CATATAN ANUAR MOHD NOR : Pengamal Media Sosial UMNO terus di gesa untuk menjalankan tugas bagi memperbaiki lagi persepsi masyarakat /rakyat terhadap UMNO dan BN. PM Najib dalam Majlis Ramah Mesra bersama penggerak Media Sosial terus merakam ucapan terima kasih kepada Penggerak Media Sosial atas sumbangan yang telah membantu BN/UMNO berjaya mencapai kemenangan pada PRU 13.
Benar – tidak dapat dinafikan bahawa penggerak media sosial BN/UMNO muncul bagai cendawan tumbuh, dalam usaha untuk membentuk persepsi positif terhadap BN/UMNO, menangkis fitnah dan berita separa benar dalam media sosial dan menjalankan tugas menyampai informasi-informasi penting dalam BN/UMNO tetapi, YAB PM juga mengatakan bahawa peranan masih tidak konklusif dalam usaha menangani persepsi buruk terhadap BN/UMNO dan kerajaan kerana media pembangkang dilihat semakin utuh dan kuat dalam menyampaikan berita mudah percaya kepada rakyat.
Saya dalam era pasca PRU 13 ini turut mahu bersuara – kerana sebelum ini sekiranya bersuara mengkritik maka saya akan dikatakan oleh sesetengah media UMNO sebagai “trojan horse” dan musuh dalam selimut dan ada sesetengah laman blog ternama media UMNO turut mengatakan bahawa saya akan lompat parti sebelum PRU 13 – yang mana bagi saya itu adalah satu fitnah jahat untuk memastikan mereka relevan dalam kekurangan dan kealpaan mereka.
Untuk tujuan ini, kita perlu terima hakikat bahawa kenyataan YAB bahawa kita masih gagal dalam peranan Media Sosial wujud. Kita gagal menyaingi media Alternatif pembangkang – kita gagal dalam menanam persepsi positif terhadap tindakan kerajaan khususnya dalam mendahulukan rakyat – gagal meyakinkan sesetengah pihak mengenai polisi kerajaan dan gagal membentuk kekuatan dalam media sosial untuk dijadikan rujukan kepimpinan sebagai suara rakyat.
Sesuatu yang perlu kita terima :
1.Media Sosial kita di label sebagai media penyokong kerajaan – BN/UMNO dan media mereka walau jelas menyokong parti pembangkang tetapi diolah sebegitu rupa meletakkan media mereka sebagai media suara rakyat mengkritik dan menghentam UMNO/BN dan kerajaan.
2.Media Sosial mereka diolah sebegitu rupa supaya rakyat menerima apa yang dilakukan sebagai satu perjuangan – perjuangan membebaskan rakyat dari kezaliman dan cengkaman ganas pemerintah. Olahan ini membentuk/potert mereka sebagai pejuang sementara media sosial UMNO dilabel sebagai alat media UMNO/BN.
3.Cara pengolahan media sosial mereka dalam membunuh karakter kepemimpinan BN/UMNO adalah amat berbeza kerana unjuran mereka adalah kezaliman – menggunakan undang-undang untuk tujuan yang salah – mendiskriminasikan rakyat sedangkan cara media sosial kita dalam UMNO/BN – amat berbeza dan tersasar dalam matlamat. Kita lihat kejayaan mereka menafikan apa sahaja video yang tersiar – dilabel sebagai mainan UMNO – hasil UMNO dan paling dahsyat berjaya menjijikkan UMNO/BN di mata sesetengah rakyat – kelompok rakyat yang memberi kesan kepada persepsi menyeluruh terhadap UMNO dan BN.
4.Peranan mereka lebih konklusif – mempunyai rangkaian yang bercantum dan selaras dari segi gerakan serta berhubung terus dalam merealisasikan matlamat parti sedang rangkaian dalam media UMNO terputus-putus – bercelaru – berbeza dan tidak sealiran sehingga ada sokongan yang sebenarnya membawa rabah kerana tidak terurus dengan betul dan tepat. Mereka ada apa yang saya gelar pusat strategi – merujuk cepat kepada pusat itu dan bertindak matang sebelum melakukan sesuatu yang besar – menggunakan proses perang saraf yang baik dan berkesan. Kita mementingkan kuantiti dan kualiti atau kesan “after effect” tidak dihiraukan. Kita tidak melihat kepada usaha awal mengembangkan berita – melihat arah berita itu bergerak – kesan berita itu kepada rakyat – respons rakyat. Kita hanya melihat kepada kuantiti dan ketawa sesama sendiri dalam konklusi kejayaan tetapi sebenarnya tidak menyeluruh.
5. Kita terperangkap dalam gerakan media sosial – mengharap kepada media konvensional yang lusuh dan tidak pro aktif – gagal melihat arah tuju selepas penyampaian dan hebahan lantas tersekat keberkesanan yang di buat. Konsep melambung berita – “drum up” menilai berita yang membunuh kebenaran hebahan berlaku dan akhirnya kita terperangkap lebih buruk dalam persepsi yang ada.
6. Media sosial UMNO gagal melihat secara menyeluruh segmen rakyat – segmen masyarakat – pecahan pemikiran – pola susunan sokongan – gagal membezakan kumpulan sasar yang ada serta akhirnya membuat hebahan tidak tepat – diragukan (dibunuh berita tersebut)
7. Perlu kita tegaskan kepada mereka yang dikatakan menerajui Media Sosial bahawa – Internet bahawa gerakan maya adalah superfisial tetapi fundamental utama perlu di teguhkan – agar gerakan media UMNO konklusif dan menyeluruh. Kita banyak nukleus yang tidak bercantum dan akhirnya gagal membentuk gerakan besar yang menyeluruh.
8. Formula kita adalah berpandukan gerakan lampau pembangkang dalam media alternatif dan sosial. Kita mengikut jalan “path” yang mereka bentuk dan lalui dahulu. Kita tidak membentuk gerakan baru – tidak menilai gerak kerja lama mereka – akhirnya kita melalui jalan usang yang mereka bentuk dan mudah mereka patahkan.
9. Kita tidak menyeluruh dalam mengadakan media yang jitu – tahap editorial yang lemah – perjalanan berita dan kesan berita yang tidak sepadu dan akhirnya kita terkapai-kapai dalam merealisasikan tujuan dan matlamat.
10. Perlu sedar bahawa – media sosial sungguhpun bergerak atas nama anak muda – atas nama generasi baru namun – olahan gerakan pembangkang adalah pada mereka yang masak dengan gerakan – berpengetahuan dalam membentuk aliran persepsi dan mereka ada percikan api yang akhirnya membara untuk perjuangan anak muda. Kita perlu jelas dan perlu kembali ke papan lakar untuk melakarkan semula – bentuk aliran media sosial – media alternatif dan media konvensional sebagai satu gabungan utuh dalam merealisasikan perjuangan UMNO/BN
Dalam 10 perkara yang saya ulas – banyak lagi memerlukan perkembangan penerangan bagi menyatakan kekurangan dalam kita untuk terus menghadapi PRU 14 nanti. Kita perlu tahu jalan – membuat antisipasi keadaan dan melakukan perubahan segera. Kita perlu menilai semula apa yang perlu kita lakukan dan tulisan ini dibuat secara terbuka – dengan sekatan tertentu kerana kita masih berpaut kepada cerita kejayaan yang tidak menyeluruh. Kita seperti berjaya bertatih – belum berlari – mahu memegang senjata – akhirnya kita tersekat dalam sekatan kejayaan.

Saya akan terus mengulas beberapa perkara yang penting – kesilapan, kekuatan – kelemahan – organisasi yang lemah – tidak padu – pengetahuan cetek tetapi besar pada nama – akhirnya mengarahkan perkembangan media ke arah yang tersasar. Kita tidak mahu sesampai nanti kepada pesta PRU 14 kita masih bertatih – kerana jeneral yang melatih adalah jeneral yang tewas dalam peperangan media – tetapi masih menerima dekorasi khas kerana kita tidak sedar akan kelemahan dan kesilapan mereka.
Ini bukan bermaksud untuk saya memandai – tetapi sekadar menterjemah pengalaman dan memohon maaf sekiranya ada tulisan selepas ini akan sedikit sebanyak menggores beberapa kelompok yang bagi saya tidak cukup asas dalam melaksanakan gerakan – atau mentah dalam pengalaman.
Thanks in favor of sharing such a good idea, piece of writing is good,
ReplyDeletethats why i have read it completely
Also visit my weblog seo