Pages

Pelik Tapi Benar #P146 @P146Muar : Biawak datang ziarah calun calun Pakatan Rakyat..



Anak biawak yang aku rakam berada di lobby hotel

PELIK TAPI BENAR.

Ini bukan cerita rekaan yang sengaja aku ada adakan,tapi kisah benar dan pelik yang aku lihat
terjadi didepan mata aku tengahari tadi sewaktu aku dan dua rakan sedang minum dicafe
bersebelahan lobby hotel tempat penginapan aku.Untuk pengetahuan korang hotel tempat aku
menginap ini juga adalah penginapan 3 CALUN PAKATAN RAKYAT untuk kerusi
#P146,N15 dan N16.


3 calun Pakatan Rakyat yang tinggal dihotel tempat aku menginap...

Sedang asyik bersembang aku melihat satu lembaga kecil sedang merangkak dari luar
kearah lobby hotel dan bila aku amati betul betul rupanya seekur anak biawak.Hairan juga
aku dan kawan kawan dari mana pula datangnya anak biawak ini memandangkan hotel ini
terletak dalam Bandar Muar.Bila aku cuba dekati tak cukup tanah anak biawak ini lari tapi
bukan kearah luar tapi terus ke dalam bahagian lobby hotel.Pelik gak bila haiwan ini
berpeluang untuk lari tapi memilih untuk masuk kelobby yang membuat staff wanita hotel
dan cafe bersebelahan panik.


Menurut kata kakitangan hotel ini belum pernah kejadian sebegini berlaku sejak dia bekerja 
dihotel ini enam tahun lalu dan inilah kali pertama ianya berlaku disitu.Jadi bolehlah aku 
andaikan apa yang berlaku tengahari tadi "pelik" dan mungkin ada mesej yang tersirat untuk 
pengundi di Muar untuk direnungi.


Biawak dikaitkan dengan banyak perkara yang negatif sehingga tercipta bidalan orang 
tua tua antaranya..."Macam lidah biawak,bercabang berdua" dan "Menanggung 
biawak hidup".Kedua bidalan lama ini menunjukan orang yang ditujukan bidalan ini 
CAKAPNYA TIDAK BOLEH DIPERCAYAI DAN AKAN MENJADI BEBAN 
YANG MEMUDARATKAN kepada kesihatan..

Jadi apakah ini "maksud tersirat" yang cuba disampaikan dengan kehadhiran anak 
biawak ini dihotel penginapan 3 Calun Pakatan Rakyat yang secara 
kebetulan tinggal dihotel ini.Kebetulan pula bila kejadian pelik ini berlaku ada blogger 
macam aku untuk menyaksikan dan merakamkannya.Jika tidak pasti korang tidak akan 
membaca artikel ini dan kejadian pelik ini tidak mungkin dilaporkan.


Semua kejadian bersebab dan tiada satu pun kejadian yang berlaku sejak Nabi Adam 
sehinggalah KIAMAT terjadi tanpa disengajakan dan berlaku secara rambang tanpa 
perancangan dari Allah SWT.,jadi kejadian hari ini pun tiada berbeza...semuanya kehendak 
DIA Yang Maha Berkuasa.Terpulang kepada kita untuk mentafsir "isyarat" dariNya...
BETUL kita mentafsir alhamdulillah dan jika SALAH tanggunglah sendiri akibatnya.

Jadi kepada bakal pemilih #P146,N15 dan N16 jangan abaikan "isyarat" yang diberi dan 
tafsirkan dengan menggunakan fikiran dan akal yang waras.Jika tak pasti,kembalilah 
kepadaNya dengan beristikhorah.Pasti Dia tidak akan silap.Tapi kalau masih mahu percaya 
bisikan hati(bisikan Iblis) anda sendiri...tanggunglah sendiri.

Sementara itu sila lihat dua ekur BIAWAK berpelukan dibawah...


P/S : Mungkin anak biawak ini datang kehotel nak melawat "spesis sewaktu" dengan 
         dia yang jenis cakap tak serupa bikin dan lidah bercabang.