Pages

Kalau kita mahu berfikir... @NajibRazak


LA TATA HAR RAKU ZAR RATUN BI IZ NILLAH
Tiada bergerak sesuatu walau sebesar zahrah sekalian melainkan dengan IZIN Allah
WA LA HAU LA WALA QUWWA TA ILLA BILLAH
Tiada DAYA UPAYA melainkan dengan KUDRAT Allah

"Tiada bergerak sesuatu walau sebesar zahrah sekalian melainkan dengan izin Allah"...

Apa yang boleh kita faham dari ungkapan ayat diatas walau kerap kita ungkapkan dan kerapkali kita dengar?Mungkin sekadar "ungkapan kosong" tanpa roh dan pengertian akan maksud sebenar ayat diatas....

Maka jadilah kehidupan kita haru-biru tidak keruan kerana memikirkan semua yang berlaku keatas diri kita dalam kehidupan seharian dan apa yang kita lalui adalah kerja-buat dan hasil tangan kita sendiri tanpa mahu memikirkan secara tersiratnya semuanya adalah diatas kehendak dan izin Allah Subhana Wa Taala.Benar...kita adalah "asbab" atas apa jua yang kita lalui BAIK atau BURUK mengikut pilihan masing masing,tapi...pernahkah kita berfikir sejenak MENGAPA dan KENAPA?

SIAPA,BILA dan DIMANA semua ini ditentukan?

Menyebut "Lauhul Mahfuz" dan "Azali" janganlah semudah menyebut nama lagu "Madah Berhelah Ziana Zain" jika pengertiannya tidak kita serapkan betul betul dijiwa kita dan kita selaraskan  dengan tunggak rukun keimanan kita yang enam itu supaya pengertiannya tidak jadi sia sia....hambar sebagai penyeri bibir penyedap kata kata.

Mengambil iktibar dua ayat diatas lantas memandang senario "kecelaruan politik" negara hari ini mungkin bagi yang "memahami" mereka hanya akan menguntumkan senyuman nakal yang payah nak diterjemahkan.Tapi bagi yang masih "kabur" dengan pengertian dua ayat diatas dan masih kurang mengerti maksud 'Lauhul Mahfuz' dan 'Sebelum Azali' pastinya apa yang berlaku dalam politik negara hari ini membuatkan mereka bimbang tidak bersebab,baik mereka yang kini menjadi pemerintah mahupun mereka yang bercita cita mahu merampas tampuk pemerintahan negara.

Siang malam pagi petang hidup mereka dipenuhi dengan PERANCANGAN hingga mereka semua terlupa bahawa Allah Taala ada perancanganNYA sendiri mengatasi apa yang mereka rancangkan siang dan malam 24/7

Berbalik kepada senario politk negara aku mengambil pendekatan mudah...

Kita lakukan apa yang terbaik,selebihnya kita serahkan kepada Allah Taala untuk menentukannya kerana DIA lebih tahu apa yang tidak kita ketahui.Berpada pada dalam gerak-kerja kita untuk cuba memenangi pilihanraya tapi jangan sampai memudharatkan umah dan menjadi punca PERPECAHAN sesama kita umat Islam dan orang Melayu.

Walaupun aku ini "blogger mesra Umno" tapi aku menganggap kehadhiran Anwar Ibrahim dalam kancah politik negara sebagai satu "RAHMAT" dari Allah Taala kepada umat Melayu dan umat Islam dinegara ini.

Kenapa aku berfikiran begitu ????

Tanpa Anwar Ibrahim tidak mungkin UBN akan kalah 5 negeri dan GAGAL mendapatkan majoriti 2/3 di parlimen dalam PRU yang lepas.

Kalau UBN tidak tewas dan merasa kuasa mereka mula tercabar dengan kehadhiran Anwar Ibrahim mana mungkin rakyat hari ini merasa limpahan R1M yang mereka rasai hari ini dari kerajaan...BR1M,KR1M,TR1M dan macam macam R1M yang aku dah tak tahu nak kira...

Hari ini "KEPAK" Pemimpin Pemimpin Umno yang suatu masa dahulu kembang melebar kini hanya tinggal "bulu bulu basah" yang menyulitkan mereka untuk terbang tinggi dan terbang jauh saperti sebelumnya,maka ramailah diantara mereka yang dah mula SEDAR akan kepentingan turun padang dan bertemu dengan rakyat.Tidak saperti sebelum ini dimana agenda turun padang mereka hanya berpusat di padang padang Golf sahaja.

Siapa yang boleh mempertikaikan bahawa "Faktor Anwar Ibrahim" lah yang memungkinkan perkara perkara diatas terjadi.Tanpa faktor ini mungkin Pemimpin Umno masih lena dibuai mimpi dalam keegoaan dan kesombongan yang kronik.Maka itu aku mengganggap kehadhiran Anwar sebagai satu "rahmat" Allah Taala kepada umat Melayu dan Islam dinegara ini terutamanya untuk Umno untuk bermuhasabah diri dan mengambil iktibar....

TAPI...

Aku kira setakat itu sahajalah PERANAN yang boleh dan telah dimainkan Anwar Ibrahim demi memberi kesedaran kepada parti pemerintah.Kini Anwar Ibrahim harus menarik diri dari kancah politik negara dan membiarkan orang lain meneruskannya.

Anwar dengan segala tok nenek masaalah dan skandal songsang TIDAK LAYAK untuk menjadi khalifah untuk bumi bertuah ini.(itu kata aku tapi andaikata Allah Taala ada rancanganNya sendiri untuk Anwar...aku redho).Ketahuilah Umno sudah belajar dari kesilapannya dan terus berusaha memperbaiki kesilapannya.Contoh paling baik adalah Umno pernah mendesak Presiden mereka yang juga Perdana Menteri ketika itu Paklah untuk melepaskan jawatannya atas ketidakpuasan hati ahlinya dan rakyat negara ini.

Pernahkah ikatan loggar parti parti dalam Pakatan Rakyat ada KEBERANIAN untuk melakukan perkara yang serupa?

Kita fikir-fikirkan....

WaAllahu'alam...