Pages

Catatan perjalanan #P146 @P146Muar @razaliibrahim


Aku bergerak ke Muar pada 19hb April kira kira jam 4 petang,sehari sebelum hari
Penamaan Calun.Tiga hari sebelum itu sistem EAS (Electronic Air Suspension) kereta
aku dah mula buat hal dan sistem eletronik ECU gagal membaca command yang dihantar
oleh EAS.Jadi suspension kereta aku sekejap high sekejap low,sekejap normal dan
sekejap tak normal.Akhirnya ianya kekal diparas high jadi kereta aku sama tinggi dengan
lori 1 tan...

Pagi sebelum bertolak ke Muar aku singgah dikedai mekanik untuk mengetahui apa
masaalah sebenar yang membuat sistem suspension kereta aku jadi sewel macam itu
dan diberitahu Mael relay pump kereta aku mungkin dah overheat dan perlu diganti.

"Berapa kosnya..?",tanya aku pada Mael.

"Gedebak gedebuk dengan upah mahu dekat RM2ribu..",jawap Mael.

"Adusss! mana lak aku nak cekau wang sebanyak itu...", aku berkata dalam hati.Apapun
Mael berjaya reset sistem tu kembali kepada normal dan aku tersenyum gembira.

"Tapi bang,kalau abang nak ke Muar saya tak boleh jamin.Takut tengah perjalanan 
relay dia buat hal lagi suspension dia turun langsung tak naik naik..",pesan Mael yang
buat aku tersentap sekali lagi.

"Takpelah abang tawakal,harap harap tak jadi begitu...",jawap aku.

"Ikut abanglah,jangan kata saya tak ingatkan abang..",jawap Mael lagi.

Setelah menjemput Brasco di Masjid India kami terus bertolak ke Muar dalam cuaca hujan
yang lebat.Perjalanan kami berjalan dengan baik sambil aku tersenyum memikirkan RM2 ribu 
yang aku berjaya selamatkan dari berpindah ketangan Mael...hehhh.


Sejurus melepasi exit Ayer Keroh.Perhatikan suspension
kereta aku yang rapat sampai keroda..

Melepasi exit Ayer Keroh tiba tiba sistem EAS aku kembali buat gila dan tiba tiba kami
merasakan macam naik sampan atau saperti naik kuda liar.Aduss! dia buat dah dan apa
yang diingatkan Mael pagi tadi kini dah berlaku.Aku terpaksa memberhentikan kereta ditepi
lebuhraya sambil berfikir apakah langkah selanjutnya.Otek sana otek sini masih gagal
membuatkan suspensionnya kembali normal.Memikirkan banyak kemalangan yang berlaku
terhadap pemandu yang sedang memeriksa kerosakan atau menukar tayar maka aku mengambil
keputusan untuk mencari tempat lebih selamat untuk melakukannya walaupun terpaksa
memandu dalam keadaan terhenjut henjut.


Alhamdulillah kerana tak berapa lama kawasan Rawat & Rehat (R&R) Bertam berhampiran
exit Jasin berada dihadapan kami.Setelah berihat seketika aku pun memulakan kerja McGyver
yang aku pelajari serba sedikit dari Youtube mengenai masaalah EAS ini.McGyver punya
McGyver akhirnya jadi saperti "tikus membaiki labu" bila satu letupan kecil berlaku dalam
kotak fius.Hancusss..dari masaalah suspension tak boleh naik kini kereta aku pula gagal dihidupkan
enjinnya.Peluh panik mula menitik bila hari dah makin gelap kerana dah nak masuk maghrib.


Hari dah golap jang..kito macam mano ni?
Sahabat aku Brasco




SOS demi SOS kami berdua hantar kepada kengkawan mohon bantuan,tapi sehingga jam 
9:00 malam kami masih terkandas di R&R Bertam.Akhirnya aku terpaksa memohon bantuan
dari sahabat di Muar untuk menjemput Brasco,paling tidak boleh dia teruskan assignment jika
aku terpakasa berpatah balik ke KL.Rupanya jarak kami dengan Muar cuma setengah jam saja
tapi dalam keadaan kereta yang tak boleh distart terasa amat jauh sekali...


Akhirnya Brasco diselamatkan HE dan tinggallah
aku keseorangan untuk memikirkan apa yang perlu dilakukan..

Bantuan dari Muar tiba dengan kehadhiran HE untuk mengangkut Brasco dan alat
kelengkapan dia.Maka tinggallah aku seorang diri untuk memikirkan apa yang selanjutnya
yang patut aku lakukan.Hampir saja aku berpatah balik ke KL bila sebuah towing truck 
menawarkan perkhidmatannya yang agak berpatutan harganya tapi memikirkan 
tanggungjawap terhadap assignment selaku leader maka aku tolak tawaran itu.

Tiba tiba sebuah kapcai datang menghampiri aku dan bila dia menanggalkan topi keledar
ternyata sahabat anak lelaki aku yang tinggal dikampung berhampiran R&R itu.Dia pula 
datang dengan seorang mekanik dari kampung yang sama seorang remaja Cina bersama
pembantunya seorang remaja India...SATU MALAYSIA DI R&R BERTAM..he he he.
Tak lama kemudian datang pula Plus Ronda menawarkan khidmat towing percuma ke exit
Jasin setelah menerima panggilan dari Hamba Allah ntah kan siapa...alhamdulillah.

"Mekanik kampung nak cuba repair Rover,boleh ke..?",bisik hatiku nakal.

Tapi ternyata selepas setengah jam kereta aku di McGyver oleh "mekanik kampung"
ianya berjaya dihidupkan."Sorry bro..",aku minta maaf dalam hati kerana meragui dia
sebentar tadi juga didalam hati.Melihat kereta aku berjaya dihidupkan maka anggota 
Plus Ronda meninggalkan kami semua untuk ke lokasi lain.

"Lu jangan bawak laju laju haah,sampai Muar ada tempat boleh mikin ini 
Lover(Rover) dekat Jalan Bakli sana..",mekanik tadi mengingatkan aku.

Maka bermulalah perjalanan terhenjut henjut aku dari R&R Bertam ke Bandar Muar yang 
terasa begitu lama dan amat jauh walaupun ianya sepatutnya mengambil masa  cuma 
setengah jam sahaja.Sampai di hotel penginapan aku tak sempat nak ambil barang barang aku 
kerana merasa terlalu keletihan,selepas mandi aku terus masuk dalam selimut tidur...

Esuknya pagi pagi aku bangun ambil barang dalam kereta dan terus pergi majlis penamaan calun
dan tidak menoleh kebelakang dalam misi membantu BN dan calunnya di #P146 dan Dun 
Dun dibawahnya sehinggalah hari ini 29/4.Hasil usaha kawan kawan di Muar kereta aku dibawa 
kesebuah bengkel pengusaha Melayu yang selepas 3 hari dibelek gagal diperbaiki kerana 
ketiadaan alat komputer (reset) yang diperlukan.Maka hari ini jam 11:00 pagi bermulalah 
"misi' membawa balik kereta aku menaiki towing truck dengan kos RM730.00...

Inilah secebis catatan "pejuang kecil" saperti aku ini yang tiada apa apa kepentingan politik 
tapi sekadar ingin membantu BN dan calun calunnya.Natijahnya...walau MENANG atau 
KALAH kelak calun calun yang aku perjuangkan di #P146 Muar ini...AKU 
TERPAKSA MENGELUARKAN RM3 RIBU untuk memastikan kereta aku kembali 
normal.


Berhenti sebentar selepas jambatan kedua Muar untuk
memastikan kenderaan diikat kemas untuk perjalanan ke KL


 

Tiba di destinasi terakhir pakar Range Rover di Batu Caves..
Mael tersenyum menyambut aku tiba..dan aku bagitau Mael.
U ULANG I SAMAN !
He he he