Pages

Siapa pegawai @NajibRazak yang bagi PM makan gula gula angin?


Aku terima maklumat dibawah dari seorang pengirim berstatus Anon.Macam aku selalu kata maklumat maklumat jenis macam ini memang suka singgah kat Inbox aku tanpa diundang.Sama ada maklumat ini sahih atau tidak taklah pulak aku pasti,tapi eluk gak buat pencerahan minda bloggers yang rasa diri mereka dah kena kencing dan nama mereka dijaja oleh pihak yang tidak bertanggung jawap selama ini.

Cuma aku tak setuju bila peranan UMB turut diperkecilkan seolah olah nama nama besar bloggers UMB saperti Dr.Novandri,Media Permatang Pauh,KedahkeKL,Mymassa,Pisau dan lain lain dikatakan bukan bloggers yang mengugguli carta terbaik sebelum dan sepanjang kempen PRU13.Memang ada bloggers jalanan yang menyelit dicelah celah Top 20 Bloggers Pro-BN,tapi rata ratanya adalah BLOGGERS NAUNGAN UMB.

Apa pun mesej dibawah ini aku rasa merujuk kepada perjumpaan PM dengan penggiat Media Sosial yang diadakan di Seri Perdana baru baru ini(gambar atas).Apa yang menarik adalah 3 nama yang dikatakan bakal membelasah segala DANA dengan menjual nama nama bloggers untuk kepentingan diri mereka.

BAKAL KAHWIN LAGI DAN BINA RUMAH BUNGLOW HARGA SEJUTA SIAP SWIMMING POOL?

Siapa haa?

ADA YANG DAH ORDER LAMBORGINI?

Siapa pulak?

Nanti alun alun kita kasi selak.....


Bro, aku pegi tea dgn PM semalam. Malu aku tengok PM ditipu hidup2 oleh pegawainya sendiri. A**** menipu PM apabila menyatakan dari 10 isu hot semasa PRU, 8 adalah dikuasai BN. Blog BN menguasai carta ranking kalahkan opposition. Kuasai isu? Mana pernah kita kuasai isu? Kita follow isu adalah. Kita tak pernah cipta isu dan sering ketinggalan kesemuanya. Pakatan dah beralih isu, kita masih main isu yang sama. Blog yg kuasai ranking bukan UMB atau bawah A**** tapi blogger jalanan usaha sendirian. Beruang Biru dan ODRR selalunya ketinggalan dua atau tiga hari. Tapi A**** kata pada PM bahawa Beruang Biru dan ORRT (Online Rapid Response Team) sbg medium sebar input yg amat berjaya. Kata A**** lagi, segala kegagalan BN adalah disebabkan oleh Red Bean Army. Kalau 8 dari 10 isu blog BN kuasai mcm mana boleh kalah dgn Red Bean. Nampak sangat menipu. PM kata akan bantu penggiat sosial media UMNO, jika ada apa2 keperluan maklumkan A****. Kesian blogger. Bakal banyak akan dikebas elaun mereka oleh A****, J***** dan J****. Dahlah sepatutnya ada antara mereka boleh dapat maksimum hingga RM5 ribu sebulan tapi dapat RM500 sebulan saja. Next PRU A**** bakal kahwin lagi dan bina satu lagi banglo RM1 juta yg ada swimming pool di dalam.

5 comments:

  1. Walaupun aku bukan seorang blogger tp aku sentiasa memerhati pergerakkan setiap blogger2 yg pro BN dan aku tau sapa yg admin maksudkan tu...jeng...jeng...jeng

    ReplyDelete
  2. ah jib gor ... iq bawah par ...
    punah sihat iq kat lutut ...
    sekiranya dibiarkan kekal memegang tampuk pemerentaha ... pru 13 adalah hayat terakhir untuk UMNO ... fikir-fikirkanlah ....

    ReplyDelete
  3. Bro utk nak belasah orang memang sedap...tapi sorrylah aku tak percaya citer korang nie...ini semua pasal iri hati jer sebenarnya

    ReplyDelete
  4. Umb tengah bergaduh sesama sendiri pasal nak bahagi harta karun...maklumlah Tun Faisal dpt bajet dari UMNO berjuta ringgit...pegawai PM dgn geng KMU jadi kambing hitam pulak..poyolah korang nie...ptuii

    ReplyDelete
  5. Gua ada musykil ni.......sejak bila pegawai PM ni ada pegang duit utk blogger...bukan ker UMB yg jaga duit..Lagi satu bukan ker Dr Novandri duduk sebelah PM masa majlis di Seri Perdana bersama Tun Faisal. So apa yg korang meroyan giler kata UMB diperlekehkan.....Razman ke yg suruh korang meroyan

    ReplyDelete

Memandangkan aku buka platform blog ini kepada Penulis Penulis Jemputan sebagai satu keluarga besar APA maka aku buka kembali ruang komen blog ini untuk anda para pembaca bertukar tukar pendapat tentang artikel yang disiarkan.

Kepada "pencinta pencinta" aku yang memang suka memaki hamun aku selama ini kena tenguk dulu artikel siapa dan penulisnya kerana blog APA kini ada 10 orang penulis tetap.Jangan maki hamun salah orang...maki hamun aku tak apa.

HARAP MAKLUM

Note: Only a member of this blog may post a comment.