Pages

Bengkel penulisan ALXS University Of Life Janda Baik - Part 1


Penampilan yang agak berbeza Pak Habib siang tadi..

Pagi tadi aku sempat singgah ke Wadi Hussein Janda Baik menghadiri bengkel penulisan yang dianjurkan Pak Habib aka Syed Hussein Al-Attas dan ALXS University Of Life.Aku tiba agak lewat sedikit dari peserta lain yang memulakan sessi jam 9:00 pagi kerana beberapa perkara yang terpaksa aku selesaikan dahulu tapi sempat menjamah makan tengahari.

Banyak pengalaman dan ilmu penulisan yang dikongsikan Pak Habib dengan peserta termasuk dari seorang penulis wanita yang telah menghasilkan 40 buah buku(aku pastikan namanya kemudian) yang turut hadhir tanpa dirancang dan seorang Professor Fizik/Metafizik Melayu Pertama yang pernah bersama University Malaya(namanya juga akan nyatakan kemudian),Petronas dan pernah menjadi penasihat Kerajaan Malaysia dalam bidang strategik dan keselamatan.

Bengkel tamat menjelang waktu maghrib dan amat berguna untuk mereka mereka yang berminat untuk menceburi bidang penulisan buku.

GAMBAR GAMBAR BENGKEL SEHARI

SILA KLIK IMEJ UNTUK GAMBAR LEBIH JELAS


Antara peserta yang hadhir..



Yang ini putera kebangaan aku...






Tekun mendengar perkongsian dari abah...
 




Sarah yang kini menjadi tenaga penggerak program sewaktu
ketiadaan Oma..


Aksi aksi abah...




























Inilah penulis wanita yang aku maksudkan yang telah menulis 40 buku yang
aku cuba dapatkan biodata penuhnya untuk dikongsikan...



Pak Habib ambil break seketika...









Bengkel berhenti untuk makan tengahari...
Mana tempat yang membolehkan anda makan dalam situasi begini..



Abah mendengar sesuatu yang amat menarik dari Shahir..



Ada kejutan dari Shahir dalam waktu terdekat...





Menu masakan kampung yang amat menyelerakan...







Selera nampak semuanya...


Aku belasah pisang ini sebiji tadi sebab menyangkakan untuk dimakan..
Tapi bila diperhatikan betul betul ianya untuk burung dalam sangkar diatas..sorry burung.







Turn anak aku pula membebel...




Pemandangan cantik Taman Hana..



Ini pokok kedondong yang aku tanam 2 minggu sudah.Kata abah kalau ianya
berbuah kelak pasti jadi tumpuan wanita hamil yang singgah disini..
Masa itu tak pasti sama ada aku masih ada atau sudah innalillah..


Sessi bersambung selepas makan tengahari..



Tiba tiba satu Janda Baik power failure hampir 3 jam..



Perkongsian oleh Dr.Azizan...


Bengkel berhenti untuk minum petang...

BERSAMBUNG KE PART 2...