begitu teruk sekali dan hanya blog yang konsisten yang mampu dan tetap bertahan dalam Carta Top 10.Aku tak tahu apakah kedudukan BLOG APA (679) didalam carta sebab dah lama sangat dikeluarkan dari Senarai Blog Pro-BN oleh tukang buat carta,tapi melihat kedudukan blog Dr.Novandri (443) sebagai Blogger No.1 pro-BN rasanya kedudukan blog APA bolehlah dibanggakan juga...he he he

Terima kasih Allah...terima kasih juga kepada para pengunjung blog ini.

3 comments:

  1. aku suka sebab telus

    ReplyDelete
  2. bro APA, apa pandangan bro mengenai menteri KBS khairy jamaluddin yang ramai blogger BN tak suka dan menggelarkannya si kitol, sebab dalam senarai tunggu dan berambus, bro APA tidak meletakkannya sebagai rejected.

    ReplyDelete
  3. Assalam bro Prince.
    Tak 'rejected' bukan bermakna saya sokong calun itu untuk stay tp beerti diaorng masih ada talian hayat..itupun klu terpilih semula.

    Senarai 'rejected' tu memang senarai tak boleh blah dah.KJ ni gila jadi dalam Umno perlu ada orang mereng macam KJ dan Saifuddin..Umno dah tak boleh poyo poyo control macho macam sebelum ini

    ReplyDelete

Memandangkan aku buka platform blog ini kepada Penulis Penulis Jemputan sebagai satu keluarga besar APA maka aku buka kembali ruang komen blog ini untuk anda para pembaca bertukar tukar pendapat tentang artikel yang disiarkan.

Kepada "pencinta pencinta" aku yang memang suka memaki hamun aku selama ini kena tenguk dulu artikel siapa dan penulisnya kerana blog APA kini ada 10 orang penulis tetap.Jangan maki hamun salah orang...maki hamun aku tak apa.

HARAP MAKLUM

Note: Only a member of this blog may post a comment.