ANTARA KEPERLUAN DAN KEMAHUAN ?

ANTARA KEPERLUAN DAN KEMAHUAN ?

Majoriti Senyap vs Minoriti Bising...satu peringatan buat Barisan Nasional !


Sebenarnya dah lama aku nak ulas isu saperti tajuk diatas tapi mungkin belum waktunya,apatahlagi blog ini yang memang dah di label sebagai 'ala ala lidah pembangkang' nanti ramai lak yang tak senang duduk,jadi aku senyapkan dulu.Tapi pagi tadi aku terbaca satu artikel dari sahabat blogger Mymassa DISINI yang menyentuh lebih kurang isu yang sama yang diambil lekeh oleh Kerajaan jadi aku terpanggil untuk mengulasnya.Buat pengetahuan pembaca dan Kerajaan Mymassa bukanlah blog picisan,kedudukan nya dalam Top 5 Ranking Alexa mencerminkan jumlah pembaca blog ini.



Jadi bila ada blog blog pro Kerajaan yang dalam Ranking Top 20 bersuara Barisan Nasional kena lah ambil serious dan jangan lah bersikap BODOH SOMBONG apatahlagi yang berada dalam Top 5 macam Mymassa.Perlu di ingat setiap blogger pro mahupun pembangkang ada pengikut mereka tersendiri setelah bertahun tahun terlibat dalam dunia blogging.Kalau setiap blogger berjaya mempengaruhi paling minima 10% pemikiran pembaca/pengikut mereka dikalangan yang layak mengundi selama ini beerti JUTAAN jumlah undi berada dalam tangan blogger untuk di manupulasi pemikiran mereka untuk condong mengundi kearah mana bila tiba masanya.Jadi jangan lah hendaknya PEMIMPIN berasa diri mereka terlalu hebat dan besar kepala sehingga suara kami blogger jalanan ini dipinggirkan.

Jadi aku sarankan kepada semua pemimpin terutama sekali PEMIMPIN UMNO untuk menjelajahi setiap satu blog PRO BN yang berada dalam Top 100 Alexa Ranking dan tenguk sendiri jumlah pembaca yang dah melawat blog blog ini dan kiralah sendiri KEMUNGKINAN yang aku nyatakan diatas.Jangan 'duk syok sendiri' walkabout roundabout ingat rakyat suka sangat dengan ANDA!

Kembali kepada tajuk artikel ini suka aku petik apa yang diluahkan sahabat Mymassa;

Kita penyokong Kerajaan SOKONG AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI (ISA) - ISA DIHAPUSKAN.

Kita penyokong Kerajaan BANTAH PERHIMPUNAN HARAM DI JALANAN - PERHIMPUNAN JALANAN DIHALALKAN.

Kita penyokong Kerajaan SOKONG AKTA UNIVERSITI KOLEJ UNIVERSITI (AUKU) - AUKU DIPINDA.

Kita penyokong Kerajaan SOKONG PPSMI - PPSMI DIBERHENTIKAN.

Cuma aku nak tambah versi aku pula tentang beberapa isu yang mungkin tak di ulas sahabat Mymassa atau sahabat sahabat blogger lain demi tidak mahu dilihat saperti MENYERANG kerajaan dan pemimpin sendiri.Aku bahagikan isu isu ini kepada dua kumpulan antaranya ;

1-ISU YANG TAK RAMAI BLOGGER PRO BN MAHU USIK...

Isu 'swap share' antara Mas dan AirAsia yang menguntungkan seekur anak 'koleng' dan buat ramai kakitangan Mas yang berjumlah 20 ribu dan keluarga mereka mungkin berpaling arah bila tiba PRU13 nanti dan MENGHUKUM kerajaan setelah mereka DIHUKUM oleh kerajaan melalui Khazanah.

Isu SPBA yang melibatkan kakitangan awam yang berjumlah 1.4 juta orang.Walaupun kini SPBA 'dikaji semula' tapi luka dihati penjawat awam bila 'dipaksa' menandatangani persetujuan tempohari masih belum sembuh.Rata rata kakitangan awam yang kita tahu condong kearah mana ketika ini akan menunjukan 'kuasa' mereka dan ahli keluarga mereka 

Isu Sharizat dan 'keluarga lembu' beliau.Isu ini sepatutnya ditangani awal lagi dengan berhemah oleh kerajaan dan mengwujudkan situasi menang-menang kepada semua pihak terutamanya kerajaan.Tapi tidak,pahlawan pahlawan cangkul Umno tiba tiba nak jadi HERO,maka berkokoklah Noh Omar dan Khairy Jamaludin dengan FAKTA FAKTA apakejadah yang diaorang sendiri pun tak faham sebab tak buat 'homework'.Tak cukup dengan 'kebodohan pemimpin' heret pula blogger blogger Pro untuk sama sama mempertahankan lembu lembu ini sehingga mengwujudkan pergeseran sesama komuniti blogger sehingga hari ini.Dalam masa yang sama SUAMI dan ANAK ANAK Sharizat tidak banyak membantu bahkan merosakan lagi keadaan dengan kenyataan kenyataan dan tindakan BODOH mereka.

Fast Foward kehari ini...harta NFC 'dibekukan' atas arahan kerajaan dan Sharizat 'DICUTIKAN' dari jawatan Menteri.Satu tindakan yang agak lambat oleh kerajaan,tapi lebih baik dari terus membiarkan isu ini menjadi penyumbang kepada 'ketempangan' jentera Pilihanraya BN nanti.

Isu penyenaraian Felda Global Ventures.Apa juga alasan yang diberi kerajaan mengatakan KENTUT ISA SAMAD berbau harum,umum tahu kentut Isa Samad tetap berbau busuk kerana angin nya datang dari sumber yang sama dimana berkumpulnya TAIK.Mana mungkin FGV yang SAKIT dan mengalami kerugian RM500 juta berketuakan Isa Samad diberi TANGGUNGJAWAP dan AMANAH menelan Felda Holdings dan Koperasi Felda yang SIHAT WALAFIAT.Majoriti senyap dikalangan PENEROKA dan keluarga mereka pasti tidak akan SENYAP lagi bila tiba hari mengundi.

ISU YANG DISENTUH RAMAI BLOGGERS PRO..

Isu dakwat kekal.Isu penggunaan dakwat kekal ini ramai ditentang oleh bloggers dengan hujah hujah yang menasabah sehinggakan ada sahabat yang bersusah payah mengeluarkan video untuk membuktikan yang dakwat kekal ini tidaklah sekekal mana pun.Tapi apa jadi?Atas nasihat minoriti pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia bersetuju untuk menggunakan nya untuk PRU 13.Kenapa kami bloggers yang menentang tidak diberikan 'sampel' untuk di uji sejauh mana kekalnya dakwat kekal ini?Kerana tindakan menurut kata 'minoriti bising' ini,kami bloggers pro dimalukan oleh kerajaan.

Isu kes Liwat II.Setelah bertahun tahun mempertahankan MANGSA akhirnya KAMI semua dikecewakan dengan 'penghakiman teknikal' oleh YA Tuan Hakim.Walaupun terasa amat kecewa tapi KAMI akan tambah kecewa lagi jika kes ini GAGAL atau TIDAK dirayu oleh pihak PENDAKWA selepas tempuh 14 hari yang diberi oleh makamah.

Jadi inilah senario yang dihadapi KAMI semua bloggers penyokong kerajaan selama ini.Banyak lagi kalau nak disenaraikan tapi memadailah setakat itu sahaja yang aku tulis.KAMI yang berhempas pulas siang dan malam MEMPERTAHANKAN kerajaan selama ini kadang kadang terasa saperti DIPERMAINKAN oleh kerajaan bila tindak tanduk dan keputusan kerajaan lebih memihak kepada suara MINORITI BISING dari MAJORITI SENYAP yang memerhatikan saja LANGKAH SUMBANG kerajaan selama ini.

Sebab itu blog ini pun dah MALAS nak mempertahankan sangat kerajaan kerana akhirnya PASTI dikecewakan dengan TINDAKAN mereka yang menyebelahi TUNTUTAN PEMBANGKANG.Kadang kadang terfikir juga nak tukar konsep blog ini dari SOPO ke PORNO dari pecah kepala menjawap tohmahan dan fitnah pembangkang yang tidak pernah dihargai PEMIMPIN.

Betul juga saperti yang diulas Mymassa diakhir artikel mereka..JANGAN SAMPAI TRAGEDI 2008 BERULANG KEMBALI.

ADIOS !

Reactions:

4 comments:

Mantop! terbaca kat fb post tadi ade blogger yg mencadangkan Blogger2 pro K'jaan MEMBERHENTIKAN blog masing2 & 'menyepikan' diri selama seminggu shj utk tengok apa "reaksi" ?!!! ;))

salam APA,

Ranking TOP20 jer ? Takperlah .... tak jadi nak komen / bersuara .... hehehehe

Terima kasih bro.

Selama ini majoriti senyap macam kita terlalu senyap sampai kehadiran kita pun mungkin tak perasan.

Kita sayangkan Kerajaan sebab tu kita minta Kerajaan buka mata dan tidak mengulangi kesalahan Pak Lah.

Cuma Mymassa harap APA tak malas nak pertahankan Kerajaan. YAB PM bukan macam Pak Lah.

YAB PM mendengar dan tahu isu. Contoh macam isu SBPA dan Felda, YAB PM telah ambil tindakan.

Assalam KakMidah,
Iyake..kat FB mana tu ya?

Assalam bro Din,
He he..biasalah pemimpin Umno klu tk duk dalam 20 diorang tak ambik pusing.Tp APA sarankan suruh jelajah semua blog dalam Top 100 baru diaorang tau..tak sabar nak gi tenguk penyu bertelor hjg bulan ini..hehhh

Post a Comment

http://aku-tak-peduli.blogspot.com/ tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian APA.

Jom Sokong Blog Baru

BLOGGERS BERANI MATI

Bloggers Pendedahan Isu dan Skandal

Bloggers UMB

Bloggers Umno

Tak Melayu Hilang Di Dunia