Pages

Menangani FITNAH terhadap Dr.Rozaidah P099 Ampang


SUMBER : GAP

Jika pengumuman calon Barisan Nasional (BN) di seluruh negara semalam mahu ditonjolkan 
sebagai satu pasukan tranformasi yang cukup luar biasa, saya fikir saya harus berbeza pendapat 
dengan Pengerusi BN, Dato Sri Mohd Najib Tun Razak. Calon yang ditonjolkan tidak sehebat dan semegah yang cuba digambarkan.

Kita harus memasarkan realiti kerana hakikatnya di beberapa negeri terutamanya Selangor, 
terdapat calon-calon yang dipilih secara tidak berhati-hati dan tampak tidak melalui proses 
pemilihan yang serius.

Jika tidak pastinya suara-suara tidak berpuas hati dan komentar sinis tidak bercambah di 
kalangan ahli dan penyokong BN sendiri.

Hari ini saya pasti Mohd Najib telah pun sedar siapa yang bertanggungjawab mewujudkan 
keadaan seperti ini dan mengenali yang mana intan dan yang mana kaca.

Oleh kerana pasukan Najib memilih untuk membombastik atau membesar-besarkan senarai 
calon BN kali ini, maka sedikit cacat cela pun akan diperhati da dibesarkan oleh rakyat. Inilah 
hakikat apabila kita melancarkan propaganda melampau hingga meloyakan.

Hakikatnya, jika barisan calon BN ini dilihat dan dianalisis atas neraca yang berpaksi realiti, 
ia merupakan satu barisan calon yang cukup baik untuk lima tahun akan datang.

Setelah lima tahun bergelut dengan tuduhan, fitnah, serangan peribadi, barisan calon yang menggabungkan tenaga muda dan senior, calon muka baru dan lama, serta comeback yang 
dibuat oleh beberapa calon ,telah memberikan satu nafas segar kepada politik BN.

Memang ada calon BN yang dikemukakan mempunyai imej tercemar dan ada cacat-cela. Ini 
bukan luar biasa kerana manusia politik biar apa pun agama anutan, ideologi politik atau 
wacana poilitik yang beliau sertai tidak mungkin sempurna sifatnya.

Namun di sebalik cacat cela yang ada, calon-calon yang dikemukakan ini jauh lebih baik 
daripada calon-calon Pakatan yang telah diumumkan mahu pun bakal bertanding.

Apabila diumumkan calon BN hari ini, antara terawal yang diserang ialah calon BN bagi 
kawasan Parlimen Ampang, Dr. Rozaidah Taib dan calon BN bagi kawasan Gombak, 
Dr Rahman.


Kedua-dua mereka merupakan ahli Parlimen bagi kawasan yang sama dalam pilihan raya umum 
2004.

Kedua-dua nama ketika itu bersama Dr. Amran Kasimin (Dun Bangi) dibawa oleh bekas Menteri 
Besar Dr. Mohamad Khir Toyo sebagai tokoh-tokoh profesional muda Melayu bagi memberi 
kesegaran kepada UMNO dan BN Selangor. Mereka ini menang dengan baik di kawasan masing-masing.

Namun bagi Rozaidah dan Rahman, kerjaya politik mereka yang bermula dengan pantas turut 
berakhir dengan pantas. Mungkin kerana usia yang agak muda bagi wakil rakyat, Rozaidah dan 
Rahman berhadapan beberapa isu dan tuduhan membabitkan hubungan terlarang dan konflik 
keluarga. Bumi mana tidak ditimpa hujan, demikianlah nasib kedua-dua ahli politik muda ini.

Dalam politik Malaysia, konflik keluarga, isu peribadi dan moral yang kontroversi lebih diberi perhatian berbanding rekod perkhidmatan mereka yang cemerlang. Tidak penting sama ada 
tuduhan dan dakwaan ini benar atau direka-reka dalam konflik rumah tangga masing-masing.....

Berhadapan dengan dilema ini, BN mengugurkan mereka dalam pilihan raya 2008. Kedua-dua 
mereka berhadapan fasa pemulihan dan pembekuan dalam politik.

Kali ini mereka dicalonkan semula kerana BN merasakan kedua-dua ini wajar diberi 
peluang kedua. Mereka telah menjalani hukuman politik dan masyarakat dan kini 
mereka diberi semula peluang ini.

Jika Pakatan mahu memburuk dan menghina kedua-dua calon BN ini, mereka perlu 
mencerminkan muka sendiri. Apakah kedua-dua calon BN ini lebih buruk daripada 
Anwar Ibrahim dan Mustafa Ali?


Anwar Ibrahim berhadapan dengan pelbagai tuduhan skandal seks yang sehingga kini beliau 
gagal memberi jawapan yang tuntas. Anwar bukan sahaja dituduh secara rambang oleh orang 
yang bermusuh dengannya seperti mana berlaku kepada Rahman dan Rozaidah.

Sebaliknya, Anwar berhadapan dengan tuduhan melanggan pelacur Cina (China Doll). 
Tuduhan ini bukan dibuat oleh UMNO atau BN tetapi oleh rakan baik beliau sendiri suatu 
ketika dahulu, Datuk Eskay Shazryl Abdullah. Datuk Eskay mengakui lelaki dalam video 
tersebut adalah Anwar Ibrahim.


Bacalah pendedahan Papagomo dan bandingkan dengan isu Rozaidah yang kononnya 
ditangkap khalwat.

Saya katakan “kononnya” ditangkap khalwat kerana tangkapan yang 
dimaksudkan bukanlah tangkapan oleh majlis agama Islam seperti yang difahami. Sebaliknya, 
ia adalah hasil laporan polis oleh suaminya yang mendakwa beliau berada dalam sebuah bilik 
hotel bersama seorang lelaki.

Baca laporan polis dibawah kita akan dapati apa yang didakwa sebagai tangkapan khalwat 
hanyalah syak wasangka suaminya yang sememangnya sudah mempunyai konflik antara mereka.

Dalam laporan polis tersebut jelas suaminya hanya membut laporan 
“kemungkinan” ada lelaki lain berdasarkan andaian tiada anaknya yang 
menyahut semasa beliau memanggil nama anak tersebut.

Kesimpulan gila apakah membolehkan kita mengatakan Rozaidah berkhalwat sedangkan tiada 
langsung tanda-tanda terdapat orang lain dalam bilik tersebut.

Adalah hak Rozaidah untuk tidak membenarkan suaminya yang bersikap konfrontasi dengannya 
untuk masuk ke dalam bilik tersebut.


Apa yang terjadi dengan Rozaidah hanyalah andaian dan kemungkinan yang dibuat oleh 
suaminya dalam laporan Polis. Bacalah laporan Polis di atas. Apakah niat laporan tersebut?

Ia hanya bertujuan untuk memburukkan Dr. Rozaidah yang ketika itu Ahli Parlimen Ampang. 
Apa perlunya dicerita soal seksual dalam bilik suami isteri dalam satu laporan Polis 
mengenai kemungkinan isterinya berkhawat...?

Saya melihat ini hanyalah bertujuan membina kes yang kukuh untuk menentang isterinya 
dalam perbicaraan cerai nanti.

Jika benar beliau percaya isterinya berkhalwat sudah tentulah beliau akan menghubungi Jabatan 
Agama Islam dan pasukan pencegah maksiat. Sebaliknya beliau hanya membawa anggota Polis 
dan pengurus hotel yang tidak mempunyai kuasa tangkapan khalwat. Mengapa....? Kerana 
tujuannya hanyalah untuk membuat laporan Polis memburukkan isterinya.

Sekarang semua itu adalah sejarah apabila beliau dan suaminya telah bercerai. Apakah kita 
hendak percaya satu laporan polis yang dibuat oleh seorang suami yang sedang membina kes 
untuk bercerai.


Katakanlah tuduhan ini benar, yang saya ragui ia benar. Apakah kesalahan ini sama 
dengan kesalahan Anwar yang bukan sahaja dituduh mempunyai hubungan seksual dengan 
China Doll, malah mempunyai citarasa seks songsang.

Anwar sungguhpun dibebaskan atas sebab teknikal atas tuduhan meliwat Azizan dan 
kemudiannya Saiful Bukhari, sehingga hari ini masih belum bersumpah sebagai orang 
Islam menafikan tuduhan-tuduhan yang serius dan berat ini.

Dalam kes hubungan seks dengan gadis China, Datuk Eskay bukan sahaja mengemukakan 
video sebagai bukti nafsu serakah Anwar, malah turut bersumpah laknat bahawa Anwar 
Ibrahim adalah lelaki dalam video tersebut. 

Mangsa yang mendakwa dirinya diliwat Anwar, Mohd Saiful Bukhari, telah mengadakan 
sumpah laknat mengakui beliau telah diliwat oleh Anwar.

Anwar sebagai seorang pemimpin Islam, pernah menjadi imam dan khatib jumaat tidak 
sekalipun pernah bersumpah menafikan semua tuduhan tersebut dalam bentuk dan konteks yang dikehendaki oleh syariat Islam. Mengapa sebagai pemimpin Islam tidak berani bersumpah...? 
Adakah kerana semua tuduhan itu benar....?

Rahman

Tidak kurang kontroversi ialah calon BN Parlimen Gombak, Dr Rahma Ismail dituduh 
mempunyai hubungan sulit dengan Senator Yati Tan Sri Onn. Tuduhan ini dibuat oleh suami 
Yati, Mohd Suffian Abdul Aziz, yang ketika itu mempunyai konflik rumah tangga.

Sekali lagi tuduhan dan dakwaan ini dibuat oleh seorang suami yang berhadapan dengan 
tuntutan fasakh. Suaminya sebagai tindakan balas mengemukakan permohonan cerai nusyuz.

Maka pelbagai dakwaan dibuat oleh kedua-dua pihak. Namun hanya ada satu gambar yang 
mungkin membenarkan dakwaan tersebut.

Gambar ini mungkin agak keterlaluan bagi dalam pandangan sisi Islam dan jug budaya 
ketimuran.

Namun ia sekali lagi tidak membuktikan apa-apa yang setaraf dengan perbuatan tidak 
bermoral, huduh dan loqlaq pemimpin numero uno Pakatan – Anwar bin Ibrahim.

Malahan tuduhan-tuduhan dan dakwaan yang dibuat ke atas Rahman tidak langsung 
dibuktikan seperti mana munculnya video seks yang mengandungi wajah seorang lelaki 
menyerupai Mustafa Ali.

Saya tidak berniat meletakkan gambar dan video yang meloyakan itu dalam artikel ini. 
Sesiapa yang mahu bukti bolehlah melawati video tersebut di sini.


Sehingga hari ini Mustafa Ali langsung tidak bersumpah menafikan bahawa bukan lelaki 
dalam video seks tersebut bukan beliau.

Jika hanya satu laporan polis yang mengesyaki perbuatan khalwat dan satu gambar yang 
langsung tidak lucah, penyokong Pakatan telah mencemuh dan menghina calon BN, apakah 
yang mereka telah buat kepada pemimpin-pemimpin utama mereka ini...?

Kedua-dua calon ini tidak menjadi pemimpin utama negara. Mereka telah “dihukum” 
selama sepenggal biarpun tiada bukti atas tuduhan-tuduhan tersebut.

Malahan kesalahan mereka ini jika benar langsung tidak setaraf dengan gambar-gambar 
yang membabitkan seorang individu menyerupai Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali 
mengadakan oral seks.

Azmin sehingga kini tidak tampil bersumpah cara Islam membersihkan dirinya, mahupun 
membuat laporan Polis.


Sehingga hari ini, penyokong Pas masih melantik Mohamad Sabu sebagai Timbalan 
Presiden Parti Islam se-Malaysia. Manusia yang ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama 
Islam Kelantan bersama isteri orang.

Mohamad Sabu ditangkap khalwat bersama isteri orang oleh pegawai Jabatan Agama Islam 
Kelantan. Ini soal serius dan nyata, bukannya sekadar tuduhan dalam satu laporan polis tanpa 
bukti, saksi dan penguatkuasa. Mohamad Sabu hanya terlepas kerana pendakwa tersalah tulis 
nombor bilik.

Kesemua mereka ini memegang jawatan yang tinggi dan bakal menjadi pemimpin utama 
negara jika mereka menang....

Bukti yang ada ke atas mereka juga sangat kukuh dan konkrit. Namun mereka masih diberi 
kepercayaan penyokong pakatan untuk memimpin.

Jadi kita tertanya-tanya apakah tidak malu penyokong dan bloggers pakatan mempersoalkan 
moral kedua-dua calon BN sedangkan pemimpin-pemimpin utama mereka terpalit dengan 
skandal seks dan moral yang jauh lebih teruk dan meloyakan...?

Justeru adakah para penyokong Pas, PKR dan DAP mempunyai sebarang kredebiliti dan asas 
moral untuk mempersoalkan moral calon BN...?

Sekurang-kurangnya kedua-dua pemimpin ini bersedia berundur dan menyelesaikan masalah 
peribadi mereka terlebih dahulu.

Malangnya di dalam Pas, PKR dan DAP mereka tidak mempunyai sebarang rasa malu lagi. 
Inikah parti yang kita akan beri kepercayaan...?

JALIL BACKER MYKMU