Pages

Gambar gambar eksklusif menyayat hati anak arwah Isp Zul...


"Tak nak jadi polis nanti mati kena bom macam ayah..",
Itu kata kata anak arwah Isp.Zul.

Hati mana yang tak sayu bila mendengar ungkapan anak kecil ini semasa menyambut jenazah ayahnya yang terkorban dalam Tragedi Lahad Datu di TUDM Subang hari ini.Anak kecil yang belum mengerti apa apa tapi meluahkan apa yang dia rasa tentang kehilangan ayah tercinta,


Turut menyambut jenazah di TUDM Subang tadi adalah DYMM Raja Permaisuri Agong,Perdana Menteri dan isteri,TS Khalid Ibrahim MB Selangor,Datuk Shahrizat Jalil.Jenazah Insp.Zulkifli kemudiannya diterbangkan ke Teregganu manakala jenazah Kopral Sabaruddin dibawa ke Sabak Bernam untuk upacara pengkebumian dikampung halaman masing masing.



Hampir 1200 orang hadhir di TUDM Subang menyambut ketibaan kedua jenazah wira negara yang gugur di Lahad Datu dan suasana muram menyelubungi suasana kecuali untuk Abby Abadi dan Tian Chua yang "bergembira" mempolimik tragedi ini sebagai bahan senda gurau mereka (sila lihat tweet Abby diatas).Apa nak jadi "anjing" dua ekur ini aku pun dah tak reti nak kata apa...