Pages

Cubaan khianat (bunuh) terhadap aku..?


Sejak seminggu yang lalu aku merasakan saperti kelainan setiap kali memandu kereta aku terutama sekali bila mengambil selekuh kanan.Sesekali isyarat brake akan keluar dan hilang walaupun aku dah periksa brake dan minyak brake berada dalam keadaan baik.Disamping isyarat yang on and off dan sedikit rasa understeer bila mengambil selekuh kanan kereta Range Rover yang dah berusia 16 tahun ini berada dalam keadaan yang baik kerana pemilik asal kereta ini menjaganya dengan baik.

Tetapi Sabtu lepas sewaktu dalam perjalanan pulang melepasi Terowong Karak selepas singgah berjumpa Pak Habib di Janda Baik sesuatu yang pelik berlaku pada kereta aku bilamana satu bunyi kuat saperti ada sesuatu yang tertanggal dan terheret kedengaran sewaktu aku menuruni bukit curam mengarah ke Tol Gombak.Disebabkan keadaan jalan dan trafik tidak mengizinkan aku berhenti dibahu jalan maka aku hanya memberhentikan kereta bila tiba di R&R Gombak sebelum plaza tol.

Puas aku memeriksa kereta aku terutama dibahagian bawah kereta untuk mencari apa punca bunyi yang aku dengar sewaktu menuruni bukit tadi tetapi tiada satu pun tanda tanda fizikal yang dapat aku lihat.Setelah berpuas hati tiada apa apa yang tertanggal,tercabut atau tergantung maka aku meneruskan perjalanan semula hanya mendengar kembali bunyi yang aku dengar semasa menuruni bukit tadi.Banyak kali juga aku terpaksa berhenti sepanjang perjalanan dari Tol Gombak ke Bukit Antarabangsa  dan memeriksa dibawah kereta cuba mencari punca bunyi yang aku dengar tapi tetap gagal mengesannya.Walau apa pun aku meneruskan juga perjalanan perlahan lahan sehinggalah selamat sampai ke destinasi.


Baru semalam kereta aku ini diangkut untuk repair ke workshop..

Memandangkan esuknya hari Ahad dan workshop tempat aku menghantar kereta ini untuk diselenggara tidak dibuka maka terpaksalah aku menunggu sehingga hari Isnin.Ketidakpuasan hati mendorong aku menghabiskan hari Ahad aku cuba mencari punca datangnya bunyi kuat itu dengan bantuan seorang mekanik yang aku kenali dan alangkah terperanjat bila aku dapati hampir semua nut keempat empat roda kereta aku dalam keadaan longgar (atau sengaja dilonggarkan).Masuk kebahagian bawah kereta aku diberitahu satu rod (besi) berukuran 2 kaki yang menghubungkan sistem steering,drive shaft dan roda telah tiada dan ianya mustahil tertanggal sendiri kecuali ada yang sengaja menanggalkan nya (gambar paling atas).Berderau darah aku seketika bila diberitahu sahabat mekanik tadi yang ada kesan kesan saperti ianya baru saja diusik.

Mengikut kata sahabat mekanik aku setelah ditanggalkan ianya berkemungkinan dipasang semula kali ini dengan hanya menyendalnya dengan sesuatu atau menggunakan skru asal yang sengaja tidak dikunci untuk memudahkan ianya tertanggal untuk suatu masa tertentu atau dalam keadaan pemanduan laju.


Aku rasa kereta aku ini dari jenis pemalas..sebab tu suka naik lori.

Jadi kesimpulan yang diberitahu kepada aku oleh sahabat ini ada kemungkinan ianya PERBUATAN KHIANAT terhadap diriku oleh pihak/individu yang tidak dikenali.Wow! terkedu aku seketika dan tiba tiba ingatan aku melayang teringat kemalangan yang menimpa Dr.Norvandri dan Che Wan MPP di Behrang tidak berapa lama dahulu dimana aku diberitahu oleh Che Wan yang kedua roda kereta mereka tercabut dalam kemalangan itu.

Apakah menjadi BLOGGER POLTIK sudah tidak selamat lagi dan menjadi sesuatu yang membahayakan nyawa?

Atau....

POLITIK MALAYSIA sudah naik ketaraf  MAFIA dimana "political assassination" akan menjadi sesuatu yang lumrah bertujuan menghapuskan saingan politik atau musuh politik mana mana pihak atau individu?

Tiga kejadian bunuh menggunakan senjata api di Pulau Pinang dalam tempuh 10 hari baru baru ini berkemungkinan juga bermotifkan politik walaupun penyiasatan awal mendapati ianya ada kaitan dengan sendikit penjualan dadah.Kerana memahami rangkaian kumpulan jenayah terancang Cina yang rata rata berpusat di Pulau Pinang dan ditambah dengan DAP yang menguasai negeri itu pastinya kemungkinan ini tidak boleh ditolak begitu sahaja.Apatahlagi sebelum ini pun banyak kejadian tembak yang melibatkan pemimpin poltik berbagai parti....WaAllahu'alam.

P/S : Apapun Alhamdulillah aku amat bersyukur kehadrat Allah swt kerana masih melindungin aku dari segala bahaya yang pernah aku tempuh selama ini.Terima kasih Allah..

Lagi satu..tujuan aku menulis artikel ini bukan mengharap simpati atau mencari publisiti murahan cuma sebagai peringatan kepada sahabat sahabat blogger yang lain agar lebih berhati hati kerana kita tak pasti siapa musuh kita dan bila mereka akan bertindak.

Lain kali kalau kemalangan menimpa aku dan ditakdirkan aku padam...janganlah pula sahabat hanya menganggapnya sebagai kemalangan biasa.Cuba selidiki,mana tau ada unsur unsur khianat.Mungkin kali ini aku terlepas..esuk lusa belum tahu lagi.


5 comments:

  1. Apa2 pun syukurlah tiada apa malapetaka lain n kenalah hati2 dimasa depan.. politik MAFIA sudah tiba di Malaysia..

    Harap bukan dari bangsa sendiri...
    http://wubra.blogspot.com/2013/06/demi-melayu-bukan-demi-umno.html

    ReplyDelete
  2. Alhamdullillah APA selamat. Bersangka baik sajalah APA.

    Kenderaan juga perlu penyeleggaraan berkala dan semua skru perlu diperiksa sewaktu penyelenggaraan (biasanya dilakukan setiap kali menukar minyak enjin). Ini kerana gegaran perjalanan akan melonggarkan skru-skru yang ada.

    Rod shaft sebelah kiri kenderaan saya juga jatuh 3 minggu lepas kerana saya tidak pernah buat pemeriksaan skru-skru bahagian bawah enjin kenderaan. Dan dalam seminggu ini saya bantu panggilkan trak penunda untuk 3 kenderaan yang agak baru (berusia bawah 3 tahun pendaftaran) yang alami masalah serupa.

    Kita bersangka baik sajalah, bahagian tersebut sudah sampai masa untuk ditukar.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum

    Senaraikan produk muslim yang anda tahu atau produk anda sendiri untuk dijual di direktori laman web www.produkmuslim.info

    Segala penyertaan anda amat dihargai

    Terima kasih

    ReplyDelete
  4. Ini pun lagi satu kes kemalangan melibatkan org politik semalam:
    Pegawai media sosial kepada Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Kerja Raya dan Pengangkutan negeri, Datuk Tajul Urus Md. Zain iaitu Meor Johari Meor Ahmad, 37, maut manakala rakannya, Rizuan Hashim, 37, cedera setelah kereta yang dinaiki mereka terbabas dalam kemalangan di Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan Slim River, Perak awal pagi ini.

    Kejadian berlaku kira-kira pukul 2.30 pagi ketika mangsa menaiki kereta Toyota Harrier milik majikannya itu untuk urusan kerja dari Sungai Petani ke Kuala Lumpur.

    Tajul Urus berkata, Meor Johari yang memandu kereta itu dan ditemani Rizuan keluar dari Sungai Petani lewat malam tadi.

    "Mereka dijadualkan sampai di ibu negara pagi ini untuk urusan kerja. Saya tidak pergi bersama kerana ada urusan lain di Sungai Petani.

    "Saya dimaklumkan bahawa kereta milik saya yang dipandu Meor Johari itu terbabas sebelum terbalik beberapa kali. Dia yang cedera parah di bahagian kepada meninggal dunia di tempat kejadian sementara Ridzuan hanya mengalami kecederaan ringan,'' katanya kepada pemberita di sini.

    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130604/je_07/Pegawai-media-sosial-Exco-Kedah-maut-nahas#ixzz2VLPKu1tX
    © Utusan Melayu (M) Bhd

    ReplyDelete
  5. Assalam semua sahabat dan terima kasih untuk doa sahabat semua.

    Saya ingin bersangka baik tapi kete ini pun baru dihantar service dan diganti brakenya tak sampai sebulan jadi semuanya patut dalam keadaan masih baik terutama nuts untuk keempat empat roda...

    Itu saja yang buat musykil..

    ReplyDelete

Memandangkan aku buka platform blog ini kepada Penulis Penulis Jemputan sebagai satu keluarga besar APA maka aku buka kembali ruang komen blog ini untuk anda para pembaca bertukar tukar pendapat tentang artikel yang disiarkan.

Kepada "pencinta pencinta" aku yang memang suka memaki hamun aku selama ini kena tenguk dulu artikel siapa dan penulisnya kerana blog APA kini ada 10 orang penulis tetap.Jangan maki hamun salah orang...maki hamun aku tak apa.

HARAP MAKLUM

Note: Only a member of this blog may post a comment.