Pages

Darah,Keringat Dan Air Mata Pejuang...Jasamu Dikenang.


SUMBER ARTIKEL DAN GAMBAR DARI

Subang - 2 Mac 2013 : Jenazah Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat dan Koperal Sabarudin Daud yang gugur dimedan tempur dalam Op Sulu selamat tiba di Pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada jam lebih kurang 12 setengah tengahari tadi.

Sehubungan itu, Dato’ Seri Najib bin Abdul Razak, Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah binti Mansor yang turut hadir memberikan penghormatan terakhir kepada kedua-kedua wira negara ini serta memberi jaminan bahawa nasib keluarga mangsa akan mendapat pembelaan yang sewajarnya. 

Difahamkan bahawa kumpulan penceroboh ini telah bertindak sebagai “pengecut” dengan mengibarkan bendera putih kononnya sebagai tanda menyerah diri sebelum memerangkap anggota komando VAT69 dan melepaskan tembakan kearah mereka di Kampung Tanduo,Lahad Datu, semalam.

Pada masa yang sama DYMM Permaisuri Agong Seri Paduka Baginda Tuanku Hajah Haminah binti Hamidun turut bersama-sama mencemar duli menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa yang terlibat serta berkongsi rasa simpati terhadap mereka. 


Seluruh warga PDRM merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan tidak sekali-kali akan menjadikan pengorbanan wira-wira negara ini sesuatu yang sia-sia bahkan ia menjadi sumbu yang menyemarakkan semangat wira-wira yang masih diperbatasan untuk terus merobos kumpulan penceroboh ini sehingga ke lubang cacing.

Turut hadir memberikan penghormatan terakhir ialah Tan Sri Dato’ Sri Khalid Bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, Pengarah-pengarah PDRM, Pegawai-pegawai kanan PDRM ,Pegawai-pegawai kanan Tentera , anggota-anggota PDRM dan ATM serta sanak saudara mangsa.

































GAMBAR GAMBAR SEKITAR PENGKEBUMIAN WIRA NEGARA
ALLAHYARHAM INSP.ZULKIFLI














GAMBAR GAMBAR SEKITAR PENGKEBUMIAN WIRA NEGARA
ALLAHYARHAM KPL SABARUDDIN