Pages

Wahai Melayu Islam sadarlah....Ini perutusan Anwar Ibrahim.Masih tak mau sadar ???


Berkenaan HUKUM HUDUD yang diperjuangkan Pas puluhan tahun...
ini Anwar kata...

" Berkenaan hudud, PAS telah menerima bahawa ia hanya sebahagian daripada agenda 
parti itu, tetapi bersetuju bahawa hudud bukan matlamat Pakatan Rakyat dan tidak mungkin 
dapat dilaksanakan di negara ini. Majoriti dua pertiga Parlimen diperlukan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan untuk melaksanakan hudud, PAS, sedar bahawa mereka tidak 
boleh mencapainya secara bersendirian. Pas juga menyedari hakikat bahawa mereka perlu 
akur dengan matlamat bersama Pakatan Rakyat dan mesti bersama-sama dengan Pakatan 
Rakyat jika mahu mengambil alih kuasa dari BN."




Dan ini terang terang MATLAMAT ANWAR jika berjaya menawan Putrajaya.
Negara ini akan jadi BEBAS,PLURAL,LIBERAL dan tiada siapa yang ada HAK ISTIMEWA...itu Anwar sendiri kata dibawah...

" Kita akan mempunyai kerajaan persekutuan baru yang akan membawa kita kepada 
Malaysia Baru:Malaysia yang lebih bebas, plural, liberal di mana semua individu, etnik, 
kaum dan agama adalah sama dari segi kedudukan dan hak mereka. Kedua, dan lebih penting 
Merdeka. Semoga Allah SWT memberkati kita dengan memastikan keputusan ini."




Jadi kepada ORANG MELAYU ISLAM yang selama ini dah didodoikan dengan "senandung 
bohong irama tipu" Anwar Ibrahim sadarlah...

Buatlah keputusan bijak hari Ahad ini...bukan untuk KITA tapi untuk masadepan anak
cucu kita.

Kepada korang yang nak tahu temberang Anwar kat atas korang gi lah blog dia sebab aku
malas nak promo.Untuk pengetahuan PENCACAI PR..aku dah printscreen artikel itu jadi
tak perlulah nak bersilat kata aku FITNAH.

KEPADA TOTOK PAS...HALO KORANG KENA KENCING KAU KAU.