Pages

Poyo Lagi Mempoyokan : Langkah jangan tak langkah..


Langkah punya langkah terlangkah "Anak Jin" dia jentik telur kita bengkak sampai tahun 2015.
Langkah Jangan Tak Langkah !

Poyo Azali : Menteri paling POYO 2013.....


Kategori ini Hasan Malik meninggalkan pesaing terdekatnya Shahidan Kassim 7 tiang lampu untuk menjuarai nya tanpa banyak masaalah...

Video dibawah hasil kreatif sahabat asyraf2057...terima kasih.

Poyo Segala Poyo : Jom kasi TURUN...


Ini "barang" sudah 3 hari 3 malam naik tak mau TURUN.
JOM KASI TURUN

Poyo Sejarah : Anak Wayang dulu,Anak Wayang sekarang...dan Bapak Wayang


" Lihatlah dunia... aku ni anak wayang",itu adalah ayat keramat yang pernah dilafazkan Allahyarhamah Azean Irdawati yang baru saja meninggalkan kita sewaktu menerima anugerah dalam Festival Filem Malaysia (FMM) awal tahun 80an.


Kenapa agaknya Allahyarhamah Azean melafazkan ayat "Anak Wayang" sambil menitiskan air mata diatas pentas ketika itu?

Kerana dalam era Studio Jalan Ampas banyak filem filem Melayu yang dikeluarkan ketika itu membawa "stigma penghinaan" terhadap anak anak wayang yang terlibat dalam industri filem Melayu dan tidak terkecuali mereka yang terlibat dalam industri awal muzik moden saperti yang digambarkan dalam filem Ibu Mertuaku yang dilakonkan oleh TS P.Ramlee bersama Seniwati Sarimah.Siapa orang lama yang tidak ingat akan dialog dibawah...

Judul Filem : Ibu Mertuaku
Nyonya Mansur : Apa? Doktor kau tu dah gila agaknya!
Nyonya Mansoor : "Kassim Selamat? Siapa dia Kassim Selamat? Lawyer? Magistrate?" - 
Sabariah :"Ahli muzik" -
Nyonya Mansoor : "Ahli muzik? Memang pantang datuk nenek aku ahli muzik. Anak tidak mengenang jasa!!" - 


Tapi masa berubah dan pandangan masyarakat juga turut berubah.Anak Wayang tidak lagi dilihat dan dipandang hina bahkan karier sebagai Anak Wayang menjanjikan dunia glamour yang tidak mungkin dilalui oleh orang biasa saperti kita.Glamour nya dunia ini sehinggakan dicemburui sesetengah PEMIMPIN MUDA POLITIK negara sehingga mereka pun teringin nak tumpang GLAMER dengan meniru lagak Anak Wayang ini dengan #Lifestyle mereka.



Dalam beribu Anak Anak Wayang yang dilahirkan oleh industri hiburan kita sejak sekian lama,tiba tiba kita dikejutkan oleh seorang BAPAK WAYANG berstatus Hollywood baru baru ini...

Hebat....hebat





P/S : Aku panggil Riza ini BAPAK WAYANG sebab dia bertaraf produser bukan pelakon yang selama ini kita panggil Anak Wayang.Cuma satu je pesanan aku....Bapak Wayang tak boleh main wayang tau...

Poyo : KUIH BOM !


Aku suka KUIH BOM tapi aku tak suka BOM yang boleh mengebom macam yang meletup kat Pekan Danok.Kuih BOM sedap tapi BOM aku belum pernah rasa sebab tak pernah cuba makan dan nak tanya mereka yang dah pernah merasa pun tak sempat sebab selalunya selepas makan BOM telinga,mulut dan badan mereka bersepai entah kemana jadi tak boleh nak tanya lagi...

Baru baru ini hebuh pasal satu email yang sebut pasal BOM.Sama ada ianya berkenaan KUIH BOM atau BOM belum pasti lagi...

Poyo Biasa : Aku suka gambar ini...


Aku suka gambar ini sebab ada macam macam color.Ada color putih,color kuning  dan color kelabu taik anjing.Aku suka gambar ini sebab ada orang pakai songkok macam Hari Raya walaupun bukan hari raya....siap ada bunga api lagi.

Paling aku suka tentang gambar ini sebab ada nombor 2014....

Nanti boleh cuba tekan kat Magnum ke...Toto ke...Kuda ke

Amacam tulisan poyo aku?

Poyo Biasa : Kisah kucing kurap...



AMARAN : Kisah kucing ini tiada kena mengena dengan Umno mahupun pemimpinnya baik yang masih hidup atau pun yang telah pergi meninggalkan kita.

Ini kucing kurap.
Orang gelar kucing ini kucing kurap sebab dia ada kurap.
Macam mana dia dapat kurap i dont know.

Aku tak tahu nama kucing kurap ini sebab dia tak pernah bagitau aku nama dia dan aku pun tak pernah tanya dia apa nama dia walaupun kami selalu berinteraksi.Apa juga aku tanya dia,kucing kurap ini akan jawap Meowww.....untuk semua soalan.

Tapi aku suka kucing ini sebab dia selalu tegur aku waktu aku tengah makan.Meowww...aku bagi dia lauk dan dia makan,jadi aku tahu maksud meowww tu..."Mintak sikit makan bro...".Kalau time aku tak makan dia pun datang juga kat meja aku dan bila aku tanya "Nak apa..?.."dia pun jawap Meowww jugak.So aku faham dia kata..."Nothing bro,just datang nak usha lu je..".

Kadang kadang gua suka tanya kucing kurap ni,"Gua ni handsome tak...?",dan dia tetap akan jawap Meowww...maknanya "Lu memang handsome bro macam Aaron Aziz..." Puuyohhhh...

P/S : Gua cuba elak tulis politik selepas ini sebab tak mau bagi orang marah tak tentu pasal.Jadi kalau lepas ini tulisan gua poyo poyo macam ni terima aje lah style penulisan baru gua ni...

Meowwwww....


Kucing yang ini nasib banyak baik...

Umno dan Pemimpin nya dah macam HARAMJADAH ! @NajibRazak @ahmadmaslan @tengkuadnanreal


Gambar dari blog Azree Aziz

Seminggu dua ini aku membaca keluhan para sahabat "Tentera Maya Umno Perdana Menteri" (merujuk Piagam Janda Baik) yang mereka luahkan sama ada diruang maya (fb/tweeter) atau sesama sendiri dalam group WhatsAp atau Blackberry.Rata rata MEREKA mengeluh tentang persiapan untuk menghadapi penggal baru persekolahan 2014 anak masing masing yang masih belum mampu MEREKA sediakan.Minggu ini merupakan minggu terakhir untuk kebanyakan MEREKA melakukan nya dan jalan nya nampak makin buntu bila disaat saat akhir ini WANG yang dicari masih belum ketemu lagi.Diakhir setiap keluhan,ayat yang terpacul..."Inilah nasibnya menjadi Tentera Maya Umno..tidak dipedulikan pemimpin kecuali bila mereka (pemimpin Umno) memerlukan khidmat kita...".

Membaca keluhan rakan rakan yang rasa diri MEREKA tersisih dari perhatian pucuk pimpinan Umno setelah tidak diperlukan lagi sapertimana mereka diperlukan sebelum menghadapi PRU13 dan Pemilihan Umno 2013,hanya mengesahkan satu hal saja tentang Umno...MEREKA MEMANG HARAMJADAH!

Pada aku yang dah biasa DIHARAMJADAHKAN PEMIMPIN UMNO sejak bertahun tahun hal begini bukanlah perkara yang baru aku hadapi sejak menjadi blogger,jadi dah tak menjadi KUDIS pada aku.Cuma sejak selesai Persidangan Umno 2013 yang lalu baru aku benar benar bertekad tidak akan menganggap diri aku ini sebagai BLOGGER PRO UMNO lagi setelah melihat dan melalui "layanan istimewa" yang diberikan oleh UMNO kepada kononnya TENTERA MAYA UMNO yang "diiktiraf " Presiden mereka yang juga Perdana Menteri.

Cuma pada sahabat sahabat yang aku sebutkan diatas mungkin REALITI tidak diperdulikan ini agak payah untuk MEREKA telan setelah bertahun tahun berjuang dialam maya untuk Umno.Mungkin mereka masih lagi mendambakan sikap KEPEDULIAN Pemimpin Umno terhadap kebajikan mereka dalam waktu aman sebelum tiba waktu perang ini.Tapi aku rasa itulah REALITI sebenar tentang sikap kebanyakan Pemimpin Umno dan jika korang terus mengharap keperihatinan mereka terhadap kebajikan korang...takut korang mati tegak mengharap.Jadi usahakanlah cara lain...itu nasihat terbaik aku.

Kelak...

Akan ada suara sumbang BLOGGER JUTAWAN KAYA RAYA yang mengherdik korang semua dengan pertanyaan..."Ada sesiapa Pemimpin Umno yang suruh korang jadi blogger,facebooker,tweeterist selama ini....ada?Kalau ada pergi cari diaorang (Umno) yang suruh korang buat semua ini !..."

"Kalau tak ada buat apa nak bising bising salahkan Umno !!!...",herdik dia lagi.

Betul jugak apa yang Blogger Kaya Raya ini kata pada korang (aku sekali lah tu).Bukan Umno yang panggil kita berjuang untuk mereka tapi kita yang terhegeh hegeh kononnya nak membela Alif Ba Ta...jadi kalau terasa sakit dan pahit tanggunglah sendiri,nak salahkan Umno dan Pemimpinnya nak buat apa!

Kita patut jadikan Blogger Jutawan Kaya Raya ini sebagai idola dan ikon kita untuk berjaya dalam karier kita dialam maya macam dia.Tenguk setiap masa dia update kejayaan dan rezeki yang baru diperolehinya melalui status dia di FB.Itu yang patut kita contohi...bukan komplen komplen komplen...

Cuma...

DIA BELUM BAGITAHU DAN KONGSI DENGAN KITA "KAEDAH" DAN "SUMBER" DIA TETIBA JADI KAYA RAYA DAN "BERJAYA"...itu je.

Jadi sementara dia berfikir sama ada nak kongsi dengan kita "kaedah" dan "sumber" tu,apakata...

Korang semua pergi jual air tebu ke...buka warung nasi lemak ke...untuk cari rezeki yang HALAL bagi makan anak bini korang.

Kalau nak mudah sumber yang HARAM apakata kita jadi BAPAK AYAM kat Pekan Danok.sebab aku dengar ramai bapak bapak ayam yang mati baru baru ini bila Danok kena bom...keh keh keh.

What says you brothers...?

Sementara korang cari modal nak beli mesin air tebu apakata baca kisah antik mengenai isu yang sama yang pernah dikeluarkan tahun 2010 dulu yang diperkatakan oleh Dato Zaini Hassan, Penolong Ketua Pengarang Utusan Malaysia waktu itu http://asreeaziz.blogspot.com/2010/11/aku-benci-umno-kata-seorang-penulis.html

Dibawah adalah dua text yang aku terima dari sahabat2 hari ini..






P/S : Mungkin ramai yang masih tak faham kot...
Aku dah MALU nak mengaku aku ini blogger Umno sejak habis PAU2013.Jadi aku pun tak sokong Pakatan Rakyat,jadi pilihan yang aku ada hanya lah jadi Tentera Maya Upahan.Jadi kalau yang pro Umno tu tak perlu lah nak melatah tak tentu arah dengan tulisan aku.Sebelum ini aku sokong Umno pun bukan dapat apa pun kecuali "gula gula" dalam program...kalau hari ini aku balun Umno pun lagilah tak dapat apa pun...

Aku dan mereka mereka yang tak puas hati tak gi menyeberang sebelah jembatan sana pun dah kira banyak baik lah tu...jadi tak perlu mulakan sengketa.

Laporan Polis oleh Umno Bahagian Ampang dan NGO


Sebaik selesai membuat laporan polis

Satu laporan polis telah dibuat jam 3 petang tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang oleh Umno Bahagian Ampang bersama sayap Wanita,Pemuda dan Puterinya.Turut sama dalam membuat laporan adalah Pemuda MIC Ampang,Jaringan Melayu Malaysia (JMM),Jaringan Cina Malaysia(JCM),Gabungan Melayu Ampang(GMA),Gerakan Anak Muda (GERKAM) dan Persatuan Penduduk Taman Keramat.

Setelah siap membuat laporan polis semua yang terlibat telah mengadakan himpunan secara aman dihadapan Dagang Avenue tidak jauh dari IPD Ampang untuk menyuarakan bantahan mereka terhadap penganjur "Gerakan Guling Kerajaan" dan menyeru pihak berkuasa Kementerian Dalam Negeri dan PDRM mengambil tindakan tegas terhadap ANASIR ANASIR PENCETUS HURU HARA 31Dis nanti.







Ketua Pemuda Ampang Sdra Bob bersama SUK JMM Sdra Hamdan



Mantan Ketua Pemuda Sdra Safarizul Mustaffa turut memberikan sokongan 



Dato Ismail Kijo menanti giliran untuk membuat laporan polis



Setiausaha Bahagian Sdra Yani,Naib Ketua Sdra Nazim dan Ketua Pemuda Sdra Bob


Presiden Jaringan Cina Malaysia (JCM) Sdra Ng Lum baru tiba




Ketua Penerangan Bahagian merangkap Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Sdra Azwandin Hamzah baru tiba..





Presiden Gabungan Melayu Ampang (GMA) Sdra Ezmir (bersongkok)





Presiden 3 Gabungan NGO Malaysia



Wakil Puteri Umno Ampang


Pemuda MIC Ampang tidak ketinggalan



Wakil dari Beijing he he ...



Kumpulan artis yang diketuai oleh Capt Md Nor Bon dan Liza Abdullah




Pemuda Umno Ampang






Selesai membuat laporan












Laporan laporan polis yang telah dibuat










Kenyaataan akhbar semua yang terlibat































 















Ucapan dari Ketua Pemuda Ampang Sdra Bob















Ucapan dari Ketua Penerangan yang juga Presiden JMM Sdra Azwandin Hamzah











Ucapan dari Ketua Bahagian Dato Ismail Kijo














Bergambar beramai ramai selepas selesai





Wakil artis Liza Abdullah menyatakan bantahan dan sokongan







Pemuda MIC Ampang yang tidak pernah ketinggalan..
Yang tak pernah nampak hanyalah Pemuda MCA dan Gerakan