Pages
▼
Apa nasib pejuang siber BN selepas ini? @NajibRazak
Berlabuhnya tirai PRU13 seminggu yang sudah maka beerti pejuangan dimedan
tempur PRU13 juga turut berhenti.Kedengaran kini hanyalah tembakan disana
sini sesekali menghabiskan saki baki peluru yang masih ada walaupun sasarannya
entah siapa dan dimana.Berhentinya peperangan PRU13 beerti peperangan yang
berikutnya adalah PRU14 empat atau lima tahun dari sekarang.
PERSOALAN NYA...
Kemana arahtuju PEJUANG PEJUANG SIBER BN sementara menanti dipanggil
semula melaporkan diri di kem masing masing?
Apakah kami diminta bersama GERILA GERILA yang yang selama ini berjuang
sendirian tanpa kem dan pegawai pemerintah?
Atau kekal dalam kem masing masing dan meneruskan perjuangan saperti biasa?
Pertempuran dimedan perang PRU13 mengajar aku sesuatu tentang Pejuang Siber
Pakatan Rakyat dan jentera fizikal mereka.Peperangan mereka bermula sebaik saja
PRU12 Marc 2008 tamat dan keputusan pilihanraya mereka ketahui.Tiada erti rihat
dan tiada erti standown bagi mereka dan perkara yang sama sedang dan akan mereka
lakukan sekarang ini sehingga fajar PRU14 terbit beberapa tahun dari sekarang.
Sebab itu ramai yang hairan kenapa calun calun Pakatan Rakyat PRU13 yang baru
laludilihat sangat kurang berkempen ditempat sendiri bahkan menumpukan kempen
kempenmereka diperingkat Nasional.Ampang dan Gombak adalah contoh terbaik
dimana Azmin dan Zuraidah masing masing menang kerusi yang ditandingi mereka
bukan sahaja tanpaberkempen bahkan dengan majoriti yang jauh lebih besar jika
dibandingkan pencapaian mereka pada tahun 2008.
Bagaimana ini semua mampu mereka lakukan?
Jawapannya saperti yang baru aku katakan sebentar tadi,mereka memulakan
semuanyajauh lebih awal dari jentera fizikal atau maya Barisan Nasional,iaitu
sehari selepaskeputusan PRU12 diketahui.Gerak kerja "bakal calun"(atau YB
kerusi yang baru dimenangi) diselaraskan dengan pejuang siber mereka sehingga
kehari pengundianPRU13 5hb Mei yang lalu.Tiada "teka teki" sangat tentang siapa
calun yang akan mereka pertarungkan kecuali ada sebab sebab yang memerlukan calun
baru untuksesuatu kerusi dan para pengundi sudah boleh mengagak siapa bakal calun
yang akandipertaruhkan oleh Pakatan Rakyat.
Berbeza dengan Barisan Nasional semuanya dilakukan terlalu santai dan kadang
kadang dilihat saperti over confident.Pejuang Siber hanya betul betul digembeling
tenaga dan gerak kerja mereka paling awal 2 tahun sebelum PRU.Bakal bakal calun
pula hanya diketahui setelah Parlimen dibubarkan atau seminggu sebelum hari
Penamaan Calun.Tolak campur dharab bahagi...setelah jenuh berperang sesama
sendiri akhirnya "calun" yang baru berumur 3 minggu dipersembahkan kepada para
pengundi.
Mana mungkin calun yang baru berumur 3 minggu dan tidak diketahui latarbelakang
mereka diharapkan dapat menumbangkan calun calun Pakatan Rakyat yang dah
berkempen tanpa henti selama hampir 5 tahun,hilang akal atau tak cukup akal?
Kalau calun yang memang dah dikenali atau pernah dikenali pula dipertaruhkan
timbul pula masaalah baru hasil dari kaedah suka "berteka-teki" yang suka sangat
diamalkan kepimpinan Barisan Nasional...masaalah MORAL calun itu sendiri.
Sama ada masaalah itu "fakta atau fitnah","telah dihukum atau belum"
ianya membuang separuh masa jentera kempen untuk menjawap tohmahan atau
membetulkan fakta tentang calun itu sendiri.
Dahlah baru berusia 3 minggu,dua minggu dibazirkan begitu sahaja menjawap
tomahan atau "skandal masa lalu" yang dikaitkan dengan calun calun sebegini,
contoh terbaik adalah calun calun untuk Parlimen Ampang dan Gombak yang
baru kalah menonggeng dan dikalahkan oleh POKOK POKOK yang berada
disekitar Ampang dan Gombak.
Pokok Pokok?
Iyalah...Dr.Rozaidah Talib dan Dr.Rahman ditewaskan oleh pokok pokok sebab
Zuraidah Kamaruddin dan Azmin Ali lebih banyak berkempen diperingkat
Nasional dan meninggalkan pokok pokok untuk melayan kedua calun Barisan
Nasional ini...itupun boleh kalah menonggeng.Aku tak tahulah kalau mereka
berkempen selama 2 minggu + 5 tahun...mahu hilang deposit calun calun BN
dua orang ini dibuat mereka.
Kealpaan dan meremehkan keberkesanan Media Sosial oleh Pengerusi BN
Ampang dan Gombak juga salah satu faktor yang menyumbang kepada kekalahan
yang memalukan ini.Kerugian yang amat sangat bilamana walaupun 4 BLOGGERS
yang berada dalam TOP 10 RANKING tinggal dan mengundi di Ampang tetapi
kepakaran dan khidmat mereka tidak langsung digunakan dan diiktiraf sebagai
salah satu cabang jentera perang BN di dua kawasan ini.Sehinggakan aku terpaksa
meninggalkan medan pertempuran sendiri dan berperang dimedan orang lain nun
jauh di selatan tanah air.Alhamdulillah sedikit sebanyak terasa bangga dan puas
bila dapat membantu kemenangan calun yang aku perjuangkan dimedan tempur itu.
Inilah penyakit kronik yang menjangkiti cara berfikir mereka mereka yang terlibat
sebagai Jeneral Jeneral Perang Barisan Nasional dalam Peperangan PRU13 yang
baru lalu.
Apakah KESILAPAN yang sama akan mereka ulang sekali lagi bila Pakatan
Rakyat sudah pun meniup semboyan perang mereka untuk berperang seawal
6hb Mei yang lalu untuk perang PRU14 lima tahun dari sekarang?
Janganlah mengharapkan keputusan yang berbeza bila kaedah yang digunapakai
BN tetap kaedah yang sama yang digunakan mulai 9hb March 2008.
Tak percaya?
CUBA TRY TEST ACU tenguk.....