Rakaman aksi aksi akhir Muay Thai untuk tali pinggang Malaysian Champion (WMC) di Percint 4 berhadapan Galeria.Aku sempat menyaksikan 3 perlawanan yang amat menarik sebelum terpaksa meninggalkan arena kerana serangan LANGAU LANGAU OREN yang mengerumuni gelanggang bersama ketibaan Khairy Jamaluddin.Langau langau yang senantiasa mengekuri Khairy dimana saja beliau singgah sejak festival ini bermula.Aku dah tak boleh tahan dengan gangguan LANGAU LANGAU OREN yang dikatakan datang dari IKBN.
Siapa langau langau oren ini?
Hanya mereka yang rasa terganggu sahaja yang mengetahui.Patutlah aku jarang terserempak dengan jurugambar jurugambar akhbar harian saperti Utusan Malaysia,Bernama,Berita Harian dan lain lain akhbar dilokasi dimana Khairy singgah.Mungkin mereka pun dah meluat melihat kerenah LANGAU LANGAU OREN ini dan aku rasa KBS tidak boleh terus membiarkan langau langau ini bermaharaja lela di festival akan datang kerana ianya hanya akan menghalang festival ini daripada mendapatkan liputan meluas dari jurufoto jurufoto bukan KBS macam aku ini...
Mungkin aku kena fikirkan kembali sama ada nak meneruskan liputan aku untuk festival ini dimasa akan datang...
No comments:
Post a Comment
Memandangkan aku buka platform blog ini kepada Penulis Penulis Jemputan sebagai satu keluarga besar APA maka aku buka kembali ruang komen blog ini untuk anda para pembaca bertukar tukar pendapat tentang artikel yang disiarkan.
Kepada "pencinta pencinta" aku yang memang suka memaki hamun aku selama ini kena tenguk dulu artikel siapa dan penulisnya kerana blog APA kini ada 10 orang penulis tetap.Jangan maki hamun salah orang...maki hamun aku tak apa.
HARAP MAKLUM
Note: Only a member of this blog may post a comment.