Pages

Apa lagi yang korang tak faham..?


Semalam adalah kemuncak Himpunan Blackout 505 atau KL622 dimana aktivis bertempur dengan pihak polis yang menyebabkan 32 daripada mereka ditahan pihak polis.Semuanya kerana ingin mempertahankan perjuangan menidakkan keputusan PRU13 yang kononnya dikatakan TIDAK SAH dan menyeru agar kesemua 89 Wakil Rakyat Pakatan Rakyat MEMBOIKOT sessi mengangkat sumpah yang dilangsungkan di Parlimen semalam.




Sedang mereka bergelut dan bertempur dengan pihak Polis diluar Parlimen kesemua 89 wakil rakyat Pakatan Rakyat yang mereka sokong dan dokong selama ini mengangkat sumpah didalam Parlimen sambil membelakangkan aspirasi perjuangan anak anak muda ini.Majlis yang disiarkan secara langsung oleh RTM1 dapat diikuti oleh semua rakyat negara ini yang ingin melihat apakah kesudahan PERJUANGAN ANWAR IBRAHIM dan sekutunya yang sebelum ini TIDAK MENERIMA keputusan PRU13 dan selepas majlis selesai aku pasti segala retorik yang ditelan bulat bulat oleh semua penyokong Pakatan Rakyat selama ini patut dikaji semula oleh mereka.






Tidak cukup dengan PENGKHIANATAN terhadap aktivis aktivis ini,semalam juga tersiar gambar gambar Anwar Ibrahim yang dilihat begitu bergembira dan mesra bergurau sennda dengan orang yang sering dicacinya,diherdik dan dipermainkannya dipentas pentas ceramah Blackout 505 sebelum ini iaitu Najib Razak,termasuklah sehari sebelum Majlis Angkat Sumpah di Padang Merbok KL622.

Melihat apa yang dilakukan Anwar Ibrahim dan kuncu kuncunya timbul rasa simpati aku terhadap Adam Adli,Safwan Anang dan aktivis aktivis muda yang lain yang selama ini amat mempercayai kata kata Anwar Ibrahim.Simpati kerana mereka terang terang diperalatkan dan dilembukan oleh Anwar Ibrahim dengan menggunakan Cekgu Bard sebagai ikon SAMM yang menggerakkan kesemua 17 himpunan haram Blackout 505.



Sudah tiba masanya untuk Adam Adli dan kawan kawannya berfikir semula akan perjuangan mereka yang cuba mengenengahkan ASPIRASI ANAK MUDA dengan memisahkan diri mereka dari menjadi ALAT Pakatan Rakyat dan pemimpin mereka terutama sekali Anwar Ibrahim dan Cekgu Bard.Carilah halatuju sendiri tanpa dipengaruhi mana mana parti politik agar keberadaan anda dan kawan kawan akan disegani dan dihormati mungkin suatu hari digeruni oleh masyarakat dan membina kekuatan sendiri atas kepercayaan perjuangan anda dan teman teman yang lain.


Jika anda GAGAL melihat apa yang telah berlaku dan mengambil iktibar,selamanya anda dan kawan kawan akan hanya memenuhi ruang lokap balai balai yang ada dari masa kesemasa tanpa melihat apa apa kejayaan atas perjuangan yang dilakukan.

No comments:

Post a Comment

Memandangkan aku buka platform blog ini kepada Penulis Penulis Jemputan sebagai satu keluarga besar APA maka aku buka kembali ruang komen blog ini untuk anda para pembaca bertukar tukar pendapat tentang artikel yang disiarkan.

Kepada "pencinta pencinta" aku yang memang suka memaki hamun aku selama ini kena tenguk dulu artikel siapa dan penulisnya kerana blog APA kini ada 10 orang penulis tetap.Jangan maki hamun salah orang...maki hamun aku tak apa.

HARAP MAKLUM

Note: Only a member of this blog may post a comment.