Pages

Melayu halau Melayu dari bandar.


Sekitar tahun 60an begitu banyak kawasan kawasan setinggan yang tumbuh didalam bandar Kuala Lumpur mahupun dipinggir pinggir bandar hasil penghijrahan masyarakat luar bandar atas faktor ekonomi.Rata rata "peneroka bandar" ini terdiri dari bangsa Melayu walaupun ada juga dikalangan setinggan ini dari bangsa Cina dan India.

Kawasan kawasan setinggan saperti Kg Abdullah Hukum,Kg Kerinchi,Kg Pantai Dalam,Kg Pasir Setapak,Kg Sentosa,Kg Medan adalah beberapa nama penempatan setinggan yang terkenal diantara banyak lagi penempatan setinggan yang pernah wujud di ibukota Kuala Lumpur mahupun dikawasan pinggiran nya.


Atas kepesatan ekonomi dan pembangunan yang berlaku terhadap negara terutamanya diera pemerintahan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun kebanyakan penempatan setinggan ini kini tinggal sejarah sahaja bila hampir kesemua kawasan ini telah dibangunkan oleh DBKL mahupun pemaju swasta bagi tujuan perumahan mahupun komersil.

Ada pembangunan yang menggunapakai nama asal penempatan setinggan ini,tapi kebanyakkan nama asal kawasan ini terus dilupakan sehinggakan sejarah dan namanya menjadi begitu asing kepada generasi terkemudian hari ini.

Kepesatan pembangunan yang berpusat dalam bandaraya Kuala Lumput diawal 80an telah menjadikan kawasan kawasan setinggan dalam bandaraya saperti "lubuk emas" para pemaju hartanah apatahlagi dengan konsep pengswastaan yang baru diperkenalkan oleh kerajaan yang waktu itu diterajui DS Dr.Mahathir.Dengan budaya "who you know" ketika itu tanpa perlu kepada "what you know" ramai golongan "opportunis opportunis politik" yang rapat dengan pucuk  pimpinan negara berjaya mendapatkan tanah kawasan setinggan ini atas nama "pembangunan semula" yang akhirnya menyerahkan semua kepentingan mereka ini kepada "rakan kongsi" bangsa Cina untuk kekayaan segera tanpa mahu diusahakan sendiri apatahlagi untuk memikirkan tentang nasib bangsa mereka sendiri yang mendiami kawasan setinggan ini.Semua ini dilakukan atas nama KEUNTUNGAN.



Pemaju pemaju bangsa Cina "rakan kongsi" Ali dan Kassim Baba ini pula akhirnya membangunkan kawasan kawasan setinggan ini tadi menjadikannya hartanah komersil yang tidak mampu dibeli dan dimiliki oleh orang Melayu setelah memperuntukan sebahagian kecilnya untuk penempatan semula setinggan asal saperti yang disyaratkan DBKL kepada setiap pemaju.Manakan tidak bilamana mereka terpaksa mengeluarkan "under dan upper the table" segala macam tok nenek sogokkan kepada opportunis politik tadi.

Maka wujudlah "rumah rumah burung merpati"(nama jolokan untuk flat yang dibina DBKL atau pemaju swasta) untuk penempatan semula penduduk penduduk setinggan yang kawasan mereka telah dirobohkan untuk pembangunan semula.Maka dari kawasan setinggan berkeluasan puluhan malah ada yang ratusan ekar yang pernah didiami oleh orang Melayu walaupun berstatus "haram" kini mereka ditempatkan semula dalam kawasan tak sampai 4 ekar...tu dia 27 tingkat keatas dikenali sebagai PPRT(Projek Perumahan Rakyat Termiskin) yang kemudiannya  'T' itu terpaksa digugurkan DBKL kerana dikatakan menghina orang Melayu dan hari ini kekal sebagai Projek Perumahan Rakyat ataupun PPR.





"Pakej Bonus" masaalah sosial pemberian DBKL kepada
para penghuni flat DBKL

Dari mendiami tanah "haram" beratus ratus ekar luasnya akhirnya Melayu Melayu ini ditempatkan didalam kawasan "halal" tidak sampai 4 ekar 20-27 tingkat keatas dan diberi "hadiah bonus" masaalah sosial berupa mat rempit,salahguna dadah,bohsia,bohjan dan macam macam lagi masaalah sosial,semuanya kerana Melayu Melayu setinggan ini dan keluarga mereka yang besar disumbat dalam kotak satu,dua atau tiga bilik yang hanya layak  diduduki oleh keluarga kecil tidak melebehi 3 orang.

Kenapa ini terjadi kepada bangsa Melayu peneroka bandar ini?

Bukankah pemimpin Melayu sendiri yang bertanggung jawap menggubal dasar saperti ini sehingga menjadikan orang Melayu terpinggir di ibukota mereka sendiri?Tolak Kampung Bharu kenapa tidak diwujudakan lebih banyak penempatan orang Melayu saperti penempatan kaum Cina dipinggir bandar saperti di Air Panas Setapak,Jinjang,Kepong New Village,Ampang New Village,Salak South New Village dan banyak lagi kalau aku nak tulis...

Persetan "sejarah darurat" kalau itu alasan yang nak diberikan pempimpin Melayu tentang kewujudan New Village Cina ini!Sebab kalau korang boleh wujudkan new village untuk kaum Cina atas alasan tok nenek apa sekalipun  kenapa korang tak boleh wujudkan lebih banyak kampung yang serupa untuk bangsa sendiri?Kenapa?



Pembangunan di Sungei Buloh



Biarlah ianya jauh sedikit contohnya saperti dikawasan Sungei Buloh,Kuang,Rawang,Puncak Alam,Ijok,Batang Kali,Kuala Kubu dan bersamaan dengannya sekalipun.Kalau ini dilakukan lama dahulu hari ini pastinya setinggan setinggan Melayu ini bergembira kerana nama nama tempat yang aku sebutkan diatas kini turut menerima limpahan pembangunan pesat bila bandaraya Kuala Lumpur sudah tidak mampu dibangunkan lagi kerana kekurangan tanah.Ini tidak!korang kira tembolok korang tanpa memikir masa depan bangsa sendiri.


PPR Air Panas Setapak.
Melayu duduk dalam sarang burung merpati sambil memerhati
dari atas kaum Cina dengan rumah masing masing diatas tanah.
Tanah milik tok moyang Melayu suatu waktu dulu..
Pelik kan?

Hari ini amat malang sekali bila orang Melayu terpaksa diselitkan dicelah celah new village milik bangsa Cina ini saperti PPR Air Panas,PPR Tasek Selatan,PPR Jinjang,PPR Kepong dan lain lain.Berkokoklah orang Melayu kehulu kehilir dengan "Ketuanan Melayu" mereka sedang hakikatnya siapa tuan dan siapa hamba sebenarnya?

Deretan kereta kereta mewah yang menanti saban waktu sepanjang jalan dibalai ketibaan KLIA..

SIAPA YANG DITUNGGU DAN SIAPA MACAI JADI PENUNGGU?

KETUANAN MELAYU MY FOOT!

6 comments:

  1. adus serius sadis. golongan yg berkokok memperjuangkan ketuanan melayu, golongan yg sama memberi melayu duduk dalam sarang burung dan cina duduk atas tanah.

    ReplyDelete
  2. Inilah padahnya bila kecil-kecil diajar main api. Bila dah membakar diri maka melayu hanya mampu berkokok hidup melayu padahal dah nak mampos slow and steady.

    Melayu spesis ini lah yang masih memberi nyawa pada penyamun2 di dalam pertubuhan kongsi terang bergelar umno. Terang2 kena kencing pun tapi masih berkokok hidup melayu.

    Pada aku melayu jenis macam aku lebih baik fikir pasal diri sendiri macam mana nak survive. Bila aku maju maju dengan sendirinya sorang melayu dah maju. Pegi mamposlah siapa nak perintah pun.

    Kalau ditakdirkan umno mampos pun AKU PEDULI APA? Yang penting aku kena fikir macam mana untuk terus hidup. Selama ni ada umno tolong aku? Boleh aku beli tanah berharga RM2 sekaki persegi di selangor?

    Hanya penyamun yang duduk dalam pertubuhan kongsi terang saja yang layak untuk menikmati skim SAT1M.

    So... dipendekkan cerita... UMNO BOLEH PEGI MAMPOS

    ReplyDelete
  3. Aku da alami memang melayu mkm melayu

    ReplyDelete
  4. Aku da alami memang melayu mkm melayu

    ReplyDelete
  5. LOL at "Ketuanan Malayu My Foot".... btw, kredit utk penulisan bagus.. harap ada yg bangkit dari lena... :)

    ReplyDelete
  6. Berapa byk tanah kerajaan di KL dijual pada kroni2 untuk buat projek mewah.. tgk tanah rumah panjang di taman sri rampai, tepi lombong.. asal tanah kerajaan.. last2 ada kutu berahak mana jual tanah kerajaan pada kroni buat projek lot kedai harga sampai RM700k seunit.. melayu miskin rumah panjang dipindah duduk rumah sarang merpati.. kutu berahak duk kira duit komisen 3 tahun xhabis kira lagi.. HIDUP UMNO.. haakkk tuuuiiihhh..

    ReplyDelete

Memandangkan aku buka platform blog ini kepada Penulis Penulis Jemputan sebagai satu keluarga besar APA maka aku buka kembali ruang komen blog ini untuk anda para pembaca bertukar tukar pendapat tentang artikel yang disiarkan.

Kepada "pencinta pencinta" aku yang memang suka memaki hamun aku selama ini kena tenguk dulu artikel siapa dan penulisnya kerana blog APA kini ada 10 orang penulis tetap.Jangan maki hamun salah orang...maki hamun aku tak apa.

HARAP MAKLUM

Note: Only a member of this blog may post a comment.