Pages

@NajibRazak akan umum Menteri Kabinet atau penghuni Kitchen Kabinet?


Aku Peduli Apa says....

Sejak beberapa hari lalu tumpuan rakyat terutamanya dikalangan penyokong Barisan Nasional tertumpu kepada Barisan Kabinet yang akan diumumkan DS Najib bila bila masa sahaja.Setelah mewarisi "kitchen cabinet pak lah" yang penuh dengan segala macam "MAKHLUK PEROSAK",kini rakyat menanti dengan penuh debaran siapakah dikalangan para pemimpin yang menang atau yang kalah atau yang tidak bertanding dalam PRU13 yang baru lalu yang bakal mengganggotai "The Dream Team" DS Najib.

Setelah MANDAT dipohon dan MANDAT diberi oleh rakyat kepada DS Najib,maka kini rakyat ingin melihat KEBIJAKSANAAN DS Najib memilih barisan kabinetnya sendiri untuk terus mengibarkan Panji Panji Barisan Nasional kedalam pertempuran PRU14 yang akan berlaku 4 atau 5 tahun dari sekarang dan seterusnya memenanginya dengan kejayaan yang lebih baik dari 2 PRU sebelum ini.

Apakah kabinet yang akan dinamakan DS Najib nanti merupakan "The Dream Team" beliau dan akan disokong majoriti rakyat?Atau...apakah ianya akan hanya indah khabar dari rupa dan masih saperti  "The Kitchen Cabinet" yang diwarisinya dari Pak Lah dan hanya diberikan warna baru untuk terus menempatkan makhluk perosak seaneka rupa.

Aku tak berani nak komen apa apa setakat ini sehingga barisan kabinet ini diumumkan kelak,tapi agak gusar bila memikirkan "anti klimax" yang berlaku dalam dongeng "Winnable Candidates" yang dicanang sekian lama oleh DS Najib yang akhirnya bila diumumkan ditempek teriak oleh banyak pihak yang akhirnya menyaksikan 61 ahli Umno dipecat termasuk Naib Ketua Wanita Umno sendiri.

Apakah anti-klimax akan berlaku sekali lagi dalam menamakan "The Dream Team" beliau?

Kita harap harap tidak akan berlaku demikian.

Apapun sudah kedengaran spesis makhluk perosak lipas,pijat,anai anai dan langau yang tengah memasang badan dan angan angan untuk mendiami KITCHEN CABINET yang akan dibina @NajibRazak dan kalau ianya benar benar terjadi maka bersedialah untuk melihat Umno DITALKINKAN bila tiba PRU14 nanti.

SIAPA YANG AKAN MENTALKINKAN UMNO?

Siapa lagi kalau bukan "tukang kayu" yang membina Kitchen Cabinet?