Pages

Isu Lahad Datu - Part 2.


Walaupun banyak spekulasi sebelum ini tentang wajah sebenar
Amenoworld..tapi aku suka membayangkan wajahnya begini.Hik hik hik..

Aku tabik spring kat blogger Amenoworld kerana mengulas Isu Lahad Datu ini dengan fikiran dan hati yang terbuka walaupun ramai bloggers Umno memberikan "KUTUKAN DEWATA" tahap dewa kepada beliau.

Walaupun sering berbeza pendapat tentang politik tapi bila melibatkan isu keselamatan dan kepentingan negara Amenoworld aku lihat amat rasional dalam ulasan beliau.Atas dasar itu aku cilok 100% ulasan beliau dalam isu ini untuk kita kongsikan bersama dan jangan lupa baca PART 1 dulu sebelum cuba khatam isu Lahad Datu ini.

*******************************************

Part 1 disini. Baca dan fahami tue dulu sebelum melangkah ke part 2. Kang faham sekerat2 jadi tak best pula perbincangan kita disini. Actually ada yang ingat sesaje kita tulis disini atas alasan nak blame current government.

Jangan salah faham. Artikel neh bukan nak salahkan sesiapa. Ia just penulisan yang berharap agar kerajaan selesaikan kemelut di sabah secepat yang mungkin. Ini kerana kita perlu menjaga kedaulatan negara kita. Kita tak patut biarkan penceroboh2 itu melakukan keganasan di sabah.

Bagi yang mengatakan pencerobohan itu satu lakonan, aku rasa itu tak tepat. Ada juga yang mengatakan pencerobohan itu didalangi oleh Anwar Ibrahim. Kata bloggers umno, Anwar Ibrahim berkomplot dengan waris sultan sulu untuk menceroboh kawasan sabah, buat kacau bilau untuk huru harakan negara neh.

Bahkan terdapat gambar2 yang disebarkan berkaitan hal tersebut. Ringkasnya pencerobohan ini sebenarnya diketuai, dimisi - i, ataupun dikepalai oleh Anwar Ibrahim. Anwar la lead dan dalangnya. Itulah konklusi dorang. Agak kelakar. Yang neh pun depa ada script rupanya. Aku kagum.

Teruskan kepada perbincangan kita. Rujuk gambar ;










Gambarajah di atas bukan dibuat oleh aku. Nampak tak watermark setiap gambar2 di atas? Gambar2 di atas diperolehi dari mereka dan setelah aku meneliti penulisan mereka terbuktilah mereka adalah orang2 dalam pasukan pertahanan negara kita sekarang. So ulasan mereka memang berkredibel dan boleh dipercayai.

Baca ini pula ;

He appealed to the prime minister to settle the issue through peaceful means.

Just one drop of blood that maybe spilled by the group headed by the rajah muda, and MNLF will come in to help them, he said.

“I hope they will not harm them. They (Kiram's followers) are our brothers. If one drop of their blood is spilled, we might be forced to come to their aid,” the MNLF supremo said.


“Please don't touch them, give them a friendly and brotherly treatment,” Misuari appealed to the prime minister.


Antara penyebab kenapa Hishammuddin berkira2 dalam melakukan sebarang tindakan. Ini juga merupakan satu ugutan kepada Malaysia. Kenyataan Misuari neh boleh di anggap satu ancaman dan ugutan. Tak boleh tidak pasukan pertahanan negara kena bertindak bukan? Kita tak boleh biarkan pencerobohan itu terus berlaku bukan? Rujuk gambarajah 2.

1. Berlindung di kawasan surau. Motif? Penduduk boleh gunakan surau tersebut atau tidak? Surau tersebut surau terbiar atau apa? Mengambilalih surau tue merupakan tindakan apa? Motif jek dorang datang sini untuk apa? Kalau nak berunding boleh je berunding cara baik. Aku tak rasa kerajaan kita kejam pada orang lain melainkan rakyat sendiri jek. Sebab untuk berkuasa depa perlukan kita, bukan orang luar. [Except PATI dan PADI].

2. Berlindung di beberapa buah rumah? Ini satu kekeliruan gak bagi aku. Adakah mereka ada orang2 dalam yang memang tinggal menetap di malaysia dan menyalurkan bantuan kepada mereka?

3. Sejujurnya, nasihat aku, blah saja dari sabah. Duduk la di kawasan yang korang duduk selama ini. Jika ada permintaan lain dan sebagainya, runding tanpa bawa senjata dan ceroboh negara orang. Boleh berbincang cara diplomasi. Tindakan menceroboh dan datang bawa senjata ialah tindakan memprovokasi.

Kalau ko pergi mana2 negara buat perangai macam neh, mana2 negara pun akan tembak korang sampai mampos. Sebab apa? Ceroboh negara orang. Malaysia dah layan cukup bagus dah. Philippines minta lanjutkan tempoh rundingan. Time neh plak kerajaan philippines boleh berunding bagi pihak puak pemisah moro, islam apa seme. Sebelum2 neh tak reti plak nak berunding cara baik. Biasa depa tembak dan bunuh je orang islam.

Sudah tentu ada sesuatu yang terselindung disini. Aku berharap segala2nya akan berakhir dengan baik. Bukan nak bertempur sangat dengan pejuang2 yang mengaku berjuang demi islam neh.. tapi kalau dah cara depa pun semacam jek camne la kita nak bagi muka kan.

Untuk rekod, MNLF [Misuari] minta campurtangan UN untuk uruskan perkara yang berlaku di sabah. Agak kurang ajar disini. Sorry, terikhlas plak.

Mula2 ko datang negara orang bawa senjata. Datang, atau lebih tepat menceroboh kawasan orang. Then orang suruh keluar cara baik, ko takmo. Ko keluarkan statement sebarang serangan ke atas korang akan dianggap tindakan mempertahankan diri padahal kita orang la yang mempertahankan diri sebenarnya. Ko datang rumah kita orang, tapi kita orang plak di anggap menyerang korang. Eh apsal aku teringat isu palestine-israel neh. Arh sudah.

Dan terkini dari Sabah.Net pula menyatakan ;


SABAHKINI.NET menerima maklumat tidak rasmi daripada koresponden bahawa dua daripada 300 orang ketumbukan tentera 'Sultan Sulu' di Kampung Tanduwau, Tungku telah ditembak mati.

Bagaimanapun kata sumber itu lagi, kematian mereka bukan disebabkan tembakan pihak berkuasa Malaysia; sebaliknya bergaduh sesama sendiri kerana kehabisan bekalan makanan dan berselisih pendapat.

Kematian dua tentera itu akan menyebabkan keadaan tegang sebelum ini mungkin akan reda kerana sebahagian besar anggota tentera Sultan Sulu ingin pulang secara aman selagi diberikan ruang dan peluang oleh Kerajaan Malaysia.


Dua mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Haji Musa dan Majid. Menurut Koresponden Sabahkini.net, beliau dan saksi lain mendengar antara enam hingga 10 bunyi tembakan; namun jumlah sebenar kematian dan kecederaan belum dapat disahkan.

Setakat ini pihak berkuasa Malaysia belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung insiden tembak menembak ini.

Hah, elokla tue. Tak sempat kena tembak sesama sendiri dah berbalah. Kira bagus gak taktik pasukan pertahanan negara kita. Sekat dan kacau psikologi depa. Sekat bantuan makanan untuk mereka. Time lapar la mula la rasa bukan2. Biasa la beb. LAPAR. Susah tau nak tahan lapar. Ko ingat SENANG? Kalau senang ramai kurus. Hehehe.

Dan ;

Pencerobohan kumpulan bersenjata kesultanan Sulu di Kampung Tanduo kini memasuki minggu ke tiga dan dijangkakan drama pencerobohan tersebut bakal berakhir dalam tempoh 72 jam.

Anggota keselamatan Malaysia yang mengawal ketat kawasan berkenaan kini berada pada jarak kira-kira 500 meter dari Kampung Tanduo iaitu lokasi kumpulan itu berkumpul sejak 9 Februari lalu.

Sebuah kapal Filipina dijangka tiba kira-kira tengah hari Isnin bagi membantu memindahkan orang awam termasuk lima wanita yang berada dalam kumpulan berjumlah kira-kira 180 orang.

Dipercayai juga pemimpin kumpulan berkenaan, Raja Muda Azzimudie Kiram juga sedang bersiap sedia untuk meninggalkan kampung itu.

Sebelum ini dilaporkan bahawa kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan berkenaan.

Kapal yang bernombor AT296, belayar dari Bongao, Tawi-Tawi ke perkampungan Tanduo di Lahad Datu dan berlabuh di tepi pantai sementara rundingan dengan kumpulan itu berlangsung Ahad malam.

Kalau betul depa nak keluar dalam masa beberapa jam dari sekarang, kita ucapkan babai je la. Orang babai cara baik, kita pun balas la babai mereka cakap baik. Cuma diharapkan lain kali janganla buat perangai tak senonoh macam neh.

Apa2 pun kalau nak runding, kita ada cara dan protokolnya. Tak susah nak jumpa pemimpin2 malaysia kalau korang tue orang luar. Bahkan dibanding dengan aku, korang lagi senang jumpa dan boleh dapat layanan khas. Aku sampai ke mampos, aku ulang, sampai ke mampos takan mendapat apa2 layanan yang korang seme dapat. Begitu la jaraknya perbezaan layanan di antara kita. So gunakan kelebihan yang menjadi impian aku itu, dengan sebaik-baiknya. Jangan menceroboh sabah, kerana dari dulu, malaysia tak menjadi musuh buatmu. Bai.

Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2013/02/isu-lahad-datu-part-2.html#ixzz2Lv7bZYeG

2 comments:

  1. harap rakyat2 malaysia yg di sabah semuanya selamat. takut bila fikir benda ni

    ReplyDelete
  2. Hahahahahaha lucu sangat ler penulis nie le masuk rajalawak nie hehehehehhe
    kaya prof nur misuari malaysia tidak akan serakan borth borneo tampa perang so I tink la kan sebap to la merika wat camto siapa tak kenal malaysia politik hebat hehehehehehe

    ReplyDelete

Memandangkan aku buka platform blog ini kepada Penulis Penulis Jemputan sebagai satu keluarga besar APA maka aku buka kembali ruang komen blog ini untuk anda para pembaca bertukar tukar pendapat tentang artikel yang disiarkan.

Kepada "pencinta pencinta" aku yang memang suka memaki hamun aku selama ini kena tenguk dulu artikel siapa dan penulisnya kerana blog APA kini ada 10 orang penulis tetap.Jangan maki hamun salah orang...maki hamun aku tak apa.

HARAP MAKLUM

Note: Only a member of this blog may post a comment.