Pages

Panggilan terakhir untuk bloggers/facebookers pro-Umno


Ini adalah panggilan terakhir untuk bloggers/facebookers pro-Umno untuk menyertai Himpunan Janda Baik Siri II pada hari Sabtu 9hb dan Ahad 10 hb March akan datang.Setakat ini aku diberitahu Unit Media Baru (UMB) yang diketuai Tun Faisal akan menghantar 15-20 orang bloggers mereka manakala melalui email yang dihantar kepada aku secara peribadi dah ada 10 penyertaan.

Yang masih samar samar ialah BELUM ADA WAKIL PEMBAHAS DARI UMNO yang memberi persetujuan untuk bersama dalam program ini manakala dipihak Pakatan Rakyat dikhabarkan Husam Musa dan Rafizi Ramli sudah memberikan persetujuan untuk program SOAL JAWAP.Khairy Jamaluddin dah aku jemput dan dia bagi jawapan di FB dia..."Ada aku kisah...?",jadi kalau KJ dah tak kisah ada sape sape dipihak Umno yang kisah tak?Lokman Nor Adam dah aku jemput sewaktu bertemu di Umno Selangor dan dia kata "YA"...cuma tak pasti YA dia ada titik atau takde titik sebab aku tenguk banyak banner dialam maya yang menunjukan dia banyak program untuk 9&10 hb jauh dari KL...

Jadi buat masa ini status Umno masih telorlesss....


Peserta boleh memmilih untuk bermalam didalam rumah yang ada
atau didalam kemah kemah yang disediakan...

Pada yang masih berfikir fikir dan belum buat keputusan dibawah adalah program untuk 9&10hb..


Aturcara - 9-3-2013

12.30 tengahari - Kita belasah dulu makanan yang telah dihidangkan. Lepas kenyang, siapa nak mandi dan solat dulu korang pikirlah sendiri.

2.30 petang - Maka bersedialah merelakan telinga untuk mendengar Abah dan penceramah membebel.

4. 30 petang - Korang terpaksa berhenti sekejap untuk sejukkan telinga dengan minum petang untuk cari idea untuk meluahkan perasaan pula pada Abah dan penceremah.Tak kan Listen Listen Listen jer. Jangan lupa untuk bergosip.

5,00 petang - Luahan perasaan

6.00 petang - Menunggang kuda dan peraduan memancing ikan tengas. Lima hamper disediakan pada mereka yang terbanyak dapat ikan.

8.30 malam - BBQ kambing bakar dengan nasi beriani bersama anak yatim.

9.30 malam - Kita melalak sampai pagi. Dont worry sebab ada tiga mikrofon untuk tunjuk bakat jadi penyanyai macam video dibawah. Terima kasih pada Captain Zaini (yang main gitar) kerana sudi menaja kelengkapan muzik.

11.30 malam - Kalau ada mood kita main bola api dan satu lagi permainan paranomal yang baru bertajuk 'SAYANG PM'. hu hu.

1.00 pagi - Makan ringan untuk isi perut tengah malam (Apple Pie atau sandwich? ermmph?). Jagung disediakan untuk korang bakar sendiri kat unggun api.

Aturcara - 10-3-2013

9 pagi - Siapa yang bangun pagi korang belasahlah dulu. Yang bangun lambat tu jawabnya makan tengahari jerlah but dont worry kami masak lebih untuk sarapan.

9.30 pagi - Beberapa penceramah jemputan akan membebel.

11.00 pagi - Rehat jap pekena kopi

11.30 pagi - Giliran korang plak untuk bantai balik penceramah yang membebel tadi.

1.00 tengahari - Makan bersama kanak-kanak tahfiz.

2.00 petang - Abah dan penceramah akan melegakan fikiran anda.

4.30 petang - Minum dan bermaafan. Pastu korang boleh balik sebab giliran kami nak berkemas plak.

UNTUK ANDA YANG INGIN MENGETAHUI LEBIH LANJUT INFO MENGENAI PROGRAM INI BOLEH LAYARI BLOG UncleseekersV2