Pages

Hizwan "Calun Ragu PKR" untuk #P146 @P146Muar @razaliibrahim


KLIK UNTUK IMEJ LEBIH JELAS

Kali pertama kami bertembung adalah dihari Penamaan Calun (20hb April) ketika sama sama
bersarapan di Hotel Muar Traders.Masa itu aku tak mengesyaki apa apa tentang calun PKR
Nor Hizwan Ahmad aka "Hizwan Biawak" nama manja yang aku dan kawan kawan bagi
kerana minat terlampau dia terhadap haiwan ini kerana ingat dia disitu sekadar berkumpul
dengan dua lagi calun Dun Pas untuk proses penamaan calun memandangkan hotel ini sangat
hampir dengan tempat penamaan calun.Bertembung kali kedua pada sebelah malamnya di 
lobby hotel dan baru aku tahu yang dia menginap disitu rupanya.

"Apa kejadah Calun PKR P146 ini menginap dihotel..",fikirku.

Rupanya Hizwan ini bukanlah "Muar Jati" tetapi dibesarkan di Ampang Jaya,cuma mungkin
ayahnya je yang berasal dari Muar dan berhijrah ke Selangor.Kalau gitu aku pun boleh mengaku
orang Muar sebab arwah ibu aku berasal dari Jalan Joned Muar macam juga ayah Hizwan.

Tapi itu semua tak penting..

Yang penting sekarang ini LATARBELAKANG HIZWAN INI AMAT MERAGUKAN.

Segala pengkisahan tentang dirinya SAMAR SAMAR dan tidak disertakan dengan bukti
yang dapat mengesahkannya.Apatahlagi dia pula duduk di Ampang dan pernah membontoti
Zuraidah Mak Lampir mantan MP Ampang maka dia mudah berada dalam RADAR aku.

Kesempatan pulang ke Ampang beberapa hari lalu aku gunakan sepenuhnya untuk 
"mengkantabesarkan" profil si Hizwan ini melalui berbagai sumber dan hasilnya dia bukanlah saperti apa yang dia claim.Jadi bila dia sendiri tidak mengatakan secara jujur dan 
benar tentang latarbelakang dan pengalaman dia untuk saringan pengundi #P146 Muar,apakah
pengundi di Muar ini boleh mengharapkan dia memberikan prestasi yang lebih baik dari apa
yang sudah disumbangkan Dato @razaliibrahim selama dua penggal?

Tepuk dada tanya akal anda semua...

Jangan tanya BIAWAK.