Umno masih berkuasa,bukan Perkasa...Betul ke @ahmadmaslan ?


Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan (gambar) hari ini membayangkan bahawa parti itu masih memegang kuasa, bukan Perkasa.

Kenyataan ‘harimau tanpa taring’: Umno masih berkuasa, bukan Perkasa, kata Ahmad Maslan


“Umno mempunyai rangkaian lebih besar berbanding Perkasa.

“Kami mempunyai 20,000 bahagian yang mereka (Perkasa) tidak ada. Kami mempunyai 191 cawangan dan 3.4 juta ahli sementara Perkasa belum lagi mencapai tahap itu,” katanya yang juga Timbalan Menteri Kewangan.


Beliau berkata, ada pada masa tertentu, suara Perkasa nampak seperti “lebih meresap” bergantung kepada kepada isu, tetapi Umno masih tetap “bos”.

“Tetapi, itu adalah pendiriannya dan kita (Umno) tidak mahu mempertikaikannya dengan mereka (Perkasa).

“Kita tidak melihat tindakannya itu sebagai sesuatu yang negatif,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Keusahawanan Melayu Inovatif di Kuala Lumpur, hari ini.

Perkasa hari ini memberi amaran bakal menggantikan parti Melayu terbesar Umno jika mereka gagal mempertahankan hak Melayu dan Bumiputera di negara ini.

Bercakap dalam Persidangan Agung Perkasa ke-4, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, berkata Umno menunjukkan bahawa mereka lemah dan “tidak bertaring” dalam mempertahankan hak Melayu.

“Jika Umno penat, letih dan tidak bertaring, kami daripada Perkasa boleh ambil alih tempat kamu,” kata Ibrahim disambut dengan sorakan hampir 500 perwakilan pertubuhan itu dari seluruh negara di Pusat Islam, Kuala Lumpur, hari ini. – 22 Disember, 2013.

0 comments:

Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts