Pages

"Panglima Lube-Oil" dan "Panglima Tukang Baca Talqin"


Mungkin Pakatan Rakyat atau lebih tepat Parti Keadilan Rakyat (PKR) amat berbangga bila dikatakan "4 Bekas Panglima ATM" menyokong perjuangan mereka.Maka diaraklah bekas bekas Jenderal ini kehulu kehilir berceramah diatas pentas pentas ceramah politik mereka cuba menggambarkan yang "Empat Samdol" ini kononnya menggambarkan sokongan tentera yang sedang berkhidmat mahupun yang telah bersara terhadap pejuangan Pakatan Rakyat ingin menguasai Putrajaya dalam PRU13 nanti.



Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid, yang juga bekas Panglima Angkata Tentera Darat Malaysia, Briged Jeneral Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab dan Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid (Laut) dan Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad (Kagat) adalah empat bekas "panglima" ATM yang setakat ini telah "jatuh cinta" dengan temberang Anwar Ibrahim.

Buat masa ini aku simpan dulu komen aku pasal "2 panglima" yang pernah berkhidmat untuk Tentera Darat iaitu Datuk Ghafir dan Datuk Abdul Hadi dan hanya nak komen tentang yang dua orang lagi tu Laksmana (B)Imran dan Datuk Najmi.


Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad (Kagat) berkhidmat untuk Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) jadi kerja dia ajar anak anak tentera dan ibu bapa mereka mengaji mukaddam (Iqra').Jadi lepas ini kalau Pas nak perah keringat dia untuk "mempolitikan" agama eluk sangat lah tu...Jadi kita tak perlulah kita tanya dia pasal "strategi dan taktikal" berhubung krisis #LahadDatu sebab dia hanya mahir "mandikan jenazah" dan "baca talkin" kalau ada tentera atau orang awam meninggal dalam kem...itu bidang dia.Jadi sebab dia tak ada "otak pembelit" macam Datuk Jamil Khir Baharom Menteri Agama kita yang terjun kedalam politik maka bila bersara dia jadi orang biasa biasa aje.Jadi hari ini mungkin bila melihat Jamil Khir Baharom tetiba dia dah tak mau jadi biasa biasa tapi nak jadi "orang luarbiasa" maka dia masuklah Pas...


Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid (Laut) baru baru ini menjadi bahan lawak bila dia KOMEN pasal apa yang berlaku di #LahadDatu seolah olah semasa berkhidmat dalam Navy dulu dia terlibat dalam secara langsung dalam "strategi dan taktikal" mengawal perairan negara dari dibolosi pihak luar.Sedangkan hakikatnya semasa masih didalam Tentera Laut dia dikenali sebagai "PANGLIMA LUBE-OIL" atau "panglima minyak pelincir",yang bertanggungjawap memastikan setiap enjin kapal (asset) Tentera Laut kita senantiasa cukup minyak pelincir.Dalam ertikata lain dia lebih dibahagian "workshop dan mekanikal" dan bukan dibahagian "TAKTIKAL".Jadi untuk "orang engine kapal" nak bercakap pasal apa yang berlaku di #LahadDatu memang kelakar giler dan mungkin memberi isyarat yang salah kepada rakyat terutama pengikut taksub Pas dan Pakatan Rakyat.Sehinggakan sahabat aku bekas Laksmana pun ketawa terbahak bahak..

Dipendekan cerita bukan aku nak mengutuk atau memperkecilkan JASA mereka mereka ini semasa berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia...ya mereka mereka diatas telah berjasa kepada negara dan rakyat negara ini semasa berkhidmat.

Tetapi...

Sewajarnya mereka ini terus BERSARA DENGAN HORMAT dan tidak melibatkan diri mereka dalam kancah "NAJIS POLITIK" yang memang semua sedia maklum KOTOR.Memilih politik selepas bersara hanya mengundang bermacam andaian dan persepsi dari rakyat yang pernah mereka lindungi dan aku tidak terkecuali....

Jadi kepada ANDA SEMUA bersedialah menerima realiti hidup sebagai "orang awam" yang melibatkan diri dalam politik dan jangan diungkit JASA-BAKTI anda kepada kami semua sebelum ini kerana anda sendiri yang memilih jalan ini... 

I SALUTE YOU ALL FOR THE VERY LAST TIME...