Pages

Dey Macha! ada ke takde pertandingan? @NajibRazak


Sejak Tun M mengeluarkan kenyataan agar dua jawatan tertinggi Umno tidak dipertandingkan berbagai reaksi timbul dari berbagai pihak terutamanya para bloggers yang Pro-Najib mahupun yang Pro-Tun M (walaupun ada blogger mangkuk dari Kelab Che Det yang cuba menafikan kewujudan dua team ini) berhubung kenyataan Tun M itu.Blogger mangkuk ini memang dah terkenal dengan sikap "pengampu"nya,jadi tak hairan kalau kiblat dia sama ada RM atau TUN M.Menyedari cara Tun M menjawap sesuatu isu membuat aku cuba membaca apa yang tersirat (read between the lines) disebalik kenyataan beliau.

Menarik sekali melihat reaksi setiap blogger yang dah masuk gelanggang untuk mengupas kenyataan Tun M ini mengikut kanta pembesar masing masing.Antara yang terawal adalah sahabat blogger RBF yang mengupas dengan begitu panjang lebar yang akhirnya menyatakan pendirian beliau berdiri teguh dibelakang @NajibRazak dan menolak sebarang pertandingan untuk 2 jawatan terpenting dalam Umno ini.Sama ada kita hendak mengklasifikasikan blogger RBF sebagai blogger Pro-Najib terpulanglah,tetapi yang pasti beliau bukan blogger Pro-Tun M (ha ha ha...pasti ada yang marah bila aku guna istilah ini).


Dalam kita mengagak blogger Pro-Tun M (Bloghouse Bloggers) akan akur akan kehendak tuan mereka (Tun M) agar tidak diadakan pertandingan,tiba tiba Syed Akhbar Ali aka OutSyedTheBox keluar dengan artikel Apa Maksud Dr Mahathir Sebenarnya yang dilihat bertentangan dengan apa yang disarankan Tun M.Kaedah "read between the lines" yang aku sebutkan diatas telah digunapakai yang akhirnya menyaksikan Tuan Syed kita cuba memberitahu kita yang "kononnya" boss dia Tun M mahukan pertandingan secara tersirat dengan memetik ayat ayat yang digunakan Tun M.Menarik sekali artikel OTB ini dari mula hingga akhir hanya menggunakan Dr.Mahathir dan bukan Tun M bila merujuk kepada bossnya...kah kah kah.Apa yang cuba disampaikan aku tak pasti,yang pasti semacam ada stigma untuk Tuan Syed menggunakan panggilan Tun M (mungkin beli insuran kot).

Beriya iya Tuan Syed kita ini menyokong diadakan pertandingan sehingga membelakangkan kehendak boss dia Tun M.Jadi suka aku nak bertanya kepada Tuan Syed...Bila kali terakhir Bloghouse mengadakan pertandingan dalam set-up organisasi mereka?

Kalau tak ada atau dah lama tak dilakukan,apa yang terkinja kinja sangat blogger Pro-Tun M ini mahukan pertandingan dalam PAU kali ini sehingga membelakangkan saranan boss mereka,atau..boss mereka ada bagi "arahan" lain yang "bertentangan" dengan kenyataan beliau dibawah?

"Tun M sokong pertandingan untuk raikan semangat demokrasi, tetapi jika berlaku pertandingan, UMNO akan berpecah, jadi dalam konteks UMNO, Tun M tak sokong pertandingan untuk elak perpecahan. KESIMPULAN - Tun M tidak sokong pertandingan"

Kesimpulan yang aku lihat dari kenyataan Tun M ini blogger Pro-Najib tetap meyokong Najib TETAPI blogger Pro-Tun M TIDAK SOKONG Tun M.Apa sudah jadi macha?

Dalam perlawanan  Muay Thai,rata rata yang seronok menonton adalah PENONTON.Yang sakit,yang bengkak,yang kadang kadang maut bukannya penonton tapi peserta,keluarga dan orang terdekat.Merekalah yang menanggung semuanya sedang penonton,apatahlagi MUSUH bersorak seronok melihat apa yang menimpa mereka ini.

Hancur parti rosak binasa yang mendapat labanya siapa? AHLI UMNO ATAU ORANG LUAR?

Jadi kepada PENGANJUR PERTANDINGAN apakata lu saja yang bertanding?

Lagi satu macha...

Dulu punya time menang dalam itu RUMAHBLOG ada bertanding kaa???


No comments:

Post a Comment

Memandangkan aku buka platform blog ini kepada Penulis Penulis Jemputan sebagai satu keluarga besar APA maka aku buka kembali ruang komen blog ini untuk anda para pembaca bertukar tukar pendapat tentang artikel yang disiarkan.

Kepada "pencinta pencinta" aku yang memang suka memaki hamun aku selama ini kena tenguk dulu artikel siapa dan penulisnya kerana blog APA kini ada 10 orang penulis tetap.Jangan maki hamun salah orang...maki hamun aku tak apa.

HARAP MAKLUM

Note: Only a member of this blog may post a comment.