Pages

Ayam Terlepas Tangan Bau Taik Khinzir @NajibRazak


Harimau lak kalau kejar ayam tak dapat,maka Harimau akan bertukar jadi Kucing Kurap tak ada gigi...Siapa?Siapa siapa ajelah...

Hari ini Jumaat 21hb November 2014 aku kembali aktif menulis diblog ini saperti yang aku janjikan.Sejak selepas PRU13 Mei 2013 memang aku dah hilang kegairahan nak menulis disebabkan beberapa faktor yang tak perlu aku huraikan.Banyak masa aku habiskan berinteraksi dengan kengkawan FB sejak tak menulis diblog,tapi diFB ini memang nampak macam GAH tapi isu yang dibahas dan didebatkan disitu akan mudah dilupakan kerana tidak saperti blog,di FB agak sukar nak cari balik di timeline apa yang diketengahkan dan akhirnya ianya dilupakan.

Sedangkan diblog agak mudah untuk mencari artikel atau isu yang kita ketengahkan tidak kiralah dah berapa lama artikel itu kita tulis selagi blog kita masih wujud.Jadi aku mengambil keputusan untuk kembali menulis secara aktif disini dan dalam masa yang sama tetap berinteraksi di FB.Untuk mukadimah sebagai tanda APA telah kembali,aku akan sentuh tajuk diatas...


PC Hasan Malek berhubung Isu Harga Ron 95 hari ini.


"AYAM TERLEPAS TANGAN BAU TAIK KHINZIR"

Tajuk ini sengaja aku pilih setelah satu info yang masuk ke INBOX aku sebelum solat Jumaat tadi berhubung sidang akhbar Hasan Malek aka Menteri Ayam berhubung penarikan balik subsidi Ron95 mulai 1Dis nanti.Bukan soal turun-naik harga Ron95 yang nak aku sentuh,tapi lebih kepada SIKAP Pemimpin/Menteri dan cara mereka melayan CYTRO CYTRO PRO KERAJAAN yang selama ini siang malam mempertahankan Dasar Kerajaan dan Pemimpin macam HARAMJADAH dan ini bukanlah sekali berlaku tapi sudah acapkali dan sudah tiba masanya aku bersuara.

Sama ada KITA bergelar Cytro Berbayar (jika benar) atau Kita Cytro Fissabilillah (buat kerja percuma),ianya mengenai MARUAH dan PENGIKTIRAFAN kita dimata pemimpin terutamanya dimata PEMIMPIN PEMIMPIN UMNO.


Kenyataan Media yang aku terima melalui in-box aku sebelum Solat Jumaat tadi.



Sudah terlalu kerap CYTRO CYTRO PRO KERAJAAN/UMNO ditinggalkan dalam Sidang Media atau Penguman Penting sesuatu keputusan Kerajaan,sama ada keputusan baru atau penarikan semula keputusan yang telah dibuat Kerajaan sebelum ini walaupun cytro cytro ini mempertahankan nya siang dan malam walaupun tahu ianya TIDAK POPULAR dengan rakyat.Tapi demi mempertahankan keputusan yang Kerajaan telah buat mereka "tampal muka mereka dengan kulit babi" mempertahankan nya.

Akhirnya,bila Kerajaan mengambil keputusan REVERSE cytro cytro ini tidak diberitahu langsung IN-ADVANCE akan tindakan yang bakal diambil Kerajaan berhubung sesuatu ISU,dan terloponglah mereka Ibarat Ayam Terlepas Tangan Bau Taik Ayam Candu.Contoh paling nyata adalah Permansuhan ISA dan Akta Kediaman Terhad,Suap Menyuap antara Mas dan Air Asia dan banyak lagi isu yang aku dah lost count.

Bukan sahaja tidak diberitahu in-advance,tapi bila nak buat Sidang Media pihak yang menghentam Kerajaan siang dan malam saperti Malaysiakini dan Malaysian Insiders yang diberikan keutamaan,lebih dari cytro cytro yang mempertahankan kerajaan siang dan malam bertahun tahun.Ini yang aku perhatikan sejak bertahun tahun terlibat dalam penulisan (aku bukan pejuang ya) dimaya ini,contohnya...PC Hasan Malek hari ini.

Kepada Cytro Yang Dikatakan Berbayar mungkin mereka akan berkata.."Pi mampuihlah aku peduli apa janji masyukkkkk...".

Tapi pada mereka yang "berjuang siang malam tidak dibayar" bahkan mengeluarkan belanja dan duit poket sendiri untuk terus kekal,tidakah ini menimbulkan rasa tidak puas hati?

Sebab itu sejak sekian lama aku mengambil sikap PI MAMPUIH LAH terhadap gerak-kerja mempertahan isu isu ini setelah beberapa kali terkena.Sejak itu aku menulis cara aku sendiri dan tidak terikat untuk menjilat mengampu PEMIMPIN BODOH DAN TINDAKAN BODOH mereka.Aku tambah lagi serbuk perasa bagi sedap lagi ada...kihkihkih.

Jadi aku tulis artikel ini tidak mengharapkan PERUBAHAN SIKAP dari Pemimpin Pemimpin Umno saperti yang aku katakan diatas,kerana rasanya payah mereka nak berubah.Aku tulis sekadar nak mengingatkan diri aku sendiri dan kengkawan penulis maya akan hakikat sebenar kita ini dimata mereka.Mungkin korang dah tahu tapi buat buat tak tahu dan mungkin juga memang korang tak perasan dan tak tahu.Kepada adik adik/anak anak yang baru mula berjinak jinak dengan "perjuangan maya" ini,tak perlulah nak PONG PANG mengaku Pejuang Agama,Bangsa dan Tanah Air...meleleh taik telinga pakcik mendengornya...

Jangan sekadar jadi ANJING ANJING yang menyalak bila disuruh Tuan korang menyalak hanya bila dibaling seketul tulang...lebih malang jika tulang itu TULANG PLASTIK.

Jelajah Selawat Perdana Semarak Mahabbah : University Kuala Lumpur UNIKL


University Kuala Lumpur UNIKL
20hb November 2014
Jam : 9:00 Malam

SILA KLIK UNTUK IMEJ LEBIH JELAS