Jangan kejut anjing tidor..peringatan kepada Paklah,teguran untuk @NajibRazak


Pak Lah nak membawa kembali Anwar kedalam UMNO?


Apabila anda cuba mengusap anjing anda yang sedang tidur anda berkemungkinan akan diserang kerana berkemungkinan anda akan membuatkan anjing anda terkejut,itu satu peringatan.Jadi adalah lebih baik anda "Biarkan saja anjing itu tidor"


Ianya menggambarkan adalah lebih baik untuk kita tidak menyentuh langsung sesuatu topik atau tidak bercakap mengenainya jika ianya pernah mencetuskan masaalah kepada diri kita sebelum ini.Jangan sengaja cari pasal jika ianya akhirnya akan menimbulkan kembali massaalah yang sama pada kita.

Paling penting jangan cuba untuk mengubah keadaan kerana kita mungkin menimbulkan masalah lama yang baru.

Pak Lah sepatutnya bersara dan terus duduk diam diam.

Paklah boleh berusaha menafikan dengan mengarahkan Khairy menggunakan SMS Blasting yang dihantar oleh Lokman Nor Adam .Bekas KSU dia boleh mengarahkan orang orangnya menafikan melalui media baru.Bridget Welsh juga boleh menangguh tarikh pelancaran buku ini.

Tapi semuanya sudah terlambat. Pak Lah telah mengejutkan semua anjing-anjing dari tidor."Anjing Pengesan" yang mampu menghidu dan mengesan masalah dari jauh.

Hubungan Paklah dan Anwar Ibrahim






Seekur  Bigdog menghidu dan mengesan hubungan antara Pak Lah dan Anwar.

Dalam posting beliau  Admission of Guilt, beliau menekankan "Hakikat bahawa Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar yang dijemput untuk melancarkan buku itu di Singapura pada 30 Ogos menunjukkan bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim secara peribadi menyokong buku ini."


 

Nurul Izzah yang beriya iya mempertahankan buku itu hanya mengukuhkan bukti bahawa pembangkang terutamanya PKR menyokong Abdullah untuk membalas dendam dan memburukan kerajaan yang secara tidak langsun akan melemahkan UMNO.


Diambil dari APA sini

Menariknya, Syed Akbar Ali dalam blognya di sini berkongsi SMS yang memberikan perspektif mengenai hala tuju masa depan Nurul Izzah, Khairy dan Anwar Ibrahim, di bawah:

Adakah Nurul Izzah sedang dipersiapkan untuk memimpin Wanita UMNO pada masa akan datang? Badawi dan KJ dengan Kalimullah telah memulakan operasi apa yang telah dirancang sekian lama dan tiga tahun dari sekarang Umno mungkin dirampas.Anwar tidak akan membantah kerana dia mempunyai cengkaman dipihak kerajaan dan pembangkang.Ada kemungkinan Azmin akan mengetuai PKR waktu itu.

Anwar mungkin tidak akan menjadi PM tetapi dalam senario ini dia adalah KingMaker.Ini akan memberikan kelebihan sokongan kepada KJ dan mempercepatkan kemaraannya dalam UMNO dan menjarakkan dia dari kumpulan lain dalam Umno.

Keadaan ini adalah tidak mustahil dan mereka percaya waktu itu mungkin Mahathir pun sudah tiada lagi.Walaupun nanti jika Mahathir masih ada,mereka akan secara all-out akan menjahanamkan kredibiliti beliau sehingga beliau hilang pengaruh.Ini akan menarik dan membuka sokongan terhadap kumpulan KJ untuk menentang Najib atau Muhyiddin.Walaupun 1MDB mempunyai dana yang banyak tetapi KNB dimonopoli oleh kumpulan penyokong Abdullah Badawi. Jadi,anda boleh melihat perkembangan senario ini ketika ini.

Dalam strategi ini Dr.Mahathir akan disibukkan oleh kumpulan Pak Lah dengan berbagai taktik agar beliau hilang fokus dan tidak dapat membantu Najib.Berbagai taktik dan decoy akan digunakan mereka supaya dia menjadi terlalu sibuk kerana terpaksa menangani banyak medan serangan.

Cuba lihat mood semasa anak muda Melayu, Cina dan India (dipanggil kumpulan berpendidikan) yang tidak suka kepada Dr Mahathir.Ini adalah gelombang (anak muda) yang akan diambil kesempatan oleh mereka sebagai alat berkempen memandangkan golongan ini mempunyai tenaga dan semangat yang membara bara.

Ia bermakna budak budak Pak Lah suka atau tidak menjadi orang yang amat diperlukan oleh Najib. Satu perancangan yang halus dan licik.Strategi yang bakal meletakkan KJ di barisan hadapan sebagai sekutu utama Najib dan memudahkan kemaraan KJ dalam UMNO.Inilah cara kenaikan Anwar Ibrahim secara mendadak dalam UMNO.

Komen komen  yang diterima Syed Akbar  adalah:

Munasabah. Ulangan S46 kembali keganggang.

Lagi satu:

Bermungkinan bro,kita kena hentikan!

PERTEMUAN

Bagaimana kita hendak menghentikannya bila ianya telah berjalan sejak beberapa tahun lalu?



Pertama,ingat tak bila Khairy sendiri yang menyampaikan pasport ke rumah Anwar Ibrahim selepas dibebaskan dari penjara atas alasan untuk membantu Anwar berangkat segera untuk rawatan dia di Munich?

Pembedahan Anwar adalah benar-benar AJAIB kerana dia mampu berjalan beberapa jam selepas pembedahan sedangkan kita mengambil masa beberapa hari untuk berjalan jika melakukan pembedahan yang sama.Alpha Klinik di mana Anwar pergi untuk mendapatkan rawatan dilaporkan terlibat dalam melakukan penipuan ini.


Kedua, Anwar telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pak Lah semasa rumah terbuka hariraya beliau di Kepala Batas sebaik dia keluar dari penjara.


Ketiga, Anwar dan Pak Lah bersama-sama mengerjakan solat Zohor dan makan tengah hari dengan Pimpinan Ismailiyah tertentu di Hulu Langat pada tahun 2009.

Dikhabarkan yang Anwar menghabiskan masa selama tiga jam dengan Pak Lah cuba untuk meyakinkan beliau untuk tidak meletakkan jawatan dan memberi laluan kepada Dato Najib.

Ini adalah hanya peristiwa diketahui umum yang menunjukkan Pak Lah tidak pernah memutuskan hubungannya dengan Anwar walaupun budak budak Anwar sering memanggil beliau "mayat hidup".

Pernah ada khabar angin tentang perjumpaan Khairy dan Anwar di Singapura yang diatur oleh Kalimullah.

Saya (A Voice) juga tahu yang orang orang Pak Lah telah mengadakan beberapa siri mesyuarat dengan Anwar di rumah seorang Pemimpin Ulung UMNO yang juga seorang Ahli Parlimen.

Ini telah disahkan sendiri oleh seorang "orang Khairy" yang juga seorang Ketua Pemuda Bahagian dari Terengganu di hadapan yang lain yang terdiri dari ex-MRSM dan penulis blog politik.Mereka yang terlibat dalam pertemuan itu adalah Dato Seri Anwar Ibrahim, Salahuddin Ayub, Dato 'Mahfudz Omar, Khairy Jamaluddin, Dato Kamaluddin Abdullah dan MP UMNO itu sebagai tuan rumah.

Satu hubungan mengejutkan antara mereka didedahkan oleh Bigdog dalam ucapan ini oleh seorang bekas pengikut Anwar, Ezam Mohd Nor yang menunjukkan sisi lain kepada hubungan antara Pak Lah dan Anwar:

http://youtu.be/Y_8eg93VImU

Adakah semua ini mengesahkan lagi SMS yang diterima Syed Akbar bahawa Anwar ingin kembali kepada UMNO dan Pak Lah sedang membuka jalan?

Ini hanya menguatkan kepercayaan kami DISINI bahawa Bekas Bekas Timbalan Dr Mahathir berkonspirasi dalam satu kumpulan untuk mengenakan Dr.Mahathir.

Perantara hubungan antara Pak Lah dan Anwar selama ini adalah bekas pemandu Paklah bernama Pak Din .Baca AIDC.

Nahi Nahi tidak perlu lagi...


http://youtu.be/3fl9gZtUlxA

 Lagu klasik nahi nahi dalam filem Hindustan Sanggam minit 00:54

Sukar bagi Pak Lah untuk meyakinkan kita dengan penafian beliau. Laporan The Malay Mail dalam talian di bawah :

Pak Lah: Saya tidak tidur dengan musuh

By Zurairi AR
Ogos 12, 2013

KUALA LUMPUR, 12 Ogos - Setelah diasak bertubi tubi oleh blog pro-Umno,Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini menafikan bahawa penerbitan buku mengenai tempuh beliau berkhidmat sebagai Perdana Menteri adalah satu konspirasi untuk menyerang parti Umno.

Kandungan buku serta pilihan ahli parlimen PKR Nurul Izzah Anwar,anak perempuan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim,untuk melancarkan buku ini di Singapura sebelum ini mencetuskan perdebatan dan pertikaman  lidah dalam internet.

"Prinsip keterbukaan bermakna kita mesti bersedia untuk memberi ruang untuk sesiapa untuk bercakap. Tetapi jangan membuat andaian bahawa buku itu telah ditulis oleh Pak Lah yang telah bersekongkol dengan pembangkang untuk menyerang parti sendiri, " kata Abdullah (gambar) dalam satu kenyataan di sini,merujuk kepada dirinya dengan gelaran yang dia popular.

"Apa sahaja kritikan yang diberikan dalam temubual saya dalam buku itu dibuat kerana saya mahu melihat Umno diberi mandat yang berterusan dan amanah oleh rakyat."

"Awakening: The Abdullah Years in Malaysia",sebuah buku mengenai pemerintahan singkat beliau sebagai Perdana Menteri yang menggantikanTun Dr Mahathir Mohamad,mempunyai temu bual eksklusif di mana beliau seorang lelaki yang diketahui tenang akhirnya bercakap menentang pengkritik beliau.

Beberapa hari selepas diterbitkan,buku ini menguasai tajuk-tajuk utama dalam media dengan tumpuan berat diberikan kepada kata kata Pak Lah terhadap Dr Mahathir dan apa yang bekas Perdana Menteri itu gambarkan sebagai "serangan tidak wajar" pada dirinya yang akhirnya membawa kepada kejatuhannya.

Penulis blog pro-Umno telah sejak itu menuduh Abdullah menjadi "jurucakap" pembangkang dengan penerbitan  buku itu,memandangkan editornya Prof Bridget Welsh dan Prof James Chin didakwa sebagai anti-Barisan Nasional (BN) tegar.

Hari ini,Abdullah menafikan beliau berperanan dalam olahan buku tersebut atau keputusan untuk memilih Nurul Izzah bagi melancarkan buku itu di Singapura.

"Oleh kerana saya bukan penerbit,pencetak,editor atau pengarang buku ini,saya tidak tahu dan saya tidak dimaklumkan dan tidak bertanggungjawab bagi apa-apa jemputan untuk melancarkan dan membincangkan buku itu," jelas Pak Lah lagi. 

"Berita mengatakan seorang pemimpin pembangkang akan menghadiri pelancaran buku di Singapura - walaupun ia adalah benar - adalah keputusan penerbit, bukan saya."

Sejak itu pelancaran yang dijadualkan Singapura telah dibatalkan,menurut editor buku ini hari ini,yang sebelum ini turut menangguhkan acara pelancaran berkembar di Kuala Lumpur kerana kontroversi yang semakin meningkat.

Sabtu lalu,editor memutuskan untuk menangguhkan pelancaran di sini,bimbang ianya "dipolitikkan" dan sensasikan oleh organisasi media dalam pelaporan mereka terhadap bahagian-bahagian tertentu dalam buku ini.

Hari ini,Chin juga menafikan bahawa kehadiran Nurul Izzah yang dijadualkan melancarkan buku ini menyumbang kepada pembatalan pelancaran Singapura,dan mengulangi harapannya agar orang ramai akan membaca buku itu secara keseluruhan sebelum membuat sebarang komen.

Abdullah juga menjelaskan bahawa beliau tidak merancang untuk menghadiri majlis pelancaran itu, untuk menghindar apa-apa tanggapan salah bahawa buku itu telah ditulis dan diiktiraf oleh beliau,dan  menjelaskan bahawa ia tidak ditulis atas permintaan atau penajaan beliau.

Sabtu lalu,Wales dan Chin berkata dalam surat terbuka mereka bahawa beberapa media telah salah bila menganggap "Awakening" sebagai "buku Pak Lah".

Mereka menegaskan bahawa ini adalah tidak tepat kerana buku ini adalah koleksi pelbagai pandangan daripada orang-orang yang berbeza,termasuk ahli-ahli politik seluruh jurusan dan pemerhati akademik.

Walaupun pelancaran ditangguhkan,kedua-duanya berkata buku ini akan terus diedarkan dan boleh didapati di kedai-kedai buku di seluruh negara.

Apa lagi SMS kedua dari seseorang yang tidak mempunyai locus standi dalam isu ini:


KENYATAAN MEDIA YABHG TUN ABDULLAH HAJI AHMAD BADAWI

Sejak dua tiga hari yang lepas, banyak berita diterbit mengenai 'buku Pak Lah'. Isu ini juga mendapat liputan luas dalam media sosial dengan pelbagai reaksi dan komen.Sebelum saya memberi apa-apa komen, mungkin saya perlu memberi sedikit penjelasan tentang buku tersebut.

Pertamanya, buku tersebut tidak ditulis oleh saya. Buku ini disusun oleh dua ahli akademik, James Chin dan Bridget Welsh, dengan memuatkan beberapa rencana oleh pelbagai penulis yang telah menyumbangkan tulisan masing-masing mengenai pentadbiran saya sebagai Perdana Menteri. Ada yang dikhabarkan positif dan banyak juga yang negatif dan kritikal.

Kedua, saya sendiri hanya terlibat melalui wawancara yang dibuat oleh James Chin dan Bridget Welsh. Wawancara ini lebih kepada menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan oleh penulis-penulis yang telah menyumbang kepada buku tersebut dan memberi saya ruang untuk menjelaskan beberapa perkara dari sudut saya sendiri.

Ketiga, saya tidak menaja atau meminta buku tersebut diterbitkan. Sudah menjadi perkara biasa para akademik membuat analisa tentang sejarah politik negara kita dan sudah pasti era saya tidak terlepas dari kajian ilmiah. Saya cuma telah setuju untuk diwawancara agar suara, pendapat serta penjelasan saya dapat dimuatkan didalam buku tersebut.

Keempat, oleh kerana saya bukan penerbit, pencetak, pengarang ataupun penulis buku tersebut, saya tidak tahu, tidak diberitahu dan tidak bertanggungjawab diatas mana-mana jemputan untuk melancarkan atau membincangkan buku tersebut. Berita yang mengatakan pemimpin dari parti pembangkang dijemput untuk melancarkan buku ini di Singapura - kalaupun benar - adalah keputusan penerbit buku, bukan saya.

Kelima, saya tidak merancang untuk menghadiri pelancaran buku tersebut. Ini kerana saya tidak mahu orang membuat andaian yang buku ini ditulis atau ditaja oleh saya. Saya cuma menjawab soalan yang ditanya. Biarlah jawapan-jawapan saya menjadi tumpuan pembaca.

Berlatarbelakangkan fakta-fakta diatas, saya berharap orang awam mendapat gambaran yang lebih jelas tentang 'buku Pak Lah'. Sekali lagi, ini bukan buku yang ditulis atau ditaja oleh saya. Mungkin ada yang bertanya, kenapa Pak Lah setuju untuk diwawancara oleh pengarang-pengarang yang dikatakan selalu menulis rencana yang kritikal? Saya bersetuju diwawancara kerana perlu ada penjelasan saya sendiri didalam kajian ilmiah ini.

Suka atau tidak, setuju atau tidak, saya berpegang kepada prinsip keterbukaan sebagai paksi kepada demokrasi yang matang. Prinsip keterbukaan inilah yang saya amalkan apabila didatangi dengan permohonan oleh para pengarang buku ini untuk diwawancara. Walaupun saya dimaklumkan buku ini bakal memuatkan rencana yang kritis dan 'unflattering' tentang kepimpinan saya, saya masih setuju diwawancara atas semangat keterbukaan demi perdebatan yang seimbang dengan mengambil kira semua sudut pandangan.

Sudah pasti pandangan-pandangan dalam buku ini akan mengundang reaksi-reaksi tertentu. Terpulanglah kepada semua pihak untuk membuat rumusan masing-masing. Prinsip keterbukaan bermaksud kita sedia memberi ruang kepada semua untuk bersuara. Tetapi janganlah pula ada yang membuat andaian bahawa buku ini ditulis oleh Pak Lah yang sudah bersubahat dengan pembangkang untuk menentang partinya sendiri. Itu sudah memesong fakta dan menjadi fitnah.
Apa juga teguran yang diberikan dalam wawancara saya yang dimuatkan dalam buku ini dibuat kerana saya ingin melihat UMNO terus diberikan mandat dan kepercayaan oleh rakyat. Saya tak pernah meninggalkan UMNO dan Insya'Allah bila tiba masanya nanti, saya akan menghembuskan nafas terakhir saya di dunia ini masih lagi sebagai ahli UMNO yang cintakan negaranya.12 Ogos

Kenyataan Ini Saya Terima Dari Pejabat Tun Abdullah Badawi, Mohon disebarkan


Satu percubaan yang bodoh oleh Lokman Nor Adam yang tidak langsung membantu politik beliau bila dia kononnya menerima SMS diatas dari Pejabat Pak Lah.

Mari kita mulakan permainan..

Memandangkan semua "anjing" dah dikejutkan dan mula menyalak,mari kita mulakan permainan ini...

Jika Anwar kembali kepada Umno,Najib mungkin tidak mempunyai pilihan.Dia mungkin perlu menerima kepulangan Anwar untuk menyelamatkan UMNO daripada kalah Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Mungkin sudah terlambat untuk Najib bila kesilapan beliau memberi kepercayaan kepada budak budak korporat Pak Lah selama ini menjadikan beliau hilang kawalan terhadap jentera korporat kerajaan.

Kepulangan Anwar hanya akan melihat akhirnya Najib terpaksa bergelut dengan kehilangan keyakinan terhadap dirinya baik didalam mahupun diluar parti.

Jebat Must Die menulis  DISINI untuk mengingatkan kita semua bahawa Pak Lah tidak akan membawa kembali keyakinan kepada pentadbiran kerajaan.Kami memetik ini kata-kata beliau,di bawah ini:

Terdapat satu prinsip yang seseorang mesti sentiasa gunakan dalam politik.Apabila musuh membenci anda, beerti anda sedang melakukan perkara yang betul.Tetapi apabila musuh politik anda menyukai (menyayangi) anda,maka sesuatu yang tidak betul sedang berlaku.

Najib tidak sepatutnya menjadi seorang lelaki yang baik (bodoh) untuk tidak menyedari bahawa kedua-dua Pak Lah dan Anwar adalah musuh politik beliau.Dr Mahathir walaupun garang dan kritikal kekal sebagai sekutu yang kuat.

Perumpaan orang Orang Melayu mengungkap :

Sayang anak tangan tangankan,Sayang Isteri tinggal tinggalkan

Kritikan dan peringatan Dr Mahathir terhadap Najib masih boleh dianggap cara beliau menunjukkan kasih sayang terhadap Najib sebagai seorang bapa.

Terjemahan dari artikel A Voice bertajuk.http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2013/08/pak-lah-to-bring-back-anwar-to-umno.html

4 comments:

Anonymous said...

Madey tu dah pencen.dah lamaaaa dah.dah tua pulak tu.hang elok suruh dia pi buat ibadat banyak banyak.minta ampun banyak banyak pada Allah swt.dosa dia menghina Islam banyak.orang mcm nie pun hang sokong ker.hang dapat cekau banyak kut.hang habaq kat madey jgn dok menyebok urusan negara.ataupun suruh dia aktif politik jikateringin nak jd pm.ataupun suruh dia bertanding jawatan presiden umno.dah tua buat ler cara tua.banyak cakap pun orang meluat.

Anonymous said...

Apa kau merepik ni labu.. Tun M memang dah tua. Buah fikiran dia lebih tajam jika dibandingkan pemimpin politik yang ada dimasa ini.. Termasuk Anwar al Jubori.

Disebabkan buah fikiran yang bernas dan melangkaui masa.. puak2 pembangkang dan musuh politik beliau cuba untuk merosakkan resputasi beliau.

Walaupun TunM telah tiada didunia ini..jasa beliau tak kan dilupakan orang.

Semoga Allah memanjangkan usia dan diberi kesihatan yg baik untuk Tun M. Amin...

Anak Kota said...

Anwar masok UMNO?...no..no...no.. Kemasukkan Anwar ke dalam UMNO hanya menguatkan KJ yg bercita-cita mahu jadi PM termuda.. Budak tingkat 4 mesti bersorak gembira kerana KJ dan geng2 dia ibarat Pak Pandir..sorak kampong tergadai..Pak Lendir (anuwar ibrahim) sekadar nak cover kejalangan dia di masa lampau supaya dia terus disanjung dan dimasukkan ke dalam legasi orang Melayu memperjuangkan hak dan orang Melayu..chit pooodahh..KJ, Pak Lah, Anwar Ibrahim dan Nrul Izzah semuanya 'lendir' yang menjadi pembolehubah kepada orang asing@luar (salah satu agennya DAPIs..korang paham2 lah matlamat DAPigs ni) supaya dapat mengawal Malaysia sepenuhnya..(nganga je lah korang nanti...memang mereka ni pandai tapi bangang sebab jiwa mereka sebenarnya tak pernah melekat di hati pengundi2 orang Melayu sebenarnya secara kesimpulannya..maka terpaksalah UMNO mencari pemimpin baru (walaupun ada pemimpin UMNO yang bergerak sendiri seperti di FB atau blog2..yang ni mmg aku respect lah)..kalau UMNO terima gak mereka terpaksalah kami@org Melayu menelan kembali kepahitan selepas 1998...

p/s : jgn sampai kami buat doa qunut nazilah yg sepatutnya utk orang Islam yg tertindas di seluruh dunia, ya?kami masih ada hati perut dan berjiwa Melayu pejuang untuk agama bangsa kami..

united malay no otak said...

aduh...nak terberak aku gelak dengan komen unknown ni...yesssssssss....umnolah yang paling suci..sesuci embun pagi, sehening kudus....nak wat qunut nazilah? hahahaha...spe yg nk kepalai? berahem katak ke? hahahahahahahaha...

Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts