Pages
▼
"Jalan Pintas" untuk di iktiraf sebagai pemimpin negara...@NajibRazak
Aku Peduli Apa says....
Budaya ini aku lihat mula menular semasa Perdana Menteri Ma Suk La Ti Do mula memegang teraju pemerintahan negara setelah mengambil alih dari Tun Mahathir.Apatahlagi dengan kemenangan "tanahruntuh" (landslide victory) yang diperolehinya pada PRU11 2004,maka Perdana Menteri yang juga Presiden Umno ketika itu adalah individu "paling berkuasa" sehinggalah keputusan PRU12 2008 diketahui umum.Sepanjang 2004-2008 "kuasa" yang ada pada En.Dollah waktu itu turut "disubkontrakkan" kepada menantu kesayangan yang kemudiannya mengasaskan "pemerintahan belakang tabir" yang dikenali sebagai BUDAK TINGKAT EMPAT Putra Perdana.
Waktu itu segala tok nenek langkah dan tindakan sumbang yang mencetuskan kemarahan majoriti rakyat dilakukan oleh BUDAK BUDAK TINGKAT EMPAT yang dikatakan diketuai oleh Khairy Jamaluddin yang baru saja dilantik menteri penuh oleh DS Najib kedalam kabinetnya semalam.
Dalam era 2004 sehingga 2008 berbagai perkara pelik yang tidak pernah kita sangka akan berlaku telah pun berlaku dan dikatakan dilakukan oleh "tangan tangan ghaib" dari Tingkat 4 Bangunan Perdana Putera.Antaranya adalah pembebasan Anwar Ibrahim dari penjara Sungei Buloh oleh En.Dollah yang disamakan saperti "The Opening Of The PANDORA Box" yang kesan buruknya kita alami sehingga kehari ini.Kita juga melihat begitu ramai Jeneral Jeneral Perang Anwar Ibrahim yang berpaling tadah (gambar diatas) dan kembali menyokong kerajaan dan Umno dan mereka mereka di DIKOMPANGKAN ibarat menyambut kepulangan wira wira yang baru pulang dari berjuang sedangkan hakikatnya mereka ini semua tidak lebih hanyalah PENGKHIANAT PENGKHIANAT AGAMA,NEGARA DAN BANGSA yang begitu bermaharajalela cuba mengkucar-kacirkan keamanan negara bermula sejak tahun 1998 sewaktu Anwar mula dipecat oleh Tun Mahathir.
Berbagai jawatan,kemudahan dan kesenangan yang diberikan kerajaan En.Dollah kepada "bekas-bekas pengkhianat" ini sebagai pengiktirafan kepada semangat "kewiraan" mereka bertahun tahun cuba menghancurkan negara.Ada antara mereka yang dilantik sebagai Senator dan ramai yang diserap kedalam GLC GLC yang merupakan lubuk emas untuk mencari kekayaan dan paling cikai pun diberikan NGO yang fully funded untuk menjalankan aktiviti politik masing masing.Maka berkokoklah ayam ayam sabung yang punggung mereka penuh NAJIS ini menghentam Anwar Ibrahim dan sekutunya yang sebelum ini menjadi dambaan hati mereka.Segala dongeng dan alasan tok nenek mereka berikan kepada kita kenapa mereka meninggalkan Anwar dan kembali menyokong kerajaan pimpinan Umno.
Gugur semua rambut pakar bahasa di Dewan Bahasa Pustaka untuk mengistilahkan kembali makna KESETIAAN memandangkan En.Dollah mengikitiraf lain dari apa yang tertulis dalam Kamus Dewan sekian lama tentang maksud sebenar SETIA.Nasib baiklah budak budak Tingkat 4 tidak memberi arahan kepada DBP untuk menukar istilah ini,kalau tidak pastinya Umat Melayu selepas ini akan menyanyi irama sumbang puisi songsang tentang makna SETIA yang sebenar.
Budaya "PENGKHIANAT JADI HERO" hasil cetusan idea En.Dollah terus menguasai pentas politik negara sampai kehari ini.Sejak 2004 sehinggalah kehari ini berbagai badan tindakan anti kerajaan atau NGO berhaluan kiri yang ditubuhkan untuk menentang dasar dasar kerajaan dan ada yang ditubuhkan semata mata untuk menjatuhkan kerajaan secara terang terangan tanpa sedikit pun rasa takut.Semua ini terjadi kerana semua melihat betapa PENENTANG DAN PENGKHIANAT akan tiba tiba bertukar status menjadi HERO hanya dengan SATU sidang akhbar menyatakan sokongan mereka kembali kepada kerajaan.
Sebab itu hari ini kita dapat melihat P.Waytha Moorthy dari HINDRAF yang lantang menentang kerajaan atas perjuangan hak kaum India sebelum ini mengangkat sumpah jawatan Timbalan Menteri dihadapan YDP Agong dan Perdana Menteri pagi tadi.Itu belum lagi mengambil kira puluhan lagi x-pengkianat yang dijaga ditatang secara diam diam oleh Umno selama ini.Kah kah kah...pakcik makcik,abang kakak yang lahir,hidup dan mati mereka sebagai ahli Umno yang setia,adik adik yang baru nak menjinakan diri dengan Umno BENGONG memikirkan sambil merenung kipas disyiling yang berputar.Mereka memikirkan apa yang masih tidak cukup mereka sumbangkan kepada parti Umno untuk dilihat sebagai SETIA?
APAKAH 'JALAN PINTAS' SAPERTI YANG DILAKUKAN 'MEREKA MEREKA' YANG DIBERIKAN PENGIKTIRAFAN OLEH UMNO KETIKA INI HARUS MEREKA CONTOHI?
Kepada 61 AHLI UMNO yang dipecat sebelum hari Penamaan Calun yang dikatakan menentang dasar dan aspirasi parti...APAKATA KORANG TINGKATKAN SERANGAN DAN OPTIMUMKAN PENGKHIANATAN korang terhadap Umno sambil mengambil contoh mereka mereka yang sudah berjaya menggunakan KAEDAH ini dan kembali kepada Umno bila korang fikir waktunya amat sesuai....
SALAHKAH AKU MENYARANKAN KAEDAH YANG MEMANG DAH DITERIMA PAKAI PUCUK PIMPINAN UMNO INI?
TEPUK KEPALA LUTUT TANYA KEPALA KOJAK...KENAPA ENGKAU KERAS?