Nama : Idris Jusoh
Kepakaran : Macamana nak runtuhkan bumbung saperti
stadium,masjid dan lain lain
Sumber : Harapan Esuk
Kementerian Pendidikan merancang untuk memansuhkan jaminan jawatan, yang selama ini diberi secara automatik kepada guru pelatih dari institut pendidikan guru (IPG) dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata langkah itu yang mungkin dilaksana secara berperingkat, bertujuan memastikan hanya pelatih berkualiti ditawar jawatan sebagai guru di sekolah.
"Amalan pada masa ini, guru pelatih IPG dan IPTA dijamin sebagai guru tanpa mengambil kira prestasi mereka tetapi kali ini kita nak guru jadi profesion yang mulia.
"Jadi kita perlu pilih yang terbaik, mempunyai keperibadian mulia, baru boleh melahirkan masyarakat hebat pada masa depan," katanya kepada pemberita selepas majlis Konvokesyen Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran kali ketiga, di sini, Isnin.
Mengulas lanjut, Idris berkata langkah itu juga bagi memastikan hanya benar-benar berminat dengan kerjaya guru dilantik, bukan mereka yang berbuat demikian kerana tiada pilihan lain.
"Di Finland misalnya hanya hanya calon terbaik sahaja akan dipilih menjadi guru kerana itu taraf pendidikan di negara itu tinggi," katanya.
Bagaimanapun kata Idris, rancangan itu masih pada peringkat perbincangan dan memerlukan penelitian mendalam sebelum boleh dilaksana.
Pada konvokesyen tiga hari bermula hari ini, sebanyak 3,988 graduan menerima ijazah masing-masing.
- BERNAMA
P/S : Belum pun 100 hari dah datang 'Sindrom Biul & Bangang' Pak Menteri ini...
P/S : Belum pun 100 hari dah datang 'Sindrom Biul & Bangang' Pak Menteri ini...
salam bro...
ReplyDeletependapat aku, ada pro & kontranya ape yang menteri ni cakap...
tengok je sekarang ni kat sekolah, macam-macam benda terjadi...belum lagi guru berpolitik dalam sekolah..pentadbiran 2 kepala, guru sesama guru pun ada tak ngam...berniaga dalam sekolah pun ada..
ada guru terutama lepasan KPLI (mungkin sebahagian kot) jadikan kerjaya guru pilihan terakhir..
sebab tu bila keluar, dorang besar kepala, tak berapa respect guru lepasa maktab..lebih-lebih lagi guru lama yang ada sijil je...bila ada program, semua lepaskan pada guru lama, depa tau bercakap je...buatnya tidak...kipas je kuat..
bagi aku takda ape yang pelik pun...politik sekolahlah buat murid jadi mundur...
kena pulak guru tu macam adam adli...lagilah hancur...
Sokong, klu tidak mcm Adam Adli pun mengajar anak aku.
ReplyDelete