Pages

Imbas kembali semasa @NajibRazak masih lagi TPM...


I told you but you never listen..
You dont have to Listen! Listen! Listen!..

Menoleh kebelakang tahun 2008 bila Perwakilan Langkawi Ismail Yaacob memberi teguran dan saranan beliau dalam seloka-tawa kepada @NajibRazak yang ketika itu masih bergelar Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri.

Jika dihalusi video seloka ini yang dibahagi kepada 3 Bahagian seakan apa yang diperkatakan beliau ketika itu kini banyak menjadi kenyataan hasil dari apa yang dilakukan atau tidak dilakukan oleh @NajibRazak mengikut saranan beliau.

Waktu itu aku turut berada didalam Dewan Merdeka dan menyaksikan dewan gamat dengan dekah ketawa para perwakilan dan tidak terkecuali dekah ketawa @NajibRazak sendiri dengan keletah Ismail Yaacob.

Tapi...

Bolehkah @NajibRazak ketawa berdekah dekah saperti waktu itu dengan senario Umno hari ini dan cabaran yang mendepani parti keramat ini lebih lebih lagi dalam menghadapi PRU13 nanti?

Mungkin bila menonton video lama ini @NajibRazak akan terkenang kembali saat saat manis menunggu untuk ditabalkan sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri.Mungkin juga dia akan berkata,"Andaikata aku ikut nasihat dan saranan orang tua Perwakilan Langkawi ini mungkin keadaan Umno hari ini akan jadi lebih baik..".Waallahu'alam...



No comments:

Post a Comment

Memandangkan aku buka platform blog ini kepada Penulis Penulis Jemputan sebagai satu keluarga besar APA maka aku buka kembali ruang komen blog ini untuk anda para pembaca bertukar tukar pendapat tentang artikel yang disiarkan.

Kepada "pencinta pencinta" aku yang memang suka memaki hamun aku selama ini kena tenguk dulu artikel siapa dan penulisnya kerana blog APA kini ada 10 orang penulis tetap.Jangan maki hamun salah orang...maki hamun aku tak apa.

HARAP MAKLUM

Note: Only a member of this blog may post a comment.