Pages

Video jawapan fitnah pembangkang isu dakwat kekal dan bukti #P146 @razaliibrahim @P146Muar


Masih kekal walaupun dicuci menggunakan bahan peluntur (bleach)

Sebentar tadi satu team bloggers pro BN telah singgah di Balai Trafik
Daerah Muar untuk mengetahui sendiri pandangan anggota PDRM dibalai
itu yang terlibat dalam pengundian awal hari ini.Apakah kesan dakwat
kekal yang dicalit dijari mereka masih kekal atau sudah hilang bila dibasuh?

Hasilnya adalah saperti video dibawah.
Anda saksikan dan nilaikan sendiri PEMBOHONGAN pembangkang.

 

Aku dah kata mamat ini "liabilty" bukan asset.. @NajibRazak


Bukan aku nak tolong Pakatan Rakyat kasi tumbangkan calun BN di Parlimen Shah Alam
tapi nak defend macamana calun macam ini.Ramai yang menyangka kenyataan Zul Nordin 
yang dikatakan menghina masyarakat India tu berlaku 10 tahun lalu semasa dia masih
didalam Pas termasuk PM dan TPM kita bila ditanyakan atau membuat kenyataan 
membela Zul Nordin.

Tapi berapa ramai yang tahu yang Zul Nordin terus terusan menghambur kata kata yang
hampir sama dengan "penghinaan" dalam roadshow dia sebelum ini.Aku pun kerap 
mengikuti roadshow beliau dan banyak merakamkan video saperti dibawah.Memanglah
tujuan dia baik untuk menyangkal ketaksuban orang Melayu Pas dan PKR yang gila
mempercayai mendiang PI Bala yang bersumpah atas Kitab Agama dia tapi harus juga
diambilkira pentas dimana kenyataan sebegitu mahu dibuat kerana kita hidup dalam
masyarakat majmuk yang saling menghormati sentimen beragama masing masing.

Persoalannya...

Atas nasihat siapa beliau dicalunkan untuk kerusi sepenting kerusi Parlimen Shah
Alam ini?



KJ Feat Rembau Most Wanted #P131 @Kjkhairy


Budak nakal Rombau...he he he

Vote For Khairy P131



Lirik Lagu/ Lyrics: Rembau Most Wanted - W.A.R.I.S
Rembau Most Wanted yaw
1 2 1 2

I representin this place
Where people say murder is the case
REMBAU
the food gonna make your tongue blaze
Step forward,hold your head high
Be proud for where you came from and stay fly
Dats what Im doin
Hobin Jang Hobin
We aint trippin Jang
Tahun dopan ado laie
Pialo Malaysia kito pogang
Lagu nogori berkumandang
Semuo player masuk padang
Tabik hormat tando monang
Kito monang kito monang(kito monang yo)
Duo satu kocik bona
Ompek satu sonyum lebar

Teringek bilo poghah keringek
Nyabit rumput poie sawah
Kojo macam nk mati tapi gaji kocik anak
Itu orang dulu
Tak mcm budak2 sekarang
Susah sikit yo
Dah lari kampung tinggal bondang
Dulu maso kocik2 cito2 angkosawan
Bilo bosa jadi rapper tukar dialek nogori sembilan
Tak ponah terlinteh kek ati nak lupo'an daratan
Sapo tak pueh ati
Jom kito jumpo dopan dopan

Being the most wanted
Dont wake me up from my dream C.R.E.A.M
Rembau Most Wanted
To my boys in N9
Who worked hard and strugglin
Rembau Most Wanted

My brain works faster than computer
Cuz Im the prime mover
Entrepreneur yes I am
Weve been busy chasin dollars
Chillin at Mui Fong with my homies yaw
And If u keep talkin shit others might listening bro
Then gangin up, just pick up your gear
Listen dear
I aint messin wit the coward
I aint messin wit fake gangstas
All I know I keep my rap clean
Being the most wanted
Don't wake me up from my dream
C.R.E.A.M

Lombu ado tali takdo pon tak guno
Tunggu hujan dh ghobeh
Baru payung nk dibuko?
Kojo tak kuek tapi berangan nak hidup sonang
Baik poie mampuih dari susah'an semuo urang
Polik Bona bilo pikir orang tuduh bukan2
Takpo tunggu den dah kayo jangan cubo nadah tangan
Mintak pinjam duit apotah laie tandotangan
Time tu takdo nak berbaik
KAU BOLEH POIE JALAN

Being the most wanted
Dont wake me up from my dream C.R.E.A.M
Rembau Most Wanted
To my boys in N9
Who worked hard and strugglin
Rembau Most Wanted

Rajo Beralam
Penghulu Berluak
Lembago berlingkungan
Buapak beranak buah
Anak buah duduk bersuku-suku
Berapo suku eh?
12



Kickdefella cabar "Husam Pecah Tanah" debat...ada beran? @tunfaisal


Dalam pertempuran di P125 Putrajaya "Husam Pecah Tanah" bukan 
sahaja berhadapan dengan Ku Nan,Jentera Perang BN dan
ketumbukan Unit Media Baru yang dipimpin Tun Faisal Ismail
tetapi Husam juga terpaksa berhadapan dengan bekas "sidekick" beliau
Kickdefella atau Syed Azidi Syed Abd Aziz.

Syed Azidi kini melontar cabaran kepada Husam untuk berdebat.
Beranikah Husam menyahut cabaran ini?
Atau...
Husam akan bermadah berhelah untuk mengelak cabaran ini?
Kita tunggu respon dari Husam Musa.

ADA BERAN???

Pakatan menipu guna nama Musa Hasan konon masuk MKP @Najibrazak @tunfaisal


Terdesak.Pakatan Rakyat melalui siber troopers mereka telah menggunakan gambar 
diatas  kononnya Mantan KPN Tan Sri Musa Hasan telah menerima tawaran PR 
menjadi "Penasihat" Majlis Keselamatan Pakatan (MKP).

Melalui kinitv satu lagi cabang pembohongan Malaysiakini,mereka telah mengEDIT video
dibawah seolah olah Musa Hasan sedang berada dalam majlis yang mereka sebutkan.Sedang
kalau kita teliti betul betul ianya hanyalah majlis dialog yang mungkin Musa Hasan diundang
sebagai salah sorang ahli panel yang membicarakan soal KESELAMATAN menjelang
hari pembuangan undi.

KETERDESAKAN Pakatan Rakyat terserlah bila diawal video dibawah diselitkan 
wawancara dengan mantan Timb.Menteri Pendidikan Tinggi Saifuddin Abdullah cuba 
mengambarkan situasi dan persepsi yang ingin dicetuskan mereka disaat saat akhir.

Buat CERDIK sikit boleh tak lain kali?

INI KELAS POYO!!!!


Catatan perjalanan #P146 @P146Muar @razaliibrahim


Aku bergerak ke Muar pada 19hb April kira kira jam 4 petang,sehari sebelum hari
Penamaan Calun.Tiga hari sebelum itu sistem EAS (Electronic Air Suspension) kereta
aku dah mula buat hal dan sistem eletronik ECU gagal membaca command yang dihantar
oleh EAS.Jadi suspension kereta aku sekejap high sekejap low,sekejap normal dan
sekejap tak normal.Akhirnya ianya kekal diparas high jadi kereta aku sama tinggi dengan
lori 1 tan...

Pagi sebelum bertolak ke Muar aku singgah dikedai mekanik untuk mengetahui apa
masaalah sebenar yang membuat sistem suspension kereta aku jadi sewel macam itu
dan diberitahu Mael relay pump kereta aku mungkin dah overheat dan perlu diganti.

"Berapa kosnya..?",tanya aku pada Mael.

"Gedebak gedebuk dengan upah mahu dekat RM2ribu..",jawap Mael.

"Adusss! mana lak aku nak cekau wang sebanyak itu...", aku berkata dalam hati.Apapun
Mael berjaya reset sistem tu kembali kepada normal dan aku tersenyum gembira.

"Tapi bang,kalau abang nak ke Muar saya tak boleh jamin.Takut tengah perjalanan 
relay dia buat hal lagi suspension dia turun langsung tak naik naik..",pesan Mael yang
buat aku tersentap sekali lagi.

"Takpelah abang tawakal,harap harap tak jadi begitu...",jawap aku.

"Ikut abanglah,jangan kata saya tak ingatkan abang..",jawap Mael lagi.

Setelah menjemput Brasco di Masjid India kami terus bertolak ke Muar dalam cuaca hujan
yang lebat.Perjalanan kami berjalan dengan baik sambil aku tersenyum memikirkan RM2 ribu 
yang aku berjaya selamatkan dari berpindah ketangan Mael...hehhh.


Sejurus melepasi exit Ayer Keroh.Perhatikan suspension
kereta aku yang rapat sampai keroda..

Melepasi exit Ayer Keroh tiba tiba sistem EAS aku kembali buat gila dan tiba tiba kami
merasakan macam naik sampan atau saperti naik kuda liar.Aduss! dia buat dah dan apa
yang diingatkan Mael pagi tadi kini dah berlaku.Aku terpaksa memberhentikan kereta ditepi
lebuhraya sambil berfikir apakah langkah selanjutnya.Otek sana otek sini masih gagal
membuatkan suspensionnya kembali normal.Memikirkan banyak kemalangan yang berlaku
terhadap pemandu yang sedang memeriksa kerosakan atau menukar tayar maka aku mengambil
keputusan untuk mencari tempat lebih selamat untuk melakukannya walaupun terpaksa
memandu dalam keadaan terhenjut henjut.


Alhamdulillah kerana tak berapa lama kawasan Rawat & Rehat (R&R) Bertam berhampiran
exit Jasin berada dihadapan kami.Setelah berihat seketika aku pun memulakan kerja McGyver
yang aku pelajari serba sedikit dari Youtube mengenai masaalah EAS ini.McGyver punya
McGyver akhirnya jadi saperti "tikus membaiki labu" bila satu letupan kecil berlaku dalam
kotak fius.Hancusss..dari masaalah suspension tak boleh naik kini kereta aku pula gagal dihidupkan
enjinnya.Peluh panik mula menitik bila hari dah makin gelap kerana dah nak masuk maghrib.


Hari dah golap jang..kito macam mano ni?
Sahabat aku Brasco




SOS demi SOS kami berdua hantar kepada kengkawan mohon bantuan,tapi sehingga jam 
9:00 malam kami masih terkandas di R&R Bertam.Akhirnya aku terpaksa memohon bantuan
dari sahabat di Muar untuk menjemput Brasco,paling tidak boleh dia teruskan assignment jika
aku terpakasa berpatah balik ke KL.Rupanya jarak kami dengan Muar cuma setengah jam saja
tapi dalam keadaan kereta yang tak boleh distart terasa amat jauh sekali...


Akhirnya Brasco diselamatkan HE dan tinggallah
aku keseorangan untuk memikirkan apa yang perlu dilakukan..

Bantuan dari Muar tiba dengan kehadhiran HE untuk mengangkut Brasco dan alat
kelengkapan dia.Maka tinggallah aku seorang diri untuk memikirkan apa yang selanjutnya
yang patut aku lakukan.Hampir saja aku berpatah balik ke KL bila sebuah towing truck 
menawarkan perkhidmatannya yang agak berpatutan harganya tapi memikirkan 
tanggungjawap terhadap assignment selaku leader maka aku tolak tawaran itu.

Tiba tiba sebuah kapcai datang menghampiri aku dan bila dia menanggalkan topi keledar
ternyata sahabat anak lelaki aku yang tinggal dikampung berhampiran R&R itu.Dia pula 
datang dengan seorang mekanik dari kampung yang sama seorang remaja Cina bersama
pembantunya seorang remaja India...SATU MALAYSIA DI R&R BERTAM..he he he.
Tak lama kemudian datang pula Plus Ronda menawarkan khidmat towing percuma ke exit
Jasin setelah menerima panggilan dari Hamba Allah ntah kan siapa...alhamdulillah.

"Mekanik kampung nak cuba repair Rover,boleh ke..?",bisik hatiku nakal.

Tapi ternyata selepas setengah jam kereta aku di McGyver oleh "mekanik kampung"
ianya berjaya dihidupkan."Sorry bro..",aku minta maaf dalam hati kerana meragui dia
sebentar tadi juga didalam hati.Melihat kereta aku berjaya dihidupkan maka anggota 
Plus Ronda meninggalkan kami semua untuk ke lokasi lain.

"Lu jangan bawak laju laju haah,sampai Muar ada tempat boleh mikin ini 
Lover(Rover) dekat Jalan Bakli sana..",mekanik tadi mengingatkan aku.

Maka bermulalah perjalanan terhenjut henjut aku dari R&R Bertam ke Bandar Muar yang 
terasa begitu lama dan amat jauh walaupun ianya sepatutnya mengambil masa  cuma 
setengah jam sahaja.Sampai di hotel penginapan aku tak sempat nak ambil barang barang aku 
kerana merasa terlalu keletihan,selepas mandi aku terus masuk dalam selimut tidur...

Esuknya pagi pagi aku bangun ambil barang dalam kereta dan terus pergi majlis penamaan calun
dan tidak menoleh kebelakang dalam misi membantu BN dan calunnya di #P146 dan Dun 
Dun dibawahnya sehinggalah hari ini 29/4.Hasil usaha kawan kawan di Muar kereta aku dibawa 
kesebuah bengkel pengusaha Melayu yang selepas 3 hari dibelek gagal diperbaiki kerana 
ketiadaan alat komputer (reset) yang diperlukan.Maka hari ini jam 11:00 pagi bermulalah 
"misi' membawa balik kereta aku menaiki towing truck dengan kos RM730.00...

Inilah secebis catatan "pejuang kecil" saperti aku ini yang tiada apa apa kepentingan politik 
tapi sekadar ingin membantu BN dan calun calunnya.Natijahnya...walau MENANG atau 
KALAH kelak calun calun yang aku perjuangkan di #P146 Muar ini...AKU 
TERPAKSA MENGELUARKAN RM3 RIBU untuk memastikan kereta aku kembali 
normal.


Berhenti sebentar selepas jambatan kedua Muar untuk
memastikan kenderaan diikat kemas untuk perjalanan ke KL


 

Tiba di destinasi terakhir pakar Range Rover di Batu Caves..
Mael tersenyum menyambut aku tiba..dan aku bagitau Mael.
U ULANG I SAMAN !
He he he







Panadol untuk Husam dari Tun M untuk sakit kepala Putrajaya..


Video Tun M sekolahkan Husam dan semua Foolamark Pondok Tandas
Pasar Besar Siti Khadijah,Kota Bharu.
Ini baru PANADOL untuk semua penyakit kepala yang kini 
dah berjangkit ke saraf otak Nicky & Gang.


Terdesak sangat HizwanBia... terpaksa fitnah @razaliibrahim untuk #P146 @P146Muar



Biarlah gambar menjawap segala fitnah terdesak calun PKR Hizwan
terhadap Dato @razaliibrahim.Bukan sekadar fitnah tapi turut menghina
orang tua bila fizikal nenek yang memang tak bergigi dijadikan modal...ish ish

Memang dasar BIAWAK !


Pengedar Stopa Spender dikehendaki?@Najibrazak


JANGAN KETAWA.

Akhirnya seorang pengusaha mengambil inisiatif mengeluarkan "seluar luar"
(seluar dalam yang dipakai diluar) jenama STOPA SPENDER secara
komersial dan jenama ini bakal dipatentkan tidak berapa lama lagi.Aku difahamkan
2 kontena pertama "seluar dalam luar" ini yang diimport dari China kini mula dipasarkan
dan sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi aku untuk menjadi PENGEDAR melalui
email azmiapa@gmail.com

STOPA SPENDER boleh didapati dalam berbagai saiz dari yang paling
kecil S sehinggalah XX4L.(macam yang anda lihat dalam video apakenama dia)



Cuma...

Cara pemakaiannya agak berbeza dengan seluar dalam lain kerana ianya dipakai diluar
dan bukan didalam ala ala SUPERMAN dan ianya amat sesuai dipakai diwaktu hari
pembuangan undi untuk memeriahkan HARI RAYA UNDI.

Harga bagi setiap sehelai STOPA SPENDER ini adalah RM50.00 termasuk
kos penginapan 3 hari 2 malam dan makan percuma dirumah sendiri.

Pelancaran dan press conference memperkenalkan produk baru ini akan dilakukan besuk.


Dr.Azizan pemilik jenama "Stopa Spender" yang sedang
dipaternkan...pelik tapi benar

P/S : He He..STOPPA SPENDER hanya digalakan dipakai gaya Superman 
          sewaktu tempuh berkempen dan hari membuang undi saja.Selepas itu 
          boleh pakai macam biasa didalam sebab "power" Superman dia 
          mungkin dah luntur sikit..

         Kepada Stopa Ali jangan anggap artikel ini sebagai FITNAH dan 
         MEMALUKAN kerana pengusaha mengangkat Stopa Ali SUA
         Pas sebagai anak Melayu pertama yang diangkat menjadi 'Duta"
         seluar dalam setanding DKNY.Foolamak....

Pengundi @razaliibrahim #P146 jadikan Kubu Bentayan sebagai teladan @P146Muar


Kubu yang kini telah ditawan "Ultra-Kiasu DAP"

KLIK UNTUK LIHAT IMEJ KUBU BENTAYAN HARI INI

Dibawah ini aku catitkan sedikit sejarah tentang Kubu Bentayan kubu pertahanan terakhir
Kerajaan Melayu Melaka setelah Melaka diserang Portugis pada tahun 1511....

Muar pernah menjadi saksi kepada permulaan keagungan Kesultanan Melayu Melaka 
apabila Parameswara Iskandar Syah memudiki Sungai Muar sebelum memerintah 
negeri Melaka dari tahun 1394 hingga 1414. Malah baginda juga dikatakan pernah 
cuba membuka kota di Muar yang dikenali sebagai Biawak Busuk dan Kota Buruk 
tetapi gagal.

Sungai Muar juga pernah menjadi saksi kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka di 
tangan Portugis pimpinan Alfonso D'Albuquere pada tahun 24 Ogos 1511. Di sungai 
inilah angkatan Sultan Mahmud Shah mengundur diri daripada serangan Portugis. 
Baginda membina kubu pertahanan di Bentayan (kini tapak kubu itu dijadikan Stesen 
Bas Ekspress Bentayan (Bas Ekspress/Bas Pagoh) dan teksi) tetapi pihak Portugis 
berjaya mengesannya.





Baginda dan pengikutnya melarikan diri ke Kota Biawak Busuk dan seterusnya ke 
Kota Pagoh (Kuala Pagoh). Kota Pagoh dikatakan antara kota yang menarik kerana 
diperbuat daripada tanah liat. Kesannya masih boleh dilihat sehingga kini walaupun 
telah terhakis ditelan zaman.

Di bumi bertuah ini juga pernah menyaksikan kehebatan wira bangsa dalam 
mempertahankan maruah bangsa, negara dan agamanya yang tercinta walaupun 
nyawa menjadi taruhan. Itulah Muar yang tercinta...



Tapi sayang....kubu pertahanan terakhir Kerajaan Melayu Melaka yang menyaksikan 
begitu ramai pahlawan pahlawan Melayu yang gugur cuba mempertahankannya kini telah 
DITAWAN DAP hanya kerana Melayu di P145 Bakri berpecah belah kerana termakan 
momokanparti pembangkang dan tidak kurang juga yang mengkhianati bangsa mereka 
sendiri untuk mendapatkan sedikit kuasa sedangkan kuasa sebenar berada ditangan 
pemimpin Ultra-Kiasu DAP yang menjadi wakil rakyat mereka sebelum ini.

Kini Ultra-Kiasu DAP merancang lagi..

Rancangan mereka kali ini ingin meluaskan kuasa dan pengaruh mereka melepasi sempadan
Kubu Bentayan dan bertapak di #P146 Muar dengan menggunakan BIAWAK BIAWAK PKR 
dan Pas.Asakan yang gagal menembusi KUBU P146 MUAR dan berjaya dipatahkan Dato @razaliibrahim dalam pertempuran 2008 kini digandakan dengan menggunakan BIAWAK 
BIAWAK LIDAH TERJELIR Hizwan dan rakan rakannya dalam Pas yang juga saudagar 
mimpi menjual agama ta ra ba lam alif kaf...


Ini bukan lagi biawak lidah bercabang tetapi..
bercabang berbelit belit

Jadi kepada saudara saudaraku pengundi #P146 sedarlah 
akan permainan ini.Jangan sekali terpedaya dengan janji janji manis ketiga ekur BIAWAK diatas 
yang kalau anda pilih akan hanya pandai mencari isu selama sepenggal dan bukan jadi penyelesai masaalah yang hebat mereka bangkitkan waktu ini.Memetik kata kata Dato @razaliibrahim..
"Nak jadi pemimpin bukan setakat pandai cari isu tapi jadi orang yang selesaikan isu..
Kalau hanya pandai cari isu semua orang boleh jadi pemimpin..".Fahamkan...

Jangan jadikan usaha aku meninggalkan kubu aku di Dun Bukit Antarabangsa dan datang 
bertempur di Kubu Muar ini semata mata kerana mengekori BIAWAK si Hizwan ini jadi
sia sia.Ini biawak yang tinggal dikawasan aku di Ampang dan pernah menjadi Setpol 
kepada Zuraidah Mak Lampir yang aku kenal sangat latar belakangnya...

Tunggu bila aku londehkan kulit biawak ini...

P/S : Wanbia(bia..singkatan biawak),aku dengar kata IJAZAH ko dari London
          ..betul ke?
          Ko buat twinning prgm atau ko pegi London belajar?
          Ceciter sikit.....


Santai #P146 @razaliibrahim Muar River Cruise @P146Muar


Hari ini aku santai sikit jadi kesempatan yang ada aku gunakan untuk menyusuri
Sungai Muar dan melihat jambatan kedua yang belum lagi aku lihat sejak seminggu disini
menggunakanperkhidmatan Muar River Cruise yang bermula di Jeti Tanjung Emas.
Selama di Muar aku hanya berkesempatan menyelusuri kehidupan penduduk yang tinggal
disepanjang Sg.Muar tapi kali ini aku cuba melihat dari sudut pandangan yang berbeza

Cruise ini memakan masa 40 minit pergi dan balik dan bayaran yang dikenakan amatlah
berpatutan sekali dan cukup berbaloi.Pemandangan Bandar Muar dan kehidupan sepanjang
sungai cukup mengujakan jika dilihat dari dalam bot,apatahlagi dengan suasana tiupan angin
yang sederhana kuat menerjah kemuka kita...asyik sekali.

Siapa yang belum pernah mencuba patut mencuba menyusuri Sg.Muar ini.

SILA KLIK UNTUK IMEJ LEBIH JELAS